🌄💟 - 22

8.6K 346 56
                                    

"Uwekk... weerrkk.. uwwwekk!!" Safia terduduk di tepi sinki sebaik sahaja mengeluarkan isi perutnya.  Entah kenapa tiba-tiba dia merasa pening dan kerap muntah-muntah.  Nak kata salah makan, rasanya dia makan makanan yang sama dengan suami dan anak-anaknya.  Tiada pula dia melihat mereka muntah-muntah. 

Kerana tidak tahan dengan rasa peningnya, safia mengambil keputusan untuk baring saja.  Entah bila dia mula terlena dia juga tidak pasti. 

"Fia... fia... bangun... fia..."

Safia yang masih merasa pening cuba membuka matanya yang terasa berat saat mendengar suara seseorang memanggil namanya. 

"Eermm.. abang.. dah balik..." ucap safia perlahan dengan suara yang serak saat melihat wajah suaminya dan juga anak-anaknya yang masih berbaju sekolah.

Syed afzan yang melihat wajah pucat safia lantas melekatkan belakang tangannya di dahi safia.  Tidak merasa bahang di dahi itu. Dicuba pula di leher safia.  Tetap juga sama.

"Fia ok? Muka fia nampak pucat sangat.." tanya syed afzan risau. Tidak jadi dia ingin memarahi safia kerana tidak menjemput anak-anak dari sekolah tadi.

Sebentar tadi ketika dia sedang bermesyuarat, dia mendapat panggilan dari pihak sekolah mengatakan anaknya masih belum dijemput dari sekolah.  Puas dia menelefon safia tetapi tidak diangkat.  Memang dia merasa ingin marah sebaik melihat safia sedang enak tidur.  Tetapi semuanya hilang saat melihat wajah safia yang lesu itu. 

"Fia rasa pening sangat... dah banyak kali fia muntah-muntah harini.. tak tahu kenapa..." balas safia perlahan.  Entah kenapa hatinya merasa sayu dan sedih ketika itu.  Tidak sedar airmatanya sudah mula mengalir ke pipi.

"Ibu... ibu jangan la nangis... nia ada dengan ibu.. nanti nia ambilkan ubat eh..." ucap rania cuba memujuk safia.

"Ya Allah mimi, nia... kamu balik dengan siapa..? Ya Allah.. ibu minta maaf sayang.. ibu tertidur tadi..." semakin lebat airmata safia saat mengingati khilafnya tidak menjemput anak-anaknya dari sekolah. 

"Papa jemput tadi..  mimi minta tolong cikgu sekolah call papa sebab ibu tak datang-datang..." balas mimi dan mengambil tempat di sebelah safia. 

"Fia minta maaf abang... fia betul-betul tak sedar tadi..." ucap safia dalam sendunya.  Syed afzan yang melihat jadi tidak sampai hati.  Dia tahu kalau isterinya bukan sengaja. 

"Tak apa la... fia kan tak sihat... lagipun budak-budak dah selamat sampai rumah kan..." pujuk syed afzan. Safia masih lagi mengalirkan air mata sambil memandang kebawah.  Rasa bersalah masih menguasai dirinya.

"Mimi... nia... pergi masuk bilik mandi.. lepastu siap.. kita bawa ibu pergi klinik ya..." ucap syed afzan kepada kedua anak perempuannya. 

"Baik papa..." ucap mereka serentak.  Pipi safia di cium sebelum mereka berlalu ke bilik mereka. 

Syed afzan duduk di birai katil di sebelah safia.  Wajah pucat safia diangkat dan ditatap sayang.  Sepanjang mereka bersama, ini kali pertama dia melihat safia lesu begini.

"Dah la... jangan menangis lagi.. abang faham fia tak sihat..." pujuk syed afzan lagi.  Tubuh safia dibawa ke dalam pelukannya dan dipeluk erat.  Belakang badan safia di gosok perlahan bagi menenangkan isterinya itu. 

"Cuma satu abang nak pesan... kalau fia rasa tak sihat, cepat-cepat beritahu abang... abang takut kalau nanti apa-apa jadi dekat fia.. dekat rumah tak ada orang yang boleh tolong... boleh..?" Tanya syed afzan berhati-hati.  Safia mengangguk perlahan. 

"Abang nak mandi sekejap... nanti kita pergi klinik ya...lepastu kita lunch dekat luar sekali.." ucap syed afzan.

"Abang tak masuk kerja balik ke..?" Tanya safia.  Matanya kelihatan sembab akibat menangis tadi.

"Isteri abang sakit, takkan abang nak masuk kerja lagi..." balas syed afzan dengan nada romantis.  Safia merasa terharu dengan keprihatinan suaminya.

"Fia baring la dulu... nanti dah siap abang kejut..." safia hanya menurut.  Senyum nipis terukir dibibirnya.  Senyuman bahagia.










"Tahniah!! Pn. Safia mengandung 11 minggu.." ucap doktor yang merawat safia. 

"Betul ke doktor?" Tanya safia tidak percaya.

"Iya betul puan... semua pemeriksaan sebentar tadi mengesahkannya..." ucap doktor itu lagi sambil tersenyum. 

"Abang... fia mengandung..." ucap safia teruja sambil memandang suaminya.  Namun senyumannya mati ketika melihat wajah tiada riak suaminya yang seakan-akan sedang termenung.

"Abang...?" Panggil safia sambil menggoncang tangan suaminya.

"Hah?? Ya??" Tanya syed afzan yang seperti baru tersedar.  Dia sebenarnya masih terkejut dengan berita yang baru didengarinya tadi. 

"Fia mengandung.." beritahu safia sekali lagi. 

"Ha, ya.. ya..  abang dengar..." balas syed afzan sambil tersenyum kekok. 












Sepanjang perjalanan pulang syed afzan hanya mendiamkan diri.  Hanya kedengaran suara safia, mimi dan rania yang semangat bercerita tentang bayi yang dikandung safia.  Mereka teruja kerana akan mendapat adik baru. 

Terus terang safia sangat terasa hati dengan reaksi suaminya.  Langsung tiada tergambar perasaan gembira di wajahnya.  Ketika makan juga suaminya tidak banyak bercakap.  Tetapi semua itu dipendam sahaja kerana tidak mahu anak-anaknya perasan akan perubahannya. 

Sebaik masuk ke perkarangan rumah mereka syed afzan terus masuk ke rumah tanpa menunggu safia dan anak-anaknya.  Sekali lagi hati safia merasa terguris. 

Safia melangkah menuju ke bilik mereka sebaik sahaja dia melihat mimi dan rania leka bermain diruang tamu.  Kelihatan syed afzan sedang duduk dikerusi yang terdapat di beranda bilik itu. 

"Abang tak suka ke..?" Tanya safia sebaik mengambil tempat di salah satu kerusi. 

"Hah??"

"Abang tak suka ke fia mengandung...?"  Tanya safia lagi.

"Eh, tak.. mmana ada.. abang suka..." safia sudah tersenyum sinis mendengar jawapan dari suaminya.

"Tapi wajah abang menggambarkan sebaliknya..." ucap safia sambil memandang sayu wajah suaminya.  Syed afzan melarikan pandangan.  Tahu dia sudah tertangkap.

"Tak awal sangat ke...?" Tanya syed afzan pula. 

"Apa maksud abang...?" Soalan berbalas soalan.

"I mean.. kita ada haizal, mimi, rania...  we are a big happy family now... tak awal sangat ke untuk kita ada anak lagi..?" Tanya syed afzan lagi.  Entah kenapa hatinya rasa tidak senang sekarang.

"Ini rezeki abang... siapa kita untuk menidakkan..." ucap safia perlahan dengan nada sebak.  Entah kenapa dia merasa sangat kecewa dengan suaminya ketika ini.

"Abang tahu.. cuma.. cuma..." syed afzan sudah kehilangan kata-kata.

"Fia tahu... kita kahwin bukan atas dasar cinta dan sayang... tapi.. ini adalah hasil dari tanggungjawab kita bersama... tak boleh ke kita terima dia seadanya... sayang dia seadanya... dia hasil dari benih kita abang..." tak dapat ditahan airmatanya dari mengalir. 

"Abang minta maaf... tolong bagi abang masa..." ucap syed afzan dan terus keluar dari bilik itu.  Meninggalkan safia menangis seorang diri.

"Sampai hati abang...."

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Dah kenapa dengan syed afzan nie...? Pandai buat tak pandai tanggung... hish..😡😡

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now