"Ibu, i miss u...." ucap rania sambil memeluk erat tubuh safia. Seminggu tidak berjumpa dengan ibunya membuatkan aktiviti hariannya serba tak kena. Mana tidaknya, sebelum ini segala keperluannya safia yang siapkan.
Dalam masa seminggu safia sakit datin suzi melarang anak-anak itu mengganggu safia. Walau puas anak-anak itu memujuk untuk berjumpa safia, tetap juga tidak dibenarkan. Datin suzi mahu safia berehat dan menenangkan fikiran tanpa gangguan.
"I miss u too baby girl... ibu tak ada nia nakal tak?" Tanya safia. Tubuh rania didukung dan dibawa ke ruang tamu.
"Nia tak nakal... tapi nia tak suka ibu tak ada... mak ngah garang.. suka marah-marah nia..." adu rania dengan muka sedihnya.
"Iya ke.. ciannya anak ibu ni... meh sini ibu cium dia banyak-banyak..." safia terus mencium wajah rania tanpa henti. Terkekeh-kekeh rania ketawa kerana geli.
Di sebalik tiang, syed afzan sudah tersenyum sendiri menyaksikan betapa manjanya anak bongsunya dengan safia.
"Mengintai siapa tu...?" Tanya datin suzi meleret saat melihat syed afzan di tepi tiang. Syed afzan sudah memegang dadanya kerana terkejut dengan kehadiran datin suzi.
"Ma... terkejut bang chik tau..." datin suzi ketawa kecil melihat wajah cemberut anaknya. Dia berjalan ke ruang tamu tanpa mempedulikan anaknya yang sudah membuat muka.
"Nia.. fia... jom kita sarapan... nanti lambat pula nia nak ke sekolah.." ajak datin suzi saat menghampiri mereka. Safia mengangguk dan terus mengangkat rania ke meja makan.
Syed afzan, Mimi dan haizal sudah menjamu sarapan mereka di meja makan. Sudah menjadi kebiasaan safia untuk melayan rania makan. Kalau tidak anak itu tak akan makan dan hanya akan bermain dengan makanannya. Puas dipujuk barulah dijamah makanan itu. Itu pun sedikit.
"Eh, ngah.. nak kemana tu? Jom la sarapan sekali..." ajak datin suzi saat melihat wana bersiap untuk keluar.
"Tak apa la ma.. angah breakfast kat luar je... tak selera nak makan kat rumah.. lebih-lebih lagi bila nak kena duduk satu meja dengan orang gaji..." balas wana sambil menjeling kepada safia.
Semua yang berada di meja makan memandang simpati ke arah safia. Safia menelan liurnya. Matanya langsung tidak memandang ke arah wana. Sedaya upaya dikawal riak wajahnya.
"Huh... elok la tu... dah jadi pekak pula sekarang... telinga dah tersumbat sebab masuk air banyak sangat agaknya... tak pun dah lupa diri... yela.. dah terbiasa hidup mewah dekat sini.." tambah wana sengaja ingin membakar hati safia.
Airmata yang mula bertakung ditahan dengan sebaik mungkin. Bibirnya masih tersenyum melayan rania walaupun dalam hatinya tuhan saja yang tahu.
"Apa angah ni!! Kalau nak keluar, keluar je la.. tak payah nak cari pasal pagi-pagi macam ni!!" Marah syed afzan bila dia melihat wana seolah-olah tidak berputus asa untuk menyakiti hati safia.
"Eh, yang achik sibuk-sibuk nak backup betina ni kenapa?!! Entah-entah, achik pun dah kena mandram dia tak??" Balas wana sinis. Syed afzan merengus geram.
"Angah, achik... dah la tu.. depan rezeki tak elok gaduh... budak-budak tengok pun tak elok..." ucap datin suzi cuba meredakan keadaan. Wana yang bengang terus melangkah keluar.
"Fia... fia jangan ambil hati ya..." ucap datin suzi kepada safia. Safia senyum ke arah datin suzi sambil mengangguk perlahan. Nafas ditarik dalam sebelum dihela perlahan. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan tentang hala tuju hidupnya.
"Aunty... fia dah buat keputusan..." ucap safia saat dia duduk berdua dengan datin suzi di taman mini kediaman itu.
"Keputusan? Keputusan apa ni?" Tanya datin suzi pelik. Safia mengetap bibirnya. Cuba mencari kekuatan untuk berterus terang.
"Fia rasa... hhmm... fia rasa.. dah tiba masanya untuk fia pergi dari sini..." datin suzi yang mendengar terus berpaling menghadap safia. Kedua tangan safia di genggam erat.
"Fia serius ke ni... fia tak kesiankan budak-budak...? Fia nak pergi mana... fia tak ada sesiapa sayang ...." Tanya datin suzi dengan nada sedih. Safia tersenyum tawar.
"Fia sayang semua anak-anak fia aunty... tapi fia terpaksa... fia tak nak nanti disebabkan fia keluarga aunty berpecah belah.." ucap fia dengan nada sebak. Tak dapat ditahan airmatanya dari mengalir bila memikirkan dirinya akan berpisah dengan anak-anaknya nanti.
"Aunty minta maaf fia... dengan sikap wana... aunty tak tahu kenapa dia mesti nak berdendam macam tu dengan fia... aunty rasa bersalah sangat..." ucap datin suzi yang turut sama mengalirkan air mata.
"Tak apa la aunty... fia tak ambil hati pun... dia berhak untuk rasa apa yang dia nak... fia pun nak rasa cari pengalaman hidup sendiri dekat luar... aunty izinkan fia ya..." pujuk safia.
Datin suzi menarik safia ke dalam pelukannya. Airmata kedua-duanya lebat mengalir. Betapa sayangnya dia terhadap safia hanya tuhan yang tahu. Kalau boleh dia tidak mahu safia jauh darinya.
"Aunty rasa berat sangat nak lepaskan fia... kalau boleh aunty nak fia tetap tinggal dengan aunty... tapi aunty tak boleh halang kebebasan fia... aunty izinkan fia pergi... tapi fia mesti janji dengan aunty.. fia mesti datang melawat kami dekat sini..." akhirnya datin suzi beralah dengan keputusan safia. Dia berharap safia akan menemui kebahagiannya sendiri.
"Terima kasih aunty... terima kasih sebab faham fia..." balas safia dalam esaknya. Syed afzan yang mencuri dengar mula berasa risau. Anak-anaknya sangat menyayangi safia. Bolehkah anak-anaknya terima jika safia pergi dari hidup mereka.
Memang pertemuan dirinya dan safia diawalnya tidak sebaik yang disangka. Namun setelah melihat keperibadian safia, dia mula faham kenapa anak-anaknya sangat menyayangi safia. Cara layanan safia terhadap anak-anaknya penuh dengan kasih sayang dan bukan dengan kepura-puraan.
"Kenapa bu?!"
"Kenapa mesti pergi.... ibu dah janji kan...."
"Selagi kami perlukan ibu, ibu akan tetap bersama kami..."
"Tapi kenapa sekarang ibu nak pergi tinggalkan kami..."
"Ibu dah lupa janji ibu....?"
Safia yang mendengar pertanyaan sayu dari haizal hanya mampu mengalirkan air mata. Tidak tahu alasan apa yang harus diberi kepada anak itu tentang pemergiannya.
"Ibu minta maaf...." hanya itu yang mampu diluahkan oleh safia. Haizal yang tengah teresak dihampiri perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah haizal kemudian kepalanya disandarkan ke bahu anak itu.
"Antara haizal, mimi dan rania... haizal yang paling matang... ibu harap sangat zal boleh faham keputusan ibu... dan ibu harap sangat zal boleh jaga adik-adik dengan baik... tempat ibu bukan di sini... selama ni ibu cuma menumpang kasih sayang kamu semua... dan ibu tak nak sebab ibu, keluarga kamu berpecah belah... percayalah... tak ada yang dapat menandingi kasih sayang ibu pada kamu semua... ibu sayang sangat kamu adik beradik...." ucap rania dalam sendunya.
Haizal memeluk erat tubuh safia. Tidak sanggup untuk melepaskan tubuh itu pergi meninggalkan mereka.
Setelah sekian lama mereka merasa begitu sempurna dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari ibunya. Kini mereka akan merasa kehilangan semula.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Another chapter for my lovely reader... sis mnta maaf buat korang t'tnggu2.. 😔😔
Uolls jgn lpa komen n vote ok.. wpun sis x reply tp sis bca smua komen u olls... n sis happy sgt bla u olls mndalami crita ni... 😊
Hhmm.. cba uolls share apa yg uolls hrapkan dr crta ni? Happy ending, sad ending, konflik... anything!!! Mn tau sis blh gnakan idea korang nnti.. 😉😉
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...