🌄💟 - 12

7K 348 22
                                    

Malam itu majlis bbq yang diadakan begitu meriah sekali. Syed afzan dan syed mukhris leka membakar ayam dan daging sambil berborak kosong. Pelbagai topik yang keluar dari mulut mereka memandangkan mereka sudah lama tidak bersua. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka.

Sesekali mata syed afzan mencuri pandang ke arah safia yang sedang melayan anak-anaknya makan. Budak-budak itu kelihatan begitu rapat dengan safia. Malah haizal juga kelihatan begitu ceria bila bersama safia.

Syed mukhris sudah tersenyum sinis memandang syed afzan yang leka memandang ke arah safia. Huh, aura safia... tak pernah tak menarik... adiknya yang dikatakan cinta mati dengan arwah isterinya pun boleh tertarik dengan safia.

Syed afzan mula melarikan pandangan saat terlihat safia menghampirinya. Wajahnya bertukar merah saat tertangkap merenung safia sebentar tadi dengan abangnya yang tersenyum sinis memandangnya.

"Erhhmm.. encik mukris dengan encik afzan pergi la makan... biar saya yang sambung bakar ayam ni..."ucap safia saat menghampiri mereka. Kesian pula safia melihat keduanya dari tadi tidak berhenti membakar bahan-bahan perapan bbq itu.

"Ha.. elok juga tu.. nah, ambil kipas ni..." ucap syed afzan selamba dan terus meletakkan kipasnya ke tapak tangan safia.

"Long, tunggu apa lagi... jom la makan..." ajak syed afzan. Syed mukhris memandang safia dan syed afzan bersilih ganti.

"Ala, takpe... dia boleh buat sorang-sorang..." tambah syed afzan lagi sambil menarik tangan abangnya. Safia sudah menjeling ke arah syed afzan. Geram sungguh dia dengan mamat poyo tu. Pandangan dialihkan kepada syed mukhris, Safia senyum nipis sambil mengangguk.

"Takpe, encik pergi la makan.. saya ok sorang-sorang..." ucap safia sebaik dia melihat wajah serba salah syed mukhris. Sekurang-kurangnya ada la juga sisi gentleman lelaki itu. Tak macam mamat poyo tu... membuli je kerjanya.

"Tak apa ke...? Fia dah makan belum ni?" Tanya syed mukhris pula.

"Dah... saya dah makan dengan anak-anak tadi..." balas safia ringkas. Tangannya mula lincah bergerak menyambung kerja lelaki berdua tadi.

"Kalau macam tu i ke sana sekejap ya... nanti i datang balik.." safia hanya mengangguk mengiakan.



"Assalamualaikum....." kedengaran ada suara memberi salam. Datin suzi yang memandang ke arah suara itu pantas bergerak mendekati tuan suara tersebut.

"Aa..ngah..." sebut datin suzi perlahan sambil matanya yang mula berkaca memandang ke dalam anak mata anak keduanya. Tubuh anak itu dirangkul ke dalam pelukannya dan tangisan kerinduan dihamburkan sepuasnya.

Sudah dua tahun anak itu tidak pulang ke pangkuan keluarga. Rindunya terhadap anak gadisnya itu hanya tuhan yang tahu. Anaknya turut membalas pelukan mamanya erat. Turut melepaskan rindu yang bersarang.

Safia tersenyum dari jauh melihat adegan itu. Mungkin dia patut selesaikan kerjanya dan beredar dari situ dengan segera. Dia tidak mahu menjadi pengganggu suasana yang penuh bermakna antara anak beranak itu.

"Angah... i miss u..." ucap syed afzan sebaik kelibat datin suzi dan kakaknya itu menghampirinya.

"Eleh... miss la sangat.. duduk negara orang sampai tak ingat nak balik.. ada hati nak miss-miss kita..." seloroh syarifah syazwana atau lebih dikenali sebagai wana.

"Alah, cakap orang dia pun sama..." bidas syed afzan kembali dan mereka sama-sama ketawa.

Wana memandang di sekeliling. Semuanya masih sama. Tak banyak yang berubah. Kemudian matanya menangkap anak-anak saudaranya yang sedang bermain dan bergelak ketawa. Dah besar budak-budak ni...

Pandangannya terhenti pada safia yang sedang sibuk membakar ayam. Serta merta perasaan yang mati kini kembali lagi. Perasaan dendam dan benci. Ternyata budak hingusan ini masih disini.

Matanya menatap tajam wajah safia. Safia yang perasan ada mata memerhati tidak berani mengangkat wajah. Dia hanya mahu segera menyelasaikan tugasnya dan berlalu ke rumahnya. Dia tidak tahan dengan aura yang sedang dirasai kini.

Datin suzi yang perasan dengan perubahan wana pula mula berasa bimbang. Dia tahu anaknya masih terasa dengan peristiwa dua tahun lepas. Dia tahu anaknya masih berdendam dengan safia tentang peristiwa itu. Walaupun dia tahu semua yang berlaku bukan salah safia.

"Wana.. wana nak makan apa-apa? Along boleh ambilkan..." syed mukhris cuba memecah kesunyian. Takut dia melihat tikaman mata wana terhadap safia. Wana yang seperti baru tersedar pantas menggelengkan kepalanya.

Syed afzan sudah mula dapat menghidu sesuatu dari situasi yang janggal itu. Wajah papa dan mamanya nampak risau. Wana kelihatannya sangat tidak suka dengan safia. Entah apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya.

"Ibu... dah la bakar ayam tu... jom la main dengan nia...." ajak rania. Haizal dan juga mimi turut sama mendekati safia. Safia tersenyum memandang rania.

"Ada sikit lagi sayang... jap lagi ibu main sama-sama dengan nia ya..." balas safia.

"Ala... tak nak, tak nak... nak main sekarang...." bentak rania manja sambil menghentakkan kakinya.

"Bu, ibu pergi la teman nia... biar zal yang bakar..." ucap haizal pula. Kasihan dia melihat ibunya bertungkus lumus dari siang tadi untuk majlis itu.

"Tak apa zal.. tinggal sikit je lagi ni... zal dengan mimi pergi main dengan nia dulu.. kejap lagi ibu datang..." ucap safia.

"Nia sayang... nia main dengan abang zal dan kak mimi dulu ya.. kejap lagi ibu datang..." ucap safia kepada rania saat dia melihat wajah cemberut anaknya itu.

"Ok... but promise ibu... kejap je.. nanti ibu datang tau..." ucap rania pasrah.

"Promise sayang..." balas safia sambil tersenyum. Haizal dan mimi membawa rania bermain di kawasan taman mini berhampiran. Safia pula menyambung kerjanya.

Setelah selesai membakar bahan-bahan perapan safia mula mengemas segala peralatan. Bekas-bekas kotor dibawa ke dapur supaya senang pembantu rumah untuk membersihkan nanti. Safia masuk ke tandas sebelum keluar semula tempat mereka berkumpul.

Terkejut safia melihat wana dihadapannya sebaik dia keluar dari tandas. Dadanya diurut perlahan. Wana tersenyum sinis melihat safia.

"Tak sangka aku... lepas apa yang dah jadi, kau masih boleh buat muka tak tahu malu lagi tinggal dekat sini... aku ingat dah berambus..." ucap wana sinis. Safia menelan airliurnya.

"Cik wana cakap apa ni... saya tak faham..." balas safia lembut sambil menunduk. Wana ketawa sinis.

"Tak faham ke buat-buat tak faham?" Safia mengetap bibirnya kuat. Kalau boleh dia tak nak ingat peristiwa pahit itu.

"Saya tak faham... saya minta diri dulu cik wana..." ucap safia dan terus berlalu. Dia ingin berjumpa datin suzi untuk meminta diri. Dia ingin segera pulang ke rumahnya.

Wana yang bengang terus mengekori langkah safia. Dia mula berlari kecil saat melihat safia melalui kolam renang. Tubuh safia ditolak kuat sehingga safia jatuh ke dalam kolam.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu membuatkan safia tidak sempat untuk bertindak apa-apa. Memandangkan dia tidak pandai berenang dia hanya membiarkan tubuhnya tenggelam ke dasar kolam.

Datin suzi dan yang lain terkejut mendengar bunyi air kolam yang kuat. Semua berlari ke arah kolam untuk melihat.

"Ya Allah fia!!!"

"Ibu!!!"


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Sorry u olls... sis boleh t'llap pulak masa tgh bt chpter ni... sptutnya semalam dh up... huhu

Sis nk ucpkan trm ksh pd semua yg mnyokong dan sudi baca crta sis nie.. especially to those yg baik hti sudi tkan tiny star tu... trsa mlonjak2 smngat bt updte bla tgk rmai yg votes... tqsm u olls.. i really appreciate it.. luv u.. 😍😍😘😘

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now