"Fia... abang minta maaf... it was really unexpected... i'm really sorry..." ucap syed afzan saat mereka sudah duduk di birai katil di dalam bilik syed afzan.
Safia yang masih mengalirkan air mata mengangkat wajah memandang suaminya. Senyuman kelat diukir. Perkara yang terjadi bukanlah salah suaminya. Jadi dia tidak mahu suaminya merasa serba salah.
"Bukan salah abang... benda dah jadi kan... rasanya tak perlu kita bahas lagi... fia tak ingat semua tu lagi.." balas safia lembut. Sisa airmata dipipi dikesat dengan jemarinya.
"Terima kasih fia.. abang harap fia jangan simpan dendam dengan angah..." safia hanya mengangguk perlahan tanda faham.
Syed afzan berlalu ke pintu saat terdengar bunyi ketukan dari luar. Pintu dibuka dan kelihatan wajah datin suzi menghiasi pandangannya.
"Fia ok ke bang chik..?" Tanya datin suzi risau.
"Fia ok ma... masuklah.." ajak syed afzan.
"Eh, tak apa... mama tak nak ganggu kamu.. nah, ni beg safia.. bawa dia bermalam di hotel.. mama dah buat reservation tadi.. mama tak nak nanti angah datang buat kacau lagi..." arah datin suzi sambil menghulurkan beg yang berisi pakaian safia.
"Baik lah ma.. bang chik pun memang fikirkan benda yang sama tadi... mama tolong tengokkan anak-anak ya.." pinta syed afzan pula.
"Kamu jangan risau pasal anak-anak.. tahu la mama handle diaorang..." syed afzan mengangguk dan datin suzi pun berlalu.
"Fia tukar baju ya.. kita bermalam dekat luar harini..." safia hanya menurut dan berlalu ke bilik air.
Selepas makan malam syed afzan terus membawa safia ke hotel yang di tempah datin suzi. Tubuhnya terasa penat dengan aktiviti hariannya yang padat. Dia pasti safia juga merasakan perkara yang sama.
"Fia... abang mandi dulu ya.. tubuh abang rasa melekit sangat..."
"Baik la bang..."
Sementara menunggu suaminya mandi, safia mencari baju untuk dipakai pada malam itu. Alangkah terkejutnya safia apabila semua baju tidur yang terdapat didalam beg itu adalah lingerie yang seksi-seksi belaka.
Bibirnya sudah diketap kuat. Mukanya sudah mula merah kerana malu. Dia mana pernah pakai baju sebegitu rupa. Haih... takkan tak nak pakai baju.. arrghh.. balun je la...
Sehelai lingerie satin berwarna krim dicapai. Itu sahaja baju yang paling sopan yang ada. Harap-harap bila dia keluar dari bilik air nanti suaminya sudah tidur.
Safia terus berlalu ke bilik air sebaik sahaja suaminya keluar. Tidak tahan dia melihat tubuh kekar lelaki itu yang membuat jantungnya jadi tidak tentu arah.
Syed afzan sudah tersengih seorang diri saat melihat wajah safia yang bertukar merah itu. Pasti isterinya malu melihat dirinya yang hanya bertuala. Dia kemudian mengenakan baju tshirt hitam bersama kain pelikat. Dia bersandar di kepala katil sambil bermain telefon sementara menunggu safia selesai membersihkan diri.
Safia membuka pintu bilik air perlahan. Dari tadi dia merasa gelisah. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia tidak pernah berdua-duaan begini dengan mana-mana lelaki. Dengan pakaiannya yang seksi begitu menambahkan lagi debar di dadanya.
Dia melepaskan nafas lega saat melihat hanya lampu malap dinyalakan dan syef afzan sudah baring mengiring membelakanginya. Pasti suaminya penat menunggu dirinya bersiap. Fikir safia sendiri.
Dengan penuh keyakinan safia melangkah keluar dari bilik air. Rambutnya dikeringkan dan disisir rapi. Losyen disapu ke seluruh badan. Harum semerbak wangiannya memenuhi seluruh bilik itu.
Safia tidak sedar bahawa syed afzan sudah berpaling menghadapnya dan setiap perlakuannya di perhatikan oleh syed afzan. Syed afzan bagaikan terpaku melihat keindahan yang terpamer di hadapan matanya.
Adiknya yang sudah lama puasa bangun mengeras bila melihat susuk tubuh safia yang seksi. Bagai tidak dapat ditahan nafsunya, syed afzan bangun menghampiri tubuh safia. Dan safia juga kalah dengan godaan syed afzan. Pertama kali merasai belaian lelaki membuatkan safia menyerahkan segalanya kepada suaminya.
Safia menggeliat kecil saat dia merasa ada sesuatu yang merayap di tubuhnya. Sesekali tangannya menepis gangguan yang berani mengacau tidur lenanya. Namun mata masih lagi terpejam.
"Fia... bangun..."
"Hhmm..."
"Bangun la...."
"Kejap...."
"Dah subuh ni..."
"5 minit..."
Haih... liat juga nak kejut rupanya. Mesti penat pasal semalam ni.... teringat pasal semalam syed afzan mengukir senyum lebar. Kehangatan tubuh safia bagai masih terasa. Keseronokan yang sudah lama tidak dirasai. Dan yang paling penting, dia orang pertama merasmikan isterinya.
"Kenapa senyum sorang-sorang ni..." tanya safia dengan suara serak basah. Matanya dibuka sedikit memandang ke arah suaminya. Penatnya masih bersisa. Tidak tahu berapa kali mereka bersama semalam. Apa yang pasti kemaluaannya merasa ngilu dan sedikit pedih.
"Tak ada apa la... bangunlah mandi.. kita solat berjemaah..." jawab syed afzan cuba menyembunyikan malunya.
"Hhurrmm... bawah fia sakit la abang..." adu safia manja. Nafsu yang masih tidur mula bangkit saat mendengar rengekan safia. Hhaihh.. tak boleh jadi ni...
"Nak abang angkat ke..?"
"Eh, tak nak!!" Pantas safia bangun. Dia masih lagi segan dengan suaminya. Selimut diangkat membalut tubuh bogelnya. Terhincut-hincut safia melangkah ke bilik air. Kesian pula syed afzan melihatnya.
Bibirnya mengukir senyum lagi saat melihat tompokan darah pada cadar. Menjadi orang yang pertama memang suatu perasaan yang sangat indah.
Selesai solat berjemaah syed afzan mula membaca doa. Safia terharu mendengar alunan suara suaminya yang sayu berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga mereka. Entah mengapa muncul suatu perasaan yang sangat indah ketika itu.
"Fia... salam tangan abang.." safia menurut dan menyalam tangan suaminya. Tangan itu dikucup lama. Syed afzan pula mencium dahi safia sebaik salam dilepaskan.
Safia bangun membuka telekung dan disangkut di kerusi yang terdapat di bilik itu. Diikuti dengan sejadah yang dipakai oleh mereka sebentar tadi. Syed afzan menarik tangan safia untuk duduk di birai katil.
"Fia... abang nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima abang yang banyak kekurangan ni... walaupun perkahwinan kita bukan atas dasar cinta, tetapi fia tetap jalankan tanggungjawab fia sebagai seorang isteri. Abang bersyukur sangat untuk itu... kalau boleh abang nak kita sama-sama belajar untuk menerima kelebihan dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang kita ada..." ucap syed afzan kepada safia. Safia tersenyum mendengar ucapan suaminya.
"Fia pun sama abang... fia nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima fia yang sebatang kara ni... fia harap, abang sudi bimbing fia untuk ke syurga..." balas safia.
Syed afzan mengangguk dan mencium lagi dahi safia. Tubuh safia kemudian ditolak jatuh ketilam sehingga terjerit safia.
"Abang nak...."
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...