🌄💟 - 34

6.2K 248 23
                                    

PRANGG!!!!!

habis jatuh berderai pencuci mulut tadi.  Safia turut sama terjelopok ke lantai.

"Oh mai god.. i'm so sorry" kalut sasha berpura-pura ingin membantu safia bangun. 

"AAUUCHH!!" belum sempat safia bangun tubuh sasha pula sudah terpelanting ke tepi akibat disepak dengan kuat.

"Sasha!!! mai gosh... u ok x ni?" Terus wana menerpa ke arah sasha saat terdengar sasha menjerit dengan kuat.  Safia juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana pinggangnya juga terasa sakit akibat jatuh tadi. 

"Bu... ibu ok tak? Sakit dekat mana-mana ke?" Tanya haizal risau. Safia hanya mengangguk.  Sakit di bahagian pinggangnya ditahan sebaik mungkin. 

"Zal.. kenapa buat macam tu dekat aunty...?" Tanya safia lembut. Wana yang mendengar terus berang.  Tidak sempat haizal membalas terus wana  bangun dan menuju ke arah haizal dan safia.

"Hei!! Orang tua kau ni tak ajar cara nak hormat orang ke??!! Yang kau pergi terajang kawan aku tu kenapa??!! Macam nie ke cara kau layan tetamu!!" Jerit wana pada haizal. 

Haizal yang berang terus bangun berhadapan dengan wana.  Mak sedara tak mak sedara, kalau perangai macam ni memang tak patut hormat pun. 

"Mak ngah tu dulu ajar kawan mak ngah adab nak datang rumah orang!!! Jangan sesuka hati nak membuli!! Zal tak buta lagi, zal nampak kawan mak ngah tu sengaja langgar ibu tadi!!!" Sembur haizal.  Semakin merah muka wana akibat marah dengan anak saudaranya itu.

"Achik!!!!! Achik!!!!" Jerit wana memanggil syed afzan.

"Apa jerit-jerit macam orang gila ni ngah? Orang nak buang air pun tak senang la.." bebel syed afzan saat menuruni tangga.  Namun langkahnya dilajukan saat melihat isterinya terduduk di lantai menahan sakit dengan serpihan kaca dan pencuci mulut yang bertaburan di lantai. 

"Sayang! Kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam nie??" Tanya syed afzan risau.  Tidak dihiraukan perkara lain disekelilingnya.

"Hei achik!! Kau ajar sikit anak kau ni!! Dah tak tahu adap, tak tahu nak hormat orang tua!! Ada ke patut dia pergi terajang si sasha tu!! Lepastu melawan cakap aku pulak!!" Adu wana pada syed afzan. 

"Betul ke zal buat macam tu?" Tanya syed afzan.  Safia mula memegang lengan suaminya.  Risau suaminya akan mengamuk dengan anaknya itu. 

Haizal mengangguk dengan wajah tegangnya.  Syed afzan yang berang menepis tangan safia ketepi dan berjalan ke arah haizal.  Tangan dihayun untuk menampar anaknya itu.  Tetapi tangannya dihalang oleh datin suzi. 

"Sebelum kamu hukum anak kamu, baik kamu tanya dia kenapa dia buat macam tu?" Ucap datin suzi dengan tegas. Syed afzan menurunkan semula tangannya.  dadanya berombak menahan marah.  Wajah haizal dipandang.  Meminta penjelasan.

"Zal buat macam tu sebab betina tu sengaja langgar ibu... sampai ibu jatuh.. dan zal takkan lepaskan orang yang buat ibu zal macam tu je.." ucap haizal. 

Semakin berapi kemarahan syed afzan.  Kali ini bukan kepada haizal tetapi kepada sasha.  Giginya diketap kuat bagi mengawal kemarahan.

"Betul ke apa yang anak i cakap tu?" Tanya syed afzan kepada sasha. 

"No... i tak sengaja.. betul.. please.. trust me.. i betul-betul sengaja..." ucap sasha meminta simpati. 

"Apa achik ni... kan dia dah cakap dia tak sengaja.. achik percaya sangat la dengan budak tak cukup umur nie..." wana cuba membela sasha.

"Tak payah la kamu nak menangkan kawan kamu tu ngah... mama pun nampak apa yang jadi.  Sasha memang sengaja jalan laju2 lepastu langgar lengan fia..." ucap datin suzi.  Berang dia melihat orang luar sewenang-wenangnya membuli menantunya. 

Sasha sudah pucat wajahnya.  Dia tidak menyangka banyak mata yang melihat perbuatannya.  Wana pula sudah hilang kata. Tiada apa yang dapat ditegakkan lagi kalau mamanya juga menjadi saksi kejadian itu.

"U tahu tak wife i tengah pregnant sekarang!! Kalau apa-apa jadi pada wife i u nak bertanggungjawab ke??!! Out from ny house now and u jangan tunjuk muka u depan i lagi!!!" Halau  syed afzan. 

Kalut sasha bangun dengan dibantu oleh wana.  Terhinjut-hinjut dia berjalan akibat sakit di pinggangnya. Dalam hati sudah bertambah dendamnya terhadap syed afzan kerana dimalukan begitu. 

Sebaik sahaja keduanya keluar dari rumah itu, syed afzan terus memeluk erat tubuh haizal. 

"Papa minta maaf zal... papa salah.. papa terburu-buru marahkan zal... ampunkan papa..." ucap syed afzan ikhlas.  Pertama kali melihat papanya begitu sudah cukup untuk mencairkan hatinya sebagai seorang anak. 

"Tak apa la pa.. zal tak ambil hati pun..." ucap haizal dan membalas pelukan papanya.

Datin suzi memanggil tuti untuk mengemas semua serpihan kaca dan pencuci mulut yang tertaburan.  Syed afzan mengangkat safia baik ke bilik. 

Tubuh safia dibersihkan sebelum dia menukar pakaian baru untuk safia.  Doktor keluarganya dihubungi bagi memastikan keadaan safia. 

"Macam mana keadaan isteri saya?" Tanya syed afzan risau.

"Alhamdulillah... kandungannya baik-baik saja.  Cuma ada sedikit lebam akibat terjatuh.  Boleh sembuh dalam masa beberapa hari.." jelas doktor laila.  

Syed afzan menghembuskan nafas lega.  Sungguh dia bersyukur saat ini.  memang dia takkan lepaskan sasha andai ada apa2 perkara yang tak elok menimpa isteri dan anaknya yang bakal lahir.

"Kalau tak ada apa lagi saya balik dulu.." sambung doktor laila.

"Baiklah doktor.. Terima kasih banyak..." ucap syed afzan. 





"Sayang... sayang larat tak nak travel..? Kalau tak kita tangguhkan je.. abang risau tengok sayang macam ni.." tanya syed afzan dengan wajah risaunya.  Safia senyum memandang suaminya.

"Abang... sakit macam mana pun.. fia tetap akan pergi juga.. peluang ni satu dalam sejuta tau..." ucap safia lembut sambil ketawa kecil.  Sengaja mahu kenakan suaminya.

"Sayannnnggg!! Saja perli abang kan... merajuk la macam ni.." syed afzan sudah menarik muka masamnya.

"Abang... fia gurau je la... jangan la merajuk.. fia bukan apa... budak2 dah mengharap kan... nanti kalau tangguh mesti diaorg sedih... fia janji fia kuat.. " pujuk safia. Syed afzan menarik nafas dalam.

"Haih... kalau fia dah cakap macam tu... kita proceed je la.." akhirnya syed afzan mengalah.  Lagipun dia juga perlukan masa untuk merehatkan badan dan mindanya.

"Tapi kan..  fia tak abis kemas lagi..." ucap safia dengan nada manja. Muka comel dipamerkan buat suaminya. Syed afzan ketawa kecil melihat safia begitu.

"Tak apa sayang... nanti abang tolong kemaskan ya.." balas syed afzan.  Terus lebar senyuman safia.  Dalam hati merasa lega.  Bukan dia tidak mahu mengemas tetapi pinggangnya masih sakit akibat terjatuh.

"Terima kasih abang... i love u.."

"I love u more sayang..."


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Chapter tadi panjang sangat.. so kita split jadi 2.. 😆






Sinar CintamuWhere stories live. Discover now