"Hurmm... sayang... jangan la kacau... i mengantuk lagi la..." rengek sasha kerana tidurnya diganggu. syed afzan yang bengang lantas mengambil sebiji bantal dan tanpa amaran bantal itu di hempuk ke kepala sasha.
"Hey!! What is wrong with u??!" Marah sasha yang terus tegak tubuhnya selepas dihempuk dengan bantal.
"Hey betina!! Kau tu yang kenapa??!! Macam mana aku boleh ada dekat bilik kau ni??!!" Marah syed afzan. Sasha sudah tersenyum menggoda melihat wajah merah padam syed afzan kerana marah.
"Baby... u tak ingat ke...? Semalam kan u minta i temankan u... u cakap u sunyi.. u cakap u rindukan belaian i... sebab tu i bawa u ke sini... and guess what.. u're so hot and great last night.. sampai 3 round u balun i... hahaha..." ucap sasha sambil ketawa mengejek.
Teringat bagaimana sombongnya lelaki itu apabila dia ingin dekati. Langsung tidak termakan dengan godaannya yang bertalu-talu, membuat dia nekad untuk menundukkan lelaki itu walaupun dengan cara kotor. Kini dia tersenyum kemenangan.
Syed afzan yang bengang mendengar apa yang dikatakan sasha pantas mencengkam kuat rahang sasha. Sasha meringis kesakitan. Senyum sinis kini diganti dengan aliran air mata yang mula mengalir. Syed afzan merapatkan wajahnya ke telinga sasha.
"Kau dengar sini baik-baik sundal, kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dah masukkan sesuatu dalam air aku untuk perangkap aku.. apa pun yang jadi semalam takkan memberi kesan apa-apa pun pada aku.. sebab apa? Sebab aku tak ingat satu pun keseronokan yang kau bangga-bangga kan sangat tu... tapi satu aku nak kau ingat, hidup kau takkan pernah aman kalau kau kacau hidup aku lagi... FAHAM???!!" Sasha mengangguk kepalanya laju.
Syed afzan melepaskan rahang sasha dengan menolak kuat kepala sasha sehingga sasha jatuh ke tilam. Dia kemudian mencapai dompet dan kunci keretanya sebelum berlalu dari rumah sasha.
Sebaik berada di luar rumah sasha syed afzan meraup wajahnya dan menggenggam kuat rambutnya. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah dirinya sendiri kerana telah mengkhianati arwah isterinya. Pokok yang berhampiran ditendang kuat sebelum dia berlalu ke dalam keretanya.
Kepalanya ligat mengingat perkara yang terjadi semalam. Rakan kuliahnya mengajak dia untuk sama-sama menyambut harijadi rakannya itu di sebuah kelab. Kerana ingin menjaga hati rakannya selaku kawan baiknya di perantauan itu dia turutkan saja. Namun dia langsung tidak menyentuh sebarang minuman beralkohol.
"Argghh!! Damn it!!!" Jerit syed afzan saat dia teringat dia mula tidak sedarkan diri selepas minum air yang diberikan pelayan sebaik sahaja dia kembali dari tandas. Apabila terjaga dari tidur dia merasa kepalanya sakit dan badannya merasa sengal-sengal.
Lebih mengejutkan apabila dia berada dalam keadaan bogel dan tubuhnya dipenuhi tompok-tompok merah. Disebelahnya pula sasha yang juga dalam keadaan bogel sedang enak dibuai mimpi. Aargghh... kenapa la dia bodoh sangat tidak berhati-hati dengan keadaan sekelingnya.
"Well, well, well... kau ingat aku akan mengalah macam tu je.. ni sasha la.. aku akan pastikan kau jadi milik aku juga syed afzan..." ucap sasha dari beranda biliknya sambil melihat kereta syed afzan yang mula beredar.
************************************
"Haizal, mimi... kesini sekejap sayang..." datin suzi memanggil kedua cucunya yang sedang bermain. haizal dan mimi sama-sama berlari mendekati nenek mereka. Safia yang duduk disebelah datin suzi tersenyum melihat dua beradik itu.
"Yeay.. mimi sampai dulu.." ucap mimi sambil memeluk datin suzi.
"Mana ada... abang yang sampai dulu..." sampuk haizal. Sengaja mahu mengusik adiknya.
"Nek ma.... tengok abang ni..." rengek mimi.
"Hish.. sudah-sudah.. abang.. jangan la kacau mimi..." mimi sudah menjelirkan lidah pada abangnya. Haizal menjeling adiknya.
"Haizal, mimi... ni nek ma nak kenalkan kak safia..." haizal dan mimi memandang ke arah safia.
"Hai haizal, hai mimi..." ucap safia sambil melambaikan kedua tangannya.
"Siapa kak safia ni nek ma?" Tanya haizal.
"Kak safia ni nanti akan jaga haizal dan mimi nanti..." jawab datin suzi.
"Kenapa? Nek ma dah tak nak jaga abang dengan mimi ke?" Tanya mimi pula dengan muka sedihnya.
"Bukan macam tu sayang... nek ma kan selalu kena keluar.. jadi kalau ada orang yang jagakan haizal dengan mimi nanti tak ada la nek ma risau..." jawab datin suzi lagi.
Mimi menghampiri safia dan duduk di sebelah safia. Kepala disandarkan ke tubuh safia. Kepalanya mendongak memandang wajah safia.
"Nanti kalau kak safia jaga kami, kak safia takkan tinggalkan kami macam mama dan papa kan?" Tanya mimi dengan pandangan redupnya. Safia merasa sebak dengan soalan yang diajukan mimi. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.
"Tak sayang... kak fia takkan tinggalkan mimi selagi mimi perlukan kak fia untuk jaga mimi dan abang..." jawab safia sambil tersenyum. Tubuh mimi ditarik ke dalam pelukannya dan dahi mimi dikucup kasih. Haizal turut menghampiri safia dan mimi dan dia turut memeluk kedua tubuh itu.
Datin suzi yang melihat keadaan itu turut merasa terharu. Betapa cucu-cucunya memerlukan kasih sayang daripada kedua orang tuanya. Tapi apakan daya, umur mama mereka tidak panjang dan papa mereka pula memilih untuk membawa diri.
Datin suzi membiarkan kedua cucunya beramah mesra dengan safia. Dia berlalu ke bilik bayi untuk mengambil cucunya yang ketiga yang diberi nama rania. Rania dibawa keluar untuk diberikan kepada safia.
"Fia, ni cucu aunty yang paling kecil... rania nama dia.." ucap datin suzi sambil menghulur rania kepada safia. Safia menyambut rania dengan berhati-hati.
Bersinar mata safia melihat rania yang sangat comel dan gebu. Rasa seperti hendak dipicit-picit pipi tembam itu. Haizal dan mimi sibuk mengagah rania yang sudah berusia tiga bulan itu.
Safia memandang ketiga-tiga beradik itu. Tumpah sayangnya untuk ketiga beradik itu. Selama ini dia hanya tinggal berdua dengan ibunya. Sekarang dia yang akan menjaga tiga beradik ini. Entah mengapa perasaan teruja muncul untuk menjaga mereka.
Datin suzi pula tersenyum gembira melihat safia yang serasi dengan cucu-cucunya. Sudah lama dia tidak melihat senyuman yang begitu mekar di bibir haizal dan mimi. Dia tahu dia tidak salah memilih safia sebagai penjaga cucu-cucunya. Dia juga pasti safia pasti boleh menjaga cucu-cucunya dengan baik.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...