🌄💟 - 13

7.2K 358 25
                                    

Safia termenung di kepala katilnya sebaik dia terjaga dari tidur.  Sudah seminggu sejak kejadian itu.  Selama seminggu itu juga la dia tidak menjejakkan kaki ke kediaman datin suzi.  Bukan kerana wana tetapi kerana dirinya demam teruk selepas kejadian itu. 

Matanya dipejam perlahan dan liurnya ditelan kesat.  Mengingat kembali peristiwa dua tahun lepas yang mengorbankan emaknya memang meruntun jiwa raganya.  Rasa sebaknya akan datang tanpa dipinta. 

Flashback

"You, masuklah..." ajak wana kepada tunangnya yang sudah lebih dua bulan tidak bertemu.  Dia ingin mengambil peluang untuk melepaskan rindu kepada tunangnya memandangkan mama dan papanya pergi bercuti dengan anak-anak saudaranya.  Jadi tiada siapa yang akan mengganggu mereka berdua.

"Sekejap you... i nak jalan-jalan dekat luar ni dulu.." ucap farok.  Dia mengambil angin di kawasan taman mini kediaman itu.  Sedang asyik dia berjalan, dia ternampak kelibat seorang gadis yang sedang mengemas peralatan yang digunakan untuk berkebun.  Siapa lagi kalau bukan  safia. 

Dia berjalan menghampiri safia.  Dia tidak menyangka ada orang lain yang tinggal di kawasan itu selain keluarga wana.  Dan sudah pasti dia tertarik dengan gadis itu. 

Safia yang tidak sedar dengan kehadiran farok bangun sambil mengangkat barang-barang tadi.  Safia terjerit kecil akibat terkejut melihat farok yang tengah tersengih memandangnya. 

"Encik ni siapa? Macam mana encik boleh masuk ke sini..?" Tanya safia dengan dahi berkerut.  Takut melihat renungan lelaki itu yang seperti mahu menelannya hidup-hidup. 

"I tunang wana... kenapa i tak pernah nampak u sebelum ni ya..?" Tanya farok dengan sengih gatalnya.  Tangannya naik ingin mengusap wajah safia tetapi cepat safia mengelak.  Safia sudah merasa tidak sedap hati dengan lelaki itu.

"Kalau tak ada apa saya balik dulu..." ucap safia dan terus membuka langkahnya.  Tetapi langkah terhenti apabila terasa tangannya dipegang.  Dengan cepat safia merentap kembali tangannya dan berlari ke rumahnya. 

"Kenapa ni fia?" Tanya pn. Aisyah saat melihat safia masuk ke rumah dengan tercungap-cungap.  Bukan itu saja, semua pintu dan tingkap ditutup dan dikuncinya. 

"Tak ada apa mak... ada jembalang kejar fia tadi..." seloroh fia bersahaja.  Dia tidak mahu emaknya risau dengan dirinya.

"Ada-ada je la kamu ni..." balas pn.aisyah dan menyambung semula menonton drama tv. 






"You... buat apa lagi dekat luar tu... jom la masuk..." ajak wana saat dia masih melihat farok di luar.   Farok tersenyum dan berjalan ke arah wana.

"You... tadi i nampak ada seorang perempuan dekat luar tu.. siapa ya?" Tanya farok kepada wana.

"Owh tu... fia.. pengasuh anak saudara i.. kalau mama dengan papa tak ada memang dia yang rajin uruskan rumah ni..." balas wana bersahaja.  Pinggang farok dipeluk dan mereka berjalan beriringan masuk ke dalam.

"Dia tinggal dekat sini ke? Dengan keluarga u?" Tanya farok lagi cuba mengorek rahsia. 

"Eh tak la.. dia stay kat rumah belakang tu..." balas wana lagi.

Farok sudah tersenyum.  Senyum yang penuh makna.  Nampaknya dia akan dapat ayam baru malam ni.  Cuma satu dia tidak tahu.  Safia bukan tinggal berseorangan. 





Wana menyediakan makan malam buat dirinya dan farok.  Malam malam yang penuh romantis antara mereka.  Mereka berborak kosong sambil diiringi muzik perlahan dan penuh sensual. 

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now