🌄💟 - 2

7.7K 284 3
                                    

"Adik dah sedar?" Tanya datin suzi saat melihat safia mula membuka mata. 

"Saya dekat mana ni?" Tanya safia kebingungan.  Kepalanya ligat mengingat semula perkara yang terjadi sebelum dia tidak sedarkan diri. 

"Adik dekat hospital.. tadi driver aunty terlanggar adik..." balas datin suzi.

"Hospital...?" Safia memegang kepalanya yang mula rasa berdenyut. 

"Macam ni... tadi adik tiba-tiba melintas jalan..  driver aunty sempat brek.. tapi sebab jarak yang dekat kereta aunty terlanggar juga adik.. nasib baik tak kuat..  aunty dah suruh doktor check tadi..  semuanya ok.. cuma luka-luka sikit je..." terang datin suzy panjang lebar. 

Penjelasan datin suzy membuat safia mula sedar apa yang terjadi tadi.  Dia mula bangkit dari baringannya dan turun dari katil.  Mengingat kembali macam mana dia dikejar lelaki-lelaki tadi membuat dadanya dilanda sebak. 

"Eh, adik nak pergi mana ni?" Tanya datin suzy risau. 

"Saya kena pergi.. mak saya tengah tunggu saya dekat hospital... mana baju saya?" Tanya safia.  Mulutnya sudah tercebik-cebik menahan tangis.  Pasti emaknya tercari-cari akan dirinya.

"Baju adik dah koyak teruk tadi.. nah adik pakai baju ni.." datin suzi menghulur pakaian yang baru di beli dari butik berhampiran dengan hospital itu. 

"Terima kasih.." ucap safia dan terus berlalu ke dalam bilik air.  Dia mula menyalin bajunya.  Satu persatu airmatanya gugur bila mengingatkan waktu yang dia ada mencari duit untuk pembedahan emaknya. 

Siap menyalin pakaian safia membasuh muka sebelum keluar.  Tidak mahu datin suzi melihat airmatanya.  Datin suzi masih setia menanti di kerusi sebelah katil itu.  Safia mengambil tempat di birai katil. 

"Aunty..  saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya..." ucap safia. 

"Eh, jangan la cakap macam tu... aunty yang bersalah... kalau kamu tak keberatan aunty nak tanya sesuatu.." ucap datin suzi. 

"Aunty nak tanya apa?"

"Macam mana adik boleh melintas tergesa-gesa tadi dan kenapa mak adik dekat hospital...? Aunty bukan apa, aunty pelik sebab dalam beg adik aunty cuma jumpa dompet adik... tiada maklumat lain ataupun telefon bimbit yang aunty boleh cari saudara mara adik..." Tanya datin suzi. Safia tersenyum kelat mendengar pertanyaan datin suzi.

"Aunty, Aunty boleh panggil saya fia.." balas safia.  Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan sebelum menyambung. 

"Sebenarnya mak saya menghidap kanser.. dah lebih seminggu mak dekat hospital.. doktor minta RM30,000 untuk pembedahan mak... tapi... mana saya nak dapatkan duit tu..  saya dengan mak sebatang kara.. kami tak punya saudara mara.. makan pun kasi pagi makan pagi.."

"Saya buntu.. masa saya berjalan di kawasan rumah kedai, saya nampak iklan pinjaman wang dengan kadar segera... jadi saya pun pergi ke tempat tu.. saya terkejut bila saya baca perjanjian yang mereka tawarkan.. saya beritahu mereka saya tak jadi pinjam.. tapi lelaki tu beritahu saya tak perlu bayar.. dengan syarat saya mesti layan dia.. saya takut... saya tak sanggup.. jadi saya lari lepas bergelut dengan lelaki tu... lelaki tu arahkan orang-orang dia untuk kejar saya... sebab tu la driver aunty terlanggar saya.."

safia tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir ketika bercerita.  Datin suzi yang mendengar turut merasa simpati. 

"Aunty minta maaf... aunty tak tahu sebegini sukar hidup fia... berapa umur fia?" Tanya datin suzi.

"Umur saya 16 tahun aunty..." balas safia.

"Fia tak sekolah?" Tanya datin suzi lagi.

"Fia tak rasa nak sekolah lagi aunty..  dengan keadaan mak macam tu, fia tak rasa fia mampu nak sambung sekolah..." balas safia sambil mengesat airmatanya. 

"Kesian fia... jom la aunty hantarkan fia ke hospital tempat mak fia sekarang.. aunty pun teringin juga nak jumpa mak fia"  ajak datin suzi sambil tersenyum. 

Safia mengangguk dan mereka sama-sama menuju ke hospital kerajaan tempat emak safia diwadkan. 







"Assalamualaikum mak..." ucap safia sebaik sampai di wad emaknya. 

"Fia pergi mana? Mak risau.. dari tadi mak tak nampak fia... kenapa dengan muka fia ni nak...?" tanya puan aisyah lemah.  Tangannya naik menyentuh lebam yang terdapat di wajah safia.  Seharian dia memikirkan keberadaan safia. Nurse dan doktor juga tidak melihat kelibat safia.  sungguh hati tuanya merasa risau.

"Fia tak pergi mana mak... fia ada je.. ni fia jatuh sikit je... mak jangan la risau ya..."  balas safia.  Tangan emaknya dikucup lembut. 

Safia memperkenalkan datin suzi kepada emaknya.  Dia hanya membiarkan emaknya berborak dengan datin suzi. Tidak banyak yang boleh dibualkan memandangkan keadaan emaknya yang lemah itu. Tidak lama datin suzi meminta diri. 

"aisyah... saya balik dulu ya.. kalau berkelapangan saya datang lagi..." pamit datin suzi.  Pn.aisyah tersenyum sambil mengangguk.

"Fia... aunty nak cakap dengan fia sikit.. aunty tunggu fia dekat luar ya..." pinta datin suzi.  Safia sekadar mengangguk sebelum meminta diri dari emaknya.

"Apa yang aunty nak cakap dengan fia?" Tanya safia sebaik mengambil tempat di sebelah datin suzi. 

"Fia betul tak nak sambung belajar lagi?" Tanya datin suzi.

"Betul aunty..  fia tak boleh nak tinggalkan mak dengan keadaan mak sekarang... fia nak jaga emak..  lagipun, fia tak mampu nak tanggung perbelanjaan sekolah fia..  jadi fia rasa baik la fia berhenti saja... fia ingat nak cari kerja..." balas safia.   datin suzi kelihatan seperti berfikir seketika.

"Kalau aunty bagi fia keje, fia nak?" Tanya datin suzi lagi.  Mata safia sudah bersinar saat mendengar pertanyaan datin suzi. Kedua tangan datin suzi digenggam erat. 

"Betul ke?! Kerja apa auty?" Tanya safia teruja. 

"Jadi pengasuh cucu-cucu aunty... mama diaorang baru je meninggal... papanya dah bawa diri ke negara orang... jadi tinggal aunty la yang jaga mereka sekarang ni.. tapi tu la... aunty banyak aktiviti lain yang aunty kena buat fia.. jadi aunty perlukan seseorang yang aunty boleh percaya untuk jaga cucu-cucu aunty tu..." balas datin suzi.

"Aunty percayakan saya?" Tanya safia dengan kerutan di dahi.

"Orang yang betul-betul ikhlas saja yang boleh menjaga emak mereka yang sakit.. dan aunty percaya fia pun boleh menjaga cucu-cucu aunty dengan baik..." balas datin suzi lagi. Safia sudah berbunga dengan pujian itu

"Aunty boleh bagi fia masa untuk fikir dulu...?" Pinta safia.  Datin suzi mengeluarkan kadnya dari handbag dan meletakkannya di tapak tangan safia

"Macam ni la fia.. ni kad aunty... kalau fia sanggup kerja dengan aunty, aunty akan pinjamkan duit untuk pembedahan emak fia... untuk bayaran balik nanti aunty akan potong dari gaji fia... makan, tempat tinggal untuk fia dan mak fia juga aunty akan sediakan... jadi fia fikir la baik-baik..." ucap datin suzi. 

Tidak berkelip mata safia memandang datin suzi.  Dia tidak salah dengar kan tadi? Ya Allah... kau kabulkan permintaan aku.. kau turunkan malaikat ini untuk membantu kami dua beranak Ya Allah... sebak di dada datang bertandang.  Airmata mula mengalir.  Tubuh datin suzi dipeluk erat. 

"Betul ke aunty sanggup bayarkan dulu kos pembedahan tu..?" Tanya safia dalam sendunya.  Datin suzi mengangguk.  Dia juga turut bersedih melihat airmata gembira yang mengalir di pipi safia.

"Kalau fia sanggup bantu aunty, apa salahnya kalau aunty pun bantu fia kan... lagipun fia anak yang baik..." balas datin suzi.  Semakin erat pelukan safia pada tubuh datin suzi.

"Fia setuju... fia setuju aunty.. terima kasih sebab sudi bantu fia... terima kasih sangat2... hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik aunty pada fia..." ucap safia dengan airmata yang semakin laju mengalir. 

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa gembiranya dia sekarang.  Semoga pembedahan emaknya berjaya dan emaknya sihat seperti sedia kala. 



Sinar CintamuWhere stories live. Discover now