Malam ini sekali lagi safia termenung dan menangis sendirian di beranda biliknya. Sama saja seperti hari-hari sebelumnya, sejak berita tentang kehamilannya yang disangka akan menjadi berita gembira buat suaminya diterima.
Sudah dua minggu berlalu sejak kejadiaan itu. Tubuh safia kelihatan semakin mengecil. Mabuknya semakin hari semakin teruk. Seleranya mati. Namun semua itu disembunyikan dari semua orang. Risau akan menyusahkan pula nanti.
Di siang hari dia akan menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu dan isteri seperti biasa. Dia melayan semua orang seperti tiada apa yang berlaku antaranya dengan suaminya. Seolah-olah segala-galanya nampak begitu sempurna.
Namun jauh di sudut hati dia tidak kuat. Dia tidak kuat untuk melawan rasa sakit ini. Rasa sakit diendahkan oleh suami sendiri. Hanya kerana satu nyawa yang berada di dalam perutnya. Adilkah dia diperlakukan begitu.
Safia melihat bintang di langit. Perutnya diusap lembut. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan. Airmatanya dihapus. Dia tersenyum sendiri.
Walau apapun yang terjadi, anak ini adalah permata hatinya. Permata yang akan dipelihara dan dididik seperti anak-anaknya yang lain.
Layanan syed afzan pada safia sudah tidak seperti dulu. Bercakap hanya bila perlu. Tiada lagi layanan mesra. Hubungan intim apatah lagi. Dia keliru dengan perasaannya. Dia terlalu asyik memikirkan apa yang dia rasa sehingga dia terlupa ada hati yang terluka kerana perbuatannya.
"Abang.... fia nak minta izin.. hari ini fia nak pergi melawat mama..." pinta safia ketika syed afzan sedang bersiap untuk ke pejabat. Syed afzan memandang wajah pucat isterinya. Jauh di sudut hati dia risau melihat isterinya begitu. Tetapi ego melebihi segalanya. Langsung tidak disuarakan rasa bimbangnya.
"Nak pergi bila..?" Tanya syed afzan ringkas.
"Lepas hantar budak-budak sekolah..." balas safia. Syed afzan mengangguk.
"Pergilah..." ucapnya sepatah.
"Terima kasih.." dan safia terus keluar dari bilik itu. syed afzan menghantar pemergian safia dengan ekor matanya.
Syed afzan duduk di birai katil. Rambutnya diraup kasar. Apa yang patut dia lakukan. Dia juga buntu. Dia rindukan safia. Dia rindukan gelak tawa safia. Dia rindukan gurau senda safia. Dia rindukan belaian safia.
Tapi dia terlalu ego untuk mengakui semua itu. Dia takut andai dirinya sudah mengkhianati arwah isterinya. Dia takut andai kasih safia pada anak-anaknya berubah andai safia memiliki anaknya sendiri. Dan yang paling dia takut, dia takut dirinya jatuh ke dalam dakapan safia seorang.
Apa yang patut dia lakukan. Sungguh dia buntu..
"Fia... mama nak tanya ni..." ucap datin suzi ketika mereka duduk berdua di taman mini kediaman itu. Safia senyum memandang datin suzi. Senyum tawar kerana dia sedang menahan sakit kepala yang amat sangat.
"Tanya apa ma..? Tanya la..." balas safia perlahan.
"Fia sakit ke..? Mama tengok muka fia pucat sangat... tubuh fia pun makin susut... ke fia ada masalah..? Mama risau la tengok fia macam ni..." ucap datin suzi risau.
Dari mula safia datang dia sudah tidak senang hati melihat fizikal menantunya itu. Wajah pucat seperti tidak berdarah, badan kurus, langsung tiada seri di wajah itu. Dah lama tak jumpa, sekali jumpa ketara sekali perubahannya. Membuat hati tuanya dihimpit perasaan risau.
"Aah ma... fia sakit... buatan orang..." balas fia perlahan. Saja ingin bergurau dengan mertuanya itu.
"Ya Allah!!! Betul ke ni...?! Siapa pula yang buat fia ni...? Ya Allah fia...fia, kita pergi berubat ya...?" Berkerut dahi datin suzi bila melihat safia ketawa.
"La... kenapa ketawa pula... mama serius la..." ucap datin suzi lagi.
"Memang la kena buatan orang... tapi yang membuatnya tu anak mama..." ucap safia dalam sisa tawanya. Membuat datin suzi bertambah berkerut.
Safia mengambil tangan datin suzi dan diletakkan di perutnya. Kemudian matanya tidak lepas memandang wajah datin suzi yang mula kelihatan teruja.
"Betul ke ni...?" Tanya datin suzi. Terlihat sinar di mata tua itu ketika bertanya. Safia mengangguk sambil tersenyum.
Pada mulanya dia takut ingin menyampaikan berita itu. Takut penerimaannya sama seperti suaminya. Tapi dia nekad, berita gembira ini mesti disampaikan. Dan alhamdulillah. Ibu mertuanya gembira.
Datin suzi menarik safia ke dalam pelukannya. Dia tidak sangka dia akan menerima berita itu secepat ini. Sungguh dia rasa bersyukur.
Safia mengeratkan lagi pelukan ketika datin suzi ingin meleraikannya. Dia betul-betul perlukan seseorang untuk dia lepaskan rasa sakit dihatinya.
"Sekejap ma... fia nak peluk mama lagi..." ucap fia perlahan. Ada getar dalam suara itu. Tidak lama datin suzi merasa bajunya mula basah. Safia menangis. Sesuatu yang sangat jarang dilihat. Safia seorang yang kuat. Pasti ada sebab dia jadi begitu.
Tahulah dia ada sesuatu yang berlaku. Safia kelihatan tertekan walaupun dia menyampaikan berita yang cukup menggembirakan dirinya. Dia sangat pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dan dia mesti cari tahu sebabnya.
Datin suzi menggosok perlahan tubuh safia. Cuba untuk menenangkan menantunya itu. Tangisan safia yang kedengaran sayu sangat menyayat hatinya.
Lama mereka begitu sehingga datin suzi merasakan beban pada tubuhnya. Tangisan safia sudah tidak kedengaran. Dia menolak perlahan tubuh safia untuk melihat keadaan menantunya itu.
Berderau darahnya saat dia melihat safia tidak sedarkan diri. Pipi safia ditampar lembut. Tubuh safia digoncang perlahan untuk menyedarkan safia. Namun tetap tiada respon. Airmata datin suzi sudah mengalir deras.
"Kenapa ni ma...?" Tanya syed mukhris sebaik melihat mamanya menangis. Asalnya dia ingin melawat mamanya tetapi ingin dibatalkan niatnya saat melihat kereta safia disitu. Namun bunyi bising mengubah haluannya dan membawa dirinya ke taman mini itu.
"Along... along tolong mama... fia tak sedarkan diri..." ucap datin suzi cemas.
"Kenapa ma..? Apa yang dah jadi..?" Tanya syed mukhris sambil langkahnya menghampiri mamanya. Terkejut dia melihat wajah cengkung safia yang tak sedarkan diri.
"Tak ada masa nak cerita... cepat bawa fia ke hospital..." tanpa berlengah syed mukhris mencempung tubuh safia dan dibawa masuk ke keretanya.
Sebaik saja datin suzi masuk ke kereta, syed mukhris terus memecutkan keretanya laju.
Berita yang baru diterima membuat dirinya sedikit menggeletar. Safia dimasukkan ke hospital. Ya Allah.. apa yang aku dah buat ni.. Kaki yang terasa lemah dikuatkan juga untuk melangkah. Hatinya dihimpit perasaan bersalah dan risau.
Panggilan dari mamanya bagai merentap jantungnya kerana terkejut. Serta merta bayangan arwah isterinya membayangi dirinya. Bagaimana arwah sakit. Bagaimana arwah sendirian menghadapi saat-saat terakhirnya.
Tak.. dia takkan biarkan perkara itu terjadi lagi... tidak pada safia..
Langkah dilajukan menuju ke hospital.
Safia... bertahan sayang..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Siapa yg rs apa yg fia rsa..?🙋🙋
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...