"So macam mana?" Tanya datin suzi tidak sabar. Syed afzan juga tidak sabar untuk menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut safia. Seminggu safia berdiam diri. Harini dia muncul untuk memberikan jawapannya.
Safia menelan airliurnya. Tiada senyuman yang muncul di wajahnya. Dia memandang satu persatu wajah dihadapannya. Dia menarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan. Dia sangat berharap yang dia membuat keputusan yang betul.
"Sa..ya.. hhmm.. sa..ya..."
"Saya apa?!" Tanya syed afzan tidak sabar. Semakin pucat wajah safia mendengar pertanyaan kasar syed afzan. Datin suzi sudah memegang tangan anaknya. Meminta supaya bersabar.
"Saya... terima.." akhirnya. Terlepas satu beban yang disimpan di hatinya. Syed afzan sudah tersenyum lebar.
"Alhamdulillah..." datin suzi bangun dan memeluk tubuh safia erat.
"Ma!! Mama!! Ma!!"
"Mama dekat luar ni... kenapa jerit-jerit ni long..?" Tanya datin suzi risau. Terkejut dia mendengar anaknya menjerit-jerit memanggilnya. Lebih terkejut lagi bila dia memandang wajah merah padam syed mukhris.
"Betul ke ma??" Tanya syed mukhris dengan dadanya yang turun naik menahan marah.
"Apa yang betulnya long...?" Tanya datin suzi lagi dengan dahi yang berkerut.
"Betul ke fia akan kahwin dengan achik?" Tanya syed mukhris lagi. Serta merta wajah datin suzi bertukar serba salah. Bukan dia tak tahu anak sulungnya sudah lama menaruh hati pada safia.
"Aah.. memang betul tu.." balas datin suzi perlahan. Syed mukhris meraup wajah dan menggengam rambutnya kasar sebelum pandangannya beralih semula pada datin suzi.
"Why ma?! Why?! Mama tahu along dah lama sukakan fia tapi kenapa mama buat along macam ni??! Along dekat dengan dia mama marah!! Tapi bila achik boleh pula!! U're not fair ma!!" Ucap syed mukhris kecewa.
"Along... mama buat semua ni sebab anak-anak achik perlukan ibu dia.. achik dan fia setuju pun untuk budak-budak tu... mama harap along faham.. kesian anak-anak achik long..." pujuk datin suzi.
Syed mukhris sudah jatuh terduduk di bangku. Dia merenung ke bawah. Entah macam mana airmatanya mengalir. Dia memang sungguh-sungguh mahukan safia. Selama bertahun dia berusaha mengambil hati safia walaupun gadis itu sering menjauh. Tak sangka safia akan menjadi adik iparnya.
Datin suzi yang melihat syed mukhris turut merasa sebak. Namun dia tiada pilihan. Dia tidak boleh menjamin kebahagian safia jika safia bersama syed mukhris. Dia tidak yakin kalau syed mukhris akan betul-betul berubah untuk safia.
Datin suzi menghampiri syed mukhris. Dia mengambil tempat di sebelah syed mukhris sebelum memeluk erat tubuh anaknya.
"Mama minta maaf sayang... tapi mama harap along boleh terima keputusan fia... mungkin memang dah jodoh mereka untuk bersama... kita sama-sama doakan mereka ya... mama yakin along akan jumpa perempuan yang lebih baik dari fia..." pujuk datin suzi lagi.
"I love her ma.... so much.." ucap syed mukhris perlahan dalam sendunya. Datin suzi turut mengalirkan air mata saat mendengar pengakuan anaknya. Tiba-tiba hatinya merasa berbelah bagi.
Safia termenung di kubur arwah maknya. Sayu hatinya bila memikirkan tiada siapa pun ahli keluarganya yang akan bersamanya di hari bahagia nanti. Bahagia ke? Huh.. tuhan saja yang tahu perjalanannya nanti.
"Mak.... tak lama lagi fia akan jadi isteri orang... rasa macam tak percaya je kan... yela.. fia mana pernah bercinta... fia pun tak tahu macam mana rasa bercinta... tahu-tahu dah nak kahwin... fia.. fia sebenarnya tak sedia lagi untuk jadi isteri orang... yela.. umur fia baru 21 tahun... perjalanan hidup fia pun jauh lagi... bakal suami fia tu umur dia 35 tahun mak... jauh kan beza umur kami.. tapi tak apa la... fia tak sampai hati nak tolak... aunty dah banyak berjasa dengan kita... fia pun sayang nak berpisah dengan budak-budak... bakal suami pun cakap dia nak kahwin dengan fia sebab budak-budak... fia pun tak kisah sebenarnya.. fia tak nak harapkan apa-apa dari dia.. cukup kalau budak-budak sentiasa ada dengan fia... nanti mak doakan semuanya berjalan dengan lancar tau... kalau boleh, doakan la juga kebahagian rumahtangga anak mak ni.. hehe.. ok la mak.. fia kena balik.. kejap lagi nak kena keluar cari barang untuk persiapan majlis nanti.. mak jaga diri tau.. sentiasa ingatkan fia macam fia sentiasa ingat mak... fia sayang mak sangat.. semoga mak tenang di sana...."
Safia mula beredar selepas membaca doa untuk maknya. Hari ini dia cuti memandangkan dia perlu keluar dengan syed afzan. Bukan keluar dating pun, keluar sekadar untuk mencari barang.
Sepanjang perjalanan safia hanya mendiamkan diri. Terus terang dia berasa kekok kerana dia belum pernah keluar berdua begini dengan mana-mana lelaki. Syed afzan pula sesekali menjeling ke arah safia. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.
"Eerrmm.. baju pengantin mama dah tempah... kejap lagi kita tinggal pergi fitting je.." syed afzan memulakan bicara.
"Ok.."
Aik, itu je.. syed afzan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Lepas fitting baju, kita pergi cari cincin... nanti fia pilih la mana yang fia suka..." ucap syed afzan lagi.
"Ok.."
Syed afzan mengeluh. Berat sangat mulut perempuan ni... ada emas ke dekat dalam mulut tu..
"Hhmm.. encik..." syed afzan berpaling seketika ke arah safia sebelum kembali fokus ke depan.
"Yup.. kenapa? Wait, boleh tak jangan panggil encik.. fia kan bakal isteri saya... rasa macam pelik la.." balas syed afzan.
"Eermm ok.. habis tu nak panggil apa?" Tiba-tiba dia teringatkan syed mukhris. Benda yang sama pernah dibahaskan suatu ketika dulu.
"Oleh sebab saya jauh lebih tua dari fia.. saya nak fia panggil saya abang... boleh?" Safia tidak membalas. Cuma kepalanya dianggukkan perlahan.
"Ok, good...so, fia nak cakap apa tadi?" Tanya syed afzan.
"Saya nak minta maaf... pasal kejadian balik dari airport tempoh hari... benda tu secara spontan jadi diluar kawalan saya..." ucap safia perlahan. Syed afzan sudah tersenyum manis bila mengingatkan perkara itu.
"It's ok.. it all my fault after all.." balas syed afzan. Safia menarik nafas lega. Kalau boleh dia tidak mahu hidup dalam rasa serba salah terhadap suaminya nanti.
"Terima kasih.."
"fia nak cari barang untuk hantaran sekali ke nanti?" Tanya syed afzan.
"Hhmm.. pasal tu.. boleh tak kita beli barang masing-masing...? Aa..bang beli barang sendiri, saya beli barang sendiri.. nanti kita tukar la untuk gubahan.." safia memberi cadangan. Bukan apa, dia mana mampu nak beli barang-barang berharga untuk syed afzan.
Syed afzan ketawa kecil. Tiba-tiba syed afzan menggenggam tangan safia dan dibawa ke bibirnya. Tangan itu dikucup lembut. Membuat safia terkaku. Jantungnya bagai mahu meletup dengan kelakuan syed afzan itu.
"It's ok.. abang akan belikan barang-barang abang dan barang-barang fia sekali.. nanti kita cari sama-sama ya.." safia hanya mengangguk sambil dia menarik tangannya dari pegangan syed afzan.
Jantung... tolong kembali berdegup seperti biasa...
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
Storie d'amoreKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...