🌄💟 - 26

7.9K 352 35
                                    

Syed afzan dimasukkan ke hospital kerana suhu badannya mencecah sehingga 40°c. Doktor ada memberitahu safia bahawa syed afzan demam dan mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru. Mungkin akan ditahan di wad selama beberapa hari.

Safia masuk ke wad syed afzan dan melangkah perlahan menghampiri tubuh suaminya yang terbaring lemah diatas katil. Syed afzan masih tidak sedarkan diri.

Safia mengambil tempat dibirai katil. Wajah suaminya dipandang dan tangannya naik mengusap pipi syed afzan. masih lagi terasa bahang di badan itu.

Safia berlalu dan mengambil air serta kain untuk mengelap tubuh suaminya. Berharap bahang itu akan berkurang. Walaupun hatinya terasa dengan suaminya, namun tanggungjawabnya untuk menjaga suaminya yang sedang sakit tetap dilaksanakan dengan baik.





Syed afzan tersedar dari lenanya. Kepalanya berasa sedikit ringan. Mata dibuka perlahan dan dia melihat disekeliling. Daripada persekitaran bilik itu dia tahu dia kini ditahan di wad. Keluhan berat dilepaskan. Sudah lama rasanya dia tidak sakit begini.

Matanya memerhati segenap bilik. Kelihatan fia sedang lena di sofa yang berada di bilik itu. Lama dia memerhatikan wajah polos isterinya. Rasa bersalah mula mencengkam dada. Rasa berdosa mula menguasai minda.

Dia cuma mampu berharap supaya isterinya mampu menerima dirinya semula. Dia mahu hidup seperti sebelum ini. Menikmati saat-saat manis seperti mula-mula dia menikahi safia. Dia tidak mampu menipu dirinya lagi

Dia mencintai safia..

Sangat cinta..

Dengan sepenuh hati...

Tidak terungkap dengan kata-kata...

Bila safia tiada dirinya merasa kosong...

Dia rindukan safia...

Dia rindukan isterinya...

Sedang asyik berperang dengan diri sendiri tanpa dia sedar airmata mula mengalir membasahi pipi. Dengan pantas tangan naik mengelap titisan yang jatuh.

Tubuh dibaringkan semula ke katil. Malam masih panjang. Esok dia akan memulakan misinya yang baru.

Misi memikat safia.







Seperti hari-hari yang lepas, safia menjalankan rutinnya dengan menjaga suaminya di hospital. Anak-anak ada datang melawat tapi cuma sekejap. Di hospital tidak sesuai untuk budak-budak berlama-lamaan. Jadi safia hanya membenarkan anak-anaknya datang melawat sekejap sahaja. Itupun datang bersama datin suzi.

Syed afzan hanya memerhatikan gerak geri safia yang lincah kesana kemari menguruskan keperluan dirinya. Lidahnya masih kelu untuk bersuara. Kata-kata maaf terasa begitu berat sekali hendak diungkapkan.

Safia duduk di birai katil. Tuala dan air suam untuk mengelap tubuh suaminya di letak kesisi. Tangannya lincah membuka baju yang dipakai syed afzan. Kedua-duanya masih diam tidak bersuara.

Selesai mengelap tubuh syed afzan, safia memakaikan persalinan yang baru ke tubuh syed afzan. Sedang asyik safia mengikat tali baju, tangan syed afzan naik mengusap perlahan perut safia yang sudah mula kelihatan.

Safia yang agak terkejut cuba mengawal riak dengan sebaik mungkin. Selesai kerjanya dia mengalih tangan syed afzan dan mula berdiri. Bekas dan tuala yang digunakan tadi dicapai.

"Abang rehatlah dulu.. kejap lagi fia pergi beli sarapan..." ucap safia yang terus berlalu. Syed afzan menghantar pemergian safia dengan matanya. Keluhan dilepaskan.

Dia tahu isterinya masih terasa dengan dirinya. Andai saja dia dapat undurkan masa, pasti dia takkan sia-siakan safia.

"Doktor kata abang dah boleh keluar hari ni.. kejap lagi mama datang kita boleh la balik sama-sama.. buat masa sekarang abang rehatla dekat rumah mama dulu..." ucap safia selepas doktor menjelaskan padanya mengenai keadaan suaminya yang semakin membaik.

"Ok..." balas syed afzan sepatah. Matanya masih tidak lepas memandang safia yang sibuk mengemas barang-barangnya.

"Fia nak pergi kaunter depan sekejap untuk uruskan discharge abang..." ucap safia sebaik sahaja dia selesai mengemas. Seperti tadi syed afzan masih memerhatikan gerak geri safia sehingga hilang dari pandangannya. Selebihnya dia hanya termenung melayan perasaan.

"Dah sampai mana tu....?" Tanya datin suzi yang melihat anaknya termenung jauh sebaik dia masuk ke wad itu.

"Eh, mama... bila sampai...?" Kalut syed afzan bertanya sebaik tertangkap dengan mamanya.

"Baru je... how are u today..?" Tanya datin suzi lagi. Tak sampai hati pula dia hendak mengusik anaknya yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Getting better tapi masih rasa lemah lagi.. maybe i need time to recover..." balas syed afzan. Datin suzi mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil. Tangan syed afzan dicapai dan digosok lembut.

"Kesian fia... dah berapa hari duduk hospital jaga bang chik... dengan keadaan dia macam tu.. mesti penat sangat..." ucap datin suzi perlahan.

"Tapi tu la... bila disuruh balik tak nak pula.. sayang sangat nak tinggal suami dia ni... langsung tak nak bagi orang lain jaga..." sambung datin suzi lagi. Syed afzan sudah dilanda perasaan bersalah.

"Bang chik jahat kan ma... tak abis-abis nak menyusahkan isteri bang chik..." ucap syed afzan sebak.

"Masih belum terlambat untuk perbaiki semuanya... mama yakin bang chik boleh..." datin suzi cuba untuk menyunting semangat kepada anaknya.

"Boleh ke... fia terima bang chik lagi.. lepas apa yang bang chik buat pada dia..." syed afzan masih merasa tidak yakin dengan dirinya. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat kedinginan safia terhadapnya.

"Bang chik pikat la hati dia balik... fia, hati dia lembut sangat... mama tahu dia sayangkan bang chik.. dia pasti boleh terima bang chik semula... bang chik pun kena la tunjukkan kesungguhan bang chik... baru la fia boleh yakin dengan bang chik..." nasihat datin suzi.

"Thanks ma... you're the greatest mom in the whole world.." ucap syed afzan sambil tersenyum.

"So do safia.. she's the best mom i ever see.. jangan pernah meragui kasih sayang fia pada anak-anak bang chik...tolong tengok keikhlasan dia dalam mendidik anak-anak bang chik.. dia dah banyak berkorban.. jangan sia-sia apa yang dia dah lakukan pada keluarga kita..." datin suzi cuba mengingatkan syed afzan.

"Bang chik janji ma... bang chik takkan sia-siakan fia lagi... bang chik akan jaga dia dengan baik.. bang chik akan sayang dia sepenuh hati bang chik..." balas syed afzan bersungguh-sungguh. Membuat datin suzi menguntumkan senyum lebar.

"That's my boy!!!" Dan mereka sama-sama ketawa.

"Mama.. dah lama sampai...?" Tanya safia sebaik melangkah masuk ke wad.

"Tak ada la lama sangat.. semua urusan dah selesai ke?" Tanya datin suzi pula.

"Dah ma... kita dah boleh balik.." balas safia.

"Ok la kalau macam tu.. jom.."

"Jom.."


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Tq sbb sabar menunggu update dr sis.. lps ni sis dh x blh jnji bla lg blh update.. klu sis free mmg cpt la update.. 😉😉

Heronya masih lg sma... cma lpas nie kta tgk la kesungguhan syed afzan mengejar cinta safia pula ya.. stay tuned~~ 😍😍😙

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now