"Fia... kenapa nie..?" Tanya datin suzi saat melihat wajah suram safia yang baru masuk ke rumah bersama anak-anak. Safia memandang datin suzi dengan perasaan sebak di dada. Matanya sudah mula dikaca. Giginya diketap kuat tidak mahu airmatanya dari gugur. Senyum kelat diukir buat datin suzi.
"Tak ada apa ma... fia penat sikit.. fia naik rehat dulu ya ma.." ucap safia sebelum berlalu meninggalkan datin suzi dan anak-anak di bawah.
"Kenapa dengan ibu kamu? Nek ma tengok macam sedih je..?" Tanya datin suzi kepada mimi dan rania. Haizal sudah berlalu ke biliknya.
"Mimi pun tak tahu... lepas jumpa papa dengan sorang aunty dekat mall tadi, terus ibu jadi sedih... ibu pun tak tegur papa dekat mall tadi.. kami terus balik je.." jelas mimi pada datin suzi. Datin suzi sudah menghela nafas berat. Entah apa lagi la onar anak lelakinya itu.
"Tak apa la.. mimi dengan nia pergi naik atas mandi dulu... mesti penat kan jalan-jalan harini..." arah datin suzi. Kedua-duanya hanya menurut dan berlalu ke bilik mereka.
"Ibu... boleh zal masuk?" Tanya haizal selepas safia membuka pintu bilik. Di tangannya memegang sebesen air suam.
"Masuk la zal..." pelawa safia dan mengambil tempat di sofa yang terdapat di bilik itu.
"Ibu... ni zal ada bawakan air suam untuk ibu... zal tengok kaki ibu bengkak sangat... mesti sebab banyak jalan tadi kan..?" Ucap haizal sambil meletakkan besen tadi berhampiran dengan kaki safia.
"Terima kasih zal..." ucap safia perlahan. Wajah anaknya dipandang dengan penuh kasih.
Safia sungguh terharu melihat perbuatan haizal. Kakinya diangkat perlahan dan diletakkan di dalam besen tadi. Perlahan-lahan haizal memicit dan mengurut kaki safia yang terendam di dalam besen tadi.
Perlahan-lahan airmata safia jatuh. Hatinya merasa sayu melihat kesungguhan anaknya. Dia tidak sangka haizal akan membesar secepat ini. Menjadi seorang yang sangat prihatin dan bertanggungjawab.
"Eh, ibu.. kenapa menangis..? Zal picit kuat sangat ke? Sorry bu.." ucap haizal dengan rasa serba salah. Safia menggelengkan kepalanya.
"Tak sayang... ibu selesa sangat... terima kasih.. mari sini duduk sebelah ibu..." ajak safia sambil mengesat airmatanya. Haizal hanya menurut.
Tangan haizal dicapai dan digosok lembut. Matanya memandang wajah haizal. Sebelah tangan lagi naik mengusap kepala haizal.
"Dah besar anak ibu... dah boleh jaga ibu pulak sekarang..." seloroh safia dengan tawa kecil. Haizal tersenyum sambil menunduk. Malu.
"Mana ada bu..." balas haizal sambil menggosok belakang lehernya. Segan pula rasanya.
"Zal... zal ada apa-apa nak cerita dengan ibu ke?" Tanya safia lembut. Haizal memandang ke arah safia. Liurnya ditelan. Tidak tahu macam mana mahu memulakan.
"Bu... zal minta maaf.. tapi zal memang sakit hati dengan papa... ibu cakap papa tak datang jemput zal sebab kerja.. tapi tadi tu apa bu...? Zal ni siapa bu..? Zal ni memang tak penting ke dalam hidup papa...?" Luah haizal dalam sebaknya. Sudah lama dipendam rasa sakit hati pada papanya. Tapi hari ini rasanya dia tidak dapat tahan lagi. Lebih-lebih lagi lepas apa yang dilihat tadi.
"Zal... tak baik sayang ada perasaan macam tu dekat papa.. papa kan papa zal..." pujuk safia walaupun hatinya juga sakit dengan apa yang dilihat.
"Sebab dia papa zal la zal rasa macam ni bu... kalau orang lain lantak la.. zal tak nak ambik tahu pun..." ucap haizal lagi. Airmata lelakinya sudah mula mengalir.
"Papa sibuk sayang... mungkin papa memang betul-betul kerja tadi... kita tak tahu kan.." pujuk safia lagi. Kali ini dia menarik haizal ke dalam pelukannya.
"Sibuk buat apa bu...? Sibuk dating dengan perempuan lain...? Zal dah besar bu... zal bukan budak-budak lagi... zal dah boleh nilai apa yang zal nampak..." sambung haizal lagi dalam sendunya.
"Dah la sayang... jangan fikir lagi.. nanti ibu bincang dengan papa ya.. walau apa pun jadi ibu tetap ada dengan zal.. ibu nak zal ingat tu..." ucap safia dan meleraikan pelukan. Dahi haizal dikucup sayang.
"Sayang..." panggil syed afzan sambil menapak ke arah safia sebaik sahaja haizal keluar dari bilik mereka. Haizal langsung tidak menegur dirinya. Dipandang juga tidak mahu.
"Abang... baru balik.." ucap safia berbasi-basi. Syed afzan mengambil tempat di sebelah safia. Tangan safia dicapai dan dikucup lembut. Matanya beralih ke arah kaki safia yang berada di dalam besen.
"Kaki sayang kenapa..?" Tanya syed afzan prihatin.
"Tak ada apa lah.. bengkak sikit je ni.. mungkin sebab banyak jalan kot.. nanti elok la tu.." balas safia bersahaja.
Syed afzan mengangkat kedua kaki safia. Kaki safia dilap dan diletakkan ke atas pehanya. Safia hanya diam membiarkan.
"Sayang..." panggil syed afzan lagi.
"Hhmm" sahut safia.
"Abang minta maaf.. abang tak dapat sama-sama dengan sayang jemput haizal tadi..." ucap syed afzan dengan rasa serba salah.
"It's ok.. dia pun dh sampai rmh kan.." balas safia tanpa nada.
"And... about what u saw.. abang harap sayang jangan salah faham.. dia cuma business partner abang and we did had a meeting before u saw me with her.." terang syed afzan. Safia hanya mengangguk tanda faham.
Dia masih lagi berjauh hati. Bukan dia tidak percaya tetapi kemesraan yang terpapar di depan mata membuatkan hatinya agak sakit.
"Sayang... please say something..." ucap syed afzan saat dia melihat safia hanya memilih untuk membisu. Airmukanya juga dingin sahaja. Safia memandang mata syed afzan. Mungkin dia patut luahkan apa yang dia dan anak-anak rasa selama ini.
"Abang... kalau abang rasa kerja abang lebih penting dari keluarga abang... terpulanglah... kalau abang rasa bergelak tawa dengan orang diluar lebih membahagiakan abang dari bergelak tawa dengan keluarga sendiri, juga terpulang pada abang... cuma satu yang fia nak abang tahu... kami semakin jauh dari abang... jangan sampai satu hari nanti kami terus menghilang dari pandangan abang.. fia sayang abang... fia sayang anak-anak fia.. dan fia tak nak semua itu terjadi.." ucap safia dan terus berlalu keluar dari bilik itu.
Meninggalkan syed afzan sendirian dengan dilemanya.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...