"Along.... bila balik...?" Tanya datin suzi sebaik melihat anak sulungnya syed mukhris sedang menonton tv. Sudah berbulan dia tidak nampak batang hidung anaknya itu.
Anaknya yang sulung ini lebih suka hidup sendiri dan bersosial. Kadang kala membuat dia naik pening memikirkan anaknya yang seorang ini.
"Siang tadi sampai ma.... malas nak balik rumah... tu yang terus datang sini..." balas syed mukhris. Datin suzi mengambil tempat di sebelah anaknya. Syed mukhris melentokkan kepala ke bahu mamanya. Dah lama tidak bermanja begitu. Datin suzi hanya membiarkan.
"Wow...macam tak percaya je along pilih untuk balik sini dari rumah sendiri... mana pergi semua teman tapi mesra along tu...?" Tanya datin suzi. Sengaja ingin memerli anaknya.
"Ma.. please... i miss u ok... that's why i'm here.. by the way... i saw a girl with achik's kids.. siapa tu ma? Takkan cepat sangat achik kahwin lain.. lagipun dia bukan ada dekat sini pun..." tanya syed mukhris pula.
"Owh... dia safia... pengasuh anak-anak achik... mama upah dia untuk tengokkan budak-budak tu... so sekarang ni dia stay dekat rumah belakang tu.." balas datin suzi.
"Hurm... cantik..." bisik syed mukhris perlahan. Tetapi masih didengari datin suzi.
"Along please... not this one.. mama dah anggap dia macam anak mama sendiri... so stay away from her.. jangan kacau dia and jangan mainkan perasaan dia..." datin suzi memberi amaran kepada anaknya.
"Ma.. chill la... along bukan nak buat apa-apa pun..." ucap syed mukhris.
"Son... i know u very well.. that's why i'm warning u... dah la.. mama nak naik mandi... " datin suzi terus berlalu ke biliknya. Syed mukhris pula sudah melakarkan senyuman yang penuh makna.
"Hai..." sapa syed mukhris saat melihat safia di bilik laundry menguruskan baju anak saudaranya itu. Safia sudah terpinga-pinga melihat lelaki yang bersandar di pintu bilik laundry.
"Eermm.. encik ni siapa?" Tanya safia. Rasanya dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki ini. Eh, sekejap... rasanya ini lelaki yang dia langgar semalam. Berkerut-kerut dahi safia memikirkan lelaki dihadapannya itu.
"Hey, rileks la... kenapa sampai berkerut kening tu..." usik syed mukhris. Safia sudah merah pipinya kerana malu. Kepala di tundukkan ke bawah. Syed mukhris tersenyum melihat wajah safia yang malu. Semakin terserlah kecantikan gadis itu.
"I anak sulung dalam keluarga ni.. nama i syed mukhris... u safia right?" Tanya syed mukhris pula untuk menarik perhatian safia. Safia mengangguk perlahan.
"Macam mana encik tahu nama saya?" Tanya safia pula. Kepalanya masih lagi menunduk.
"Mama i beritahu semalam... i tak pernah nampak u dekat sini.. i ingatkan bidadari mana la yang langgar i semalam..." ucap syed mukhris sambil ketawa. Safia turut ketawa kecil mendengar ayat syed mukhris.
"Wow... mother u terlebih makan gula ke masa mengandungkan u?" Tanya syed mukhris tiba-tiba. Membuat safia mengerutkan keningnya lagi.
"Huh..? Saya tak tahu.. kenapa encik tanya macam tu?" Tanya safia pelik.
"Sebab senyuman awak manis sangat... boleh buat saya kena kencing manis kalau tenung lama-lama..." balas syed mukhris dalam nada romantis.
Safia terkaku seketika mendengar ucapan syed mukhris. Dadanya berdebar hebat. Mukanya berbahang menahan malu. Wajah syed mukhris ditenung lama. Syed mukhris juga turut asyik melihat renungan mata safia. Entah kenapa dia boleh tertarik dengan gadis polos sebegini.
Kedua-duanya tersentak dari lamunan saat terdengar tangisan rania. Safia bergegas meminta diri untuk melihat rania. Syed mukhris pula menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
Sudah puas safia memujuk rania yang menangis tetapi tetap juga tidak reda tangisan anak itu. Dia jadi tidak keruan kerana dia tidak mempunyai pengalaman menjaga anak sebelum ini. Jadi dia tidak tahu apa masalah rania sehingga tidak berhenti menangis.
Safia menjadi sedih melihat rania begitu. Sebelum ini rania tidak pernah berkelakuan begitu. Airmatanya turut mengalir melihat rania yang tidak henti-henti menangis walaupun sudah puas dia memujuk.
"Kenapa ni fia?" Tanya datin suzi yang baru sahaja pulang dari makan malam bersama suaminya dato' syed syamsul. Dari mula dia melangkah masuk dia sudah boleh mendengar tangisan rania.
"Fia tak tahu aunty... dari tadi fia pujuk... tapi nia tak nak berhenti menangis... fia dah bagi susu.. lampin pun fia dah tukar.. tapi tetap macam ni juga..." balas safia dalam sendunya.
"Mari sini aunty tengokkan.." rania diserahkan kepada datin suzi. Datin suzi membaringkan rania dan memeriksa perut rania. Takut-takut perut anak itu masuk angin. Benar telahannya saat dia mengetuk perlahan perut rania, keluar bunyi yang menunjukkan perut anak itu kembung.
"Fia.. fia tolong ambilkan minyak angin dekat atas meja tu sekejap..." arah datin suzi. Safia hanya menurut. Dia melihat datin suzi menyapu minyak angin itu di perut, belakang dan tapak kaki rania. Tidak lama kemudian barulah rania berhenti menangis dan mula melelapkan mata. Safia menarik nafas lega. Sisa airmatanya dikesat dengan lengan baju.
Datin suzi mengajak safia keluar saat melihat rania sudah pun lena. Safia hanya mengikuti langkah datin suzi. Mereka mengambil tempat di taman mini rumah itu.
"Fia.. dah la tu.. jangan la sedih... rania dah ok kan..." ucap datin suzi saat wajah suram safia.
"Fia takut sangat aunty... safia tak tahu nak buat apa kalau ada perkara buruk yang berlaku terhadap rania..." datin suzi tersenyum kecil memandang safia.
"Fia.. budak-budak biasa la macam tu... perut selalu masuk angin... bila letak minyak macam tadi elok la dia.. dah, jangan la risau... " ucap datin suzi. Safia mengangguk faham.
"Fia dah jumpa anak sulung aunty?" Tanya datin safia.
"Dah aunty... syed mukhris kan?" Tanya safia pula inginkan kepastian. Datin suzi mengangguk untuk mengiayakan.
"Fia.. kalau aunty nak cakap ni fia jangan salah faham ya..." ucap datin suzi.
"Kenapa aunty?" Tanya safia pelik.
"Kalau boleh aunty tak nak fia rapat sangat dengan along... aunty tahu he's so charming.. with his face... with his character... but please... don't fall in love with him... hhmm?" Safia ketawa kecil mendengar ucapan datin suzi. Tangan datin suzi digenggam erat.
"Aunty.... fia sedar siapa diri fia... aunty dah tolong fia selama ni pun fia dah syukur sangat... fia tak mengharapkan lebih dari tu... aunty jangan la risau ya..." ucap safia yakin.
"No, no, no... please fia... don't get me wrong... aunty dah anggap fia macam anak aunty sendiri... aunty cuma tak nak fia kecewa nanti... aunty kenal sangat dengan anak aunty... dia tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan... aunty sayang fia.. aunty tak nak fia jadi mangsa nanti..." jelas datin suzi. Dia tidak mahu safia salah faham dengan permintaannya.
Safia memeluk bahagian tepi tubuh datin suzi. Kepala dijatuhkan ke bahu datin suzi. Sayangnya terhadap wanita itu semakin bertambah-tambah.
"Aunty... aunty jangan risau ya... fia akan ingat pesan aunty... in shaa Allah... fia boleh jaga diri..." balas safia. Datin suzi menarik nafas lega.
Sebenarnya Datin suzi sudah merasa serba salah. Bukan darjat mereka yang menjadi pertikaian, tetapi perangai anaknya yang suka berfoya-foya membuat dia takut. Takut safia dipermainkan. Kerana safia seorang gadis yang sangat cantik dan mempunyai pekerti yang sangat baik. Sebab itu dia tidak mahu gadis itu menjadi bahan mainan anaknya. Dia tidak mahu gadis itu dikecewakan.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...