Tidur malamnya begitu lena dengan berbantalkan lengan suaminya. Jaganya juga dengan senyuman yang menyinari pagi. Wajah suami yang dirindui di tenung kasih. Bibir itu dicium sekilas sebelum dia bangkit dari baringannya.
Pengakuan suaminya menjadikan dia wanita yang paling bahagia di muka bumi ini. Dia tidak menyangka yang selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Peristiwa semalam sudah berjaya melenyapkan segala rasa sakit dan kecewa terhadap suaminya.
Safia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan buat suaminya. Memandangkan suaminya kembali lena selepas subuh tadi, dia mengambil keputusan untuk tidak mengganggu lena suaminya.
Sebaik sahaja mee goreng basah serta telur mata dihidangkan di atas meja, safia kembali ke dapur untuk membancuh air. Leka dia seketika sehingga tidak terasa ada tangan mula melingkari pinggangnya.
"Jauhnya termenung sayang.... fikir apa tu?" Bisik syed afzan di telinga safia. Haruman rambut safia dihidu sebelum dia mengucup leher safia. Terus terukir senyuman di bibir safia dengan kelakuan syed afzan.
"Tak fikir apa pun... cuma fia rasa macam dalam mimpi sekarang ni.. abang ada dengan fia.." balas safia lembut.
"Sayang tak mimpi... abang memang ada dekat sini.. dengan fia... dengan anak kita..." balas syed afzan sambil tangannya mengusap lembut perut safia. Membuat hati safia berbunga-bunga.
"Terima kasih abang..." ucap safia perlahan. Dadanya mula merasa sebak.
Tubuhnya dipusing dan tangannya naik melingkari pinggang syed afzan. Kepalanya disandar ke bahu lelaki itu. Haruman tubuh lelaki itu dihidu sepuasnya sehingga terpejam matanya menikmati haruman itu. Tanpa sedar airmata mula mengalir dari tubir mata. Pelukan semakin dieratkan.
"sayang... kenapa ni...?" Tanya syed afzan saat dia merasa baju yang dipakainya mula basah dengan airmata safia.
Safia menunduk saat syed afzan meleraikan pelukan tadi. Bahu safia dipegang dengan kedua tangannya. Entah mengapa, dia merasa ada sesuatu yang safia pendamkan.
"Fia minta maaf... fia.. fia..." tergagap safia cuba menyambung ayatnya. Entah bagaimana mahu dijelaskan kepada suaminya. Dia tidak mahu suaminya fikir dia mengada-ngada. Tapi perasaan itu terlalu sukar dibendung.
"Fia... sayang... cuba cerita dekat abang... kenapa ni..hhmm?" Pujuk syed afzan.
"Fia... fia tak tahu kenapa... sejak fia mengandung, fia selalu rasa nak sangat peluk abang... fia jadi rindu sangat dengan bau abang... sebab tu bila abang jauhkan diri, fia jadi sedih sangat... fia cuba buang perasaan ni... tapi tak boleh.. hari ni... bila fia boleh dekat dengan abang... fia boleh peluk abang... boleh hidu bau abang...fia rasa bahagia sangat... fia dapat apa yang fia idam-idamkan selama fia mengandung ni..." jelas safia dalam sendunya. Tidak dapat ditahan airmatanya dari mengalir.
Syed afzan yang mendengar turut merasa sebak. Lantas tubuh safia ditarik kedalam pelukannya. Dahi safia dikucup berkali-kali. Rasa bersalah kembali menggunung.
"Abang minta maaf sayang... abang abaikan sayang... abang janji abang takkan tinggalkan sayang... abang akan sentiasa ada dengan sayang... abang janji..." mereka sama-sama mengalirkan air mata.
"Sayang.... lepas sayang bersalin kita balik semula ke rumah kita ya..." usul syed afzan kepada safia. Dahi safia berkerut.
"Kenapa kita tak balik dari sekarang?" Tanya safia pelik.
"Sayang.... dekat rumah siapa yang boleh jaga sayang... abang kerja.. haizal dekat asrama.. sekurang-kurangnya dekat sana mama ada untuk tengokkan sayang... sayang pun tak ada la penat kena buat kerja..." jelas syed afzan. Safia senyum dan memandang syed afzan.
"Fia ikut apa yang abang rasa terbaik untuk fia.." balas safia.
"Macam tu la sayang abang..." puji syed afzan. Tepi kepala safia dicium lembut. Lengan safia pula naik memeluk pinggang syed afzan.
"Dah, pergi naik atas siap..." ucap syed afzan sambil meleraikan pelukan.
"Siap? Pergi mana?" Tanya safia pelik.
"Pergi shopping baju baby sayang.." balas syed afzan sambil mencuit hidung safia.
"Abang.. kita duduk sekejap boleh..? Fia penat la.." rengek safia bila dia merasa kakinya sudah lenguh akibat tawaf satu shopping mall.
Syed afzan kelihatan terlalu teruja. Lepas satu kedai ke satu kedai yang lain mereka masuk. Berbagai-bagai barangan bayi yang dibeli walaupun safia sudah mengingatkan masih terlalu awal untuk semua itu.
"Sayang penat..? Sorry sayang... jom la kita masuk restoran tu dulu.. sayang rehat sambil makan ya.." ajak syed afzan.
Bersinar mata safia saat mendengar perkataan makan. Laju saja kepalanya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan itu. Memang dia dari tadi berasa lapar. Langkah syed afzan diikut dengan senang hati.
"Sayang.. makan perlahan-lahan sikit.." tegur syed afzan saat melihat safia makan dengan lahapnya. Macam dah berapa hari tak makan, padahal sebelum keluar tadi sempat mereka menjamah makan tengahari.
"Sorry abang.. fia lapar sangat.. tak tau kenapa rasa macam nak makan semua benda..." ucap safia dengan muka manja dan comelnya.
"Eeii.. geramnya dengan sayang ni..." ucap syed afzan sambil mencubit pipi safia akibat geram dengan kecomelan isterinya. Safia sudah membuat muka cemberut.
"Abang ni.. sakit la.." rengek safia sambil menggosok pipinya.
"Ala yeke.. ok, ok sorry.. x buat dah.." ucap syed afzan sambil menggosok pipi safia yang dicubit tadi.
"Sayang abang nak tanya ni... sayang ada rasa pening-pening or nak muntah lagi tak sekarang?" Tanya syed afzan. Risau juga dia melihat safia makan banyak. Takut nanti muntah-muntah pula.
"Macam dah kurang.. mungkin sebab baby dah nak masuk 5 bulan kot.." balas safia. Memang sehari dua ni dia rasa agak sihat berbanding sebelumnya.
"Bagus la macam tu.. abang risau kalau sayang masih mabuk-mabuk lagi.. nanti sayang muntah atas abang pula.." usik syed afzan.
"Abang ni!! Mana ada sampai macam tu.. benci la.." rajuk safia.
"Abang gurau je sayang... kalau sayang muntah atas abang abang tadah la.." pujuk syed afzan.
"Eleh, iya la tu.." ejek safia.
"Iya sayang..." balas syed afzan meleret.
"BBWERRKK!!"
"Eh sayang!!!" Terus terloncat syed afzan dari kerusinya saat mendengar safia seperti ingin muntah.
"HAHAHAHA!! tahu takut..." naik sakit perut safia mentertawakan syed afzan. Syed afzan sudah membuat muka cemberut. Dalam masa yang sama dia merasa bahagia. Sudah lama dia tidak melihat safia ketawa seperti itu.
"Ha.. gelak la lagi.. balik nanti siap la sayang kena denda..." ugut syed afzan. Terus terhenti ketawa safia.
Alamak denda... OH NO!!! MATILANAK..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!! ✌✌
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...