"Sah"
"Sah"
"Sah"
Alhamdulillah. Akhirnya safia sah sebagai isteri syed afzan. Atas permintaan safia sendiri, majlis yang diadakan hanya lah majlis akad dan kenduri kesyukuran untuk para tetamu. Kedua-dua majlis diadakan di kediaman datin suzi.
Kalau ikutkan datin suzi, majlis tersebut mestilah gilang gemilang dan meriah. Tempatnya pula mesti diadakan di grand ballroom hotel-hotel. Tetapi memandangkan itu permintaan safia, dia turutkan saja. Risau pula safia akan membatalkan majlis jika dipaksa.
Safia cantik mengenakan busana putih yang ditempah khas oleh datin suzi. Wajahnya yang di solek neutral menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi safia. Para tetamu tidak henti-henti memuji kecantikan safia.
Pandangan Syed afzan pula tidak boleh lepas dari memandang wajah safia. Kecantikan Safia benar-benar menggetarkan naluri lelakinya. Betapa bertuahnya dirinya kini kerana mendapat seorang isteri yang begitu sempurna.
Safia sering menundukkan kepalanya. Terasa janggal bila sering direnung begitu. Sesekali matanya merenung suaminya yang segak berbaju melayu. Memang kacak. Sejujurnya dia berasa malu kerana dia tidak pernah berada di dalam majlis-majlis sebegini.
Syed afzan bangun mendekati safia. Safia yang manis bersimpuh di sebelah mamanya dipandang kasih. Dia mengambil tempat di hadapan safia dan rantai untuk pembatalan air sembahyang di pakaikan ke leher safia.
"Terima kasih sudi terima abang..." bisik syed afzan di telinga safia. Meremang seluruh tubuh safia mendengar bisikan yang penuh sensual itu. Jantungnya mula berdegup laju.
Syed afzan kemudian menghulurkan tangan. Safia menyambut salam syed afzan dan tangan suaminya dikucup perlahan. Syed afzan kemudian mengucup lama dahi safia.
Entah mengapa momen itu membuatkan diri safia menjadi sebak. Mungkin kerana dia keseorangan di majlis yang penuh bermakna dalam hidupnya itu. Perlahan-lahan airmatanya mengalir turun ke pipi.
Syed afzan menyapu airmata safia sebaik ciuman dilepaskan. Safia menarik senyum nipis. Datin suzi memeluk erat tubuh safia. Belakang safia digosok lembut bagi menenangkan menantunya itu.
"Mama happy sangat... fia sekarang dah jadi anak mama..." safia membalas pelukan datin suzi erat. Sekali lagi airmata mengalir. Terharu dengan penerimaan datin suzi.
"Ibu!!!" Jerit rania dan mimi. Kedua-duanya menghampiri safia. Safia memeluk erat keduanya.
"Ibu... ibu dah kahwin dengan papa... lepas ni ibu tak boleh tinggalkan kami lagi tau..." ucap mimi. Rania mengangguk laju kepalanya tanda mengiakan. Entah faham atau tak situasi yang sedang berubah itu.
"Iya sayang... ibu tak akan tinggalkan kamu semua..." balas safia lembut.
"Eh, jom kita ambil gambar sama-sama!!" Ajak datin suzi ceria.
Sepanjang majlis berlangsung tangan syed afzan tidak lepas dari menggenggam tangan safia. Sampai naik segan safia dibuatnya. Namun dia hanya menurut. Kehendak suami katakan.
"Hhmm.. abang... en.mukhris dengan cik wana tak datang ke...? Fia tak nampak pun diaorang...?" Tanya safia ketika mereka sedang menjamu selera. Syed afzan tersenyum kelat. Matanya memandang ke dalam mata safia.
"Along dengan angah ada hal kot... sebab tu tak dapat datang... fia tak payah fikir la... yang penting semuanya dah selamat kan..." balas syed afzan. Dia tidak mahu safia berkecil hati dengan abang dan kakaknya. Safia hanya mengangguk faham. Tiada apa yang perlu dibahaskan lagi.
Datin suzi menghampiri mereka. Wajah itu kelihatan begitu ceria walaupun dia sedang penat melayan ramai tetamu. Iyalah, kebanyakan tetamu yang hadir adalah saudara mara dan kenalan rapatnya. Walaupun majlis hanya dibuat secara serba ringkas namun tetap kelihatan meriah dengan tetamu yang hadir.
"Abang chik nak bawa safia balik rumah bang chik malam ni? Maybe u want some privacy with fia... Mama dah upah orang kemas minggu lepas..." ucap datin suzi.
"Tak apalah ma... bang chik kat sini je... bang chik belum sedia lagi nak balik sana..." balas syed afzan ringkas tetapi cukup memberi kesan kepada safia.
Airmuka safia sedikit berubah dengan jawapan syed afzan. Dia mula merasakan dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Sebab itu syed afzan tidak mahu berdua-duaan dengannya. Safia... jangan mengharapkan lebih... ingat balik tujuan kau berkahwin...
"Ma.. abang... fia nak pergi tandas sekejap..." pamit safia. Sebak yang datang bertandang ditahan sebaik mungkin.
"I think, fia terasa dengan apa yang bang chik cakap..." ucap datin suzi sebaik sahaja safia beredar. Syed afzan melepaskan keluhan berat. Sesekali matanya memandang ke arah anak-anaknya yang bermain dengan saudara mara mereka.
"Ma... bang chik tak boleh... rumah tu banyak kenangan bang chik dengan arwah... bang chik tak nak dibayangi oleh arwah ketika bang chik bersama fia... please ma.. tolong faham perasaan bang chik..." balas syed afzan. Dia sangat berharap mamanya faham dengan keadaannya sekarang.
"Ok.. i get it.. but at least bring her somewhere else... biar la dia rasa dihargai.. hhmm?" Datin suzi memberi cadangan.
"Ok ma.. i'll think about it.." ucap syed afzan.
"That's my boy... haih... tak sabar nak dapat cucu baru..." ucap datin suzi sambil tersenyum senang. Dagunya ditongkat dengan kedua tangan seolah-olah tengah berangan.
"Oh ma... please la..." balas syed afzan sambil matanya memandang ke atas. Datin suzi sudah ketawa melihat wajah anaknya.
PANGG!!!
"AARGHH!!"
syed afzan dan datin suzi terus berlari ke dalam sebaik dia terdengar jeritan yang kuat. Mereka melihat safia yang sudah terduduk di lantai sambil memegang pipinya. Airmata gadis itu turut mengalir laju.
"Kau memang kurang ajar kan??!! Dulu kau rampas kebahagiaan aku, sekarang kau nak rampas keluarga aku pulak??!! Kau ni memang betul-betul tak tahu malu la betina??!!" Safia hanya menelan segala cacian yang dilemparkan oleh wana.
Dia tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi di hari bahagianya. Sesungguhnya sakit di pipi dan dihati tidak mampu menahan airmatanya dari mengalir laju.
"Angah ni dah kenapa??!! Datang sini nak buat kecoh!! Kalau datang sini semata-mata nak rosakkan majlis baik tak payah datang!!!" Marah syed afzan. Datin suzi sudah memeluk tubuh safia yang sedang teresak dan membantu safia untuk bangun.
"Owh.. sekarang achik nak menangkan betina ni pulak??!!" Tanya wana kasar. Hatinya sakit apabila adiknya melebihkan orang luar dari kakak sendiri.
"Orang yang angah panggil betina ni isteri achik!!!!" Bergema suara syed afzan di seluruh kediaman itu. Masing-masing terdiam tidak berani bersuara.
Tanpa mempedulikan wana yang tercengang, syed afzan membawa safia ke biliknya. Walaupun perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi itu bukan alasan untuk dia membiarkan safia ditindas sesuka hati.
Datin suzi menggelengkan kepalanya. Sungguh dia kesal dengan sikap anaknya itu. Langsung tidak menghormati saudara mara yang masih berada di kediaman itu.
Kau jangan ingat kau boleh bahagia.. aku akan pastikan kau bayar balik setiap penderitaan yang aku lalui...
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sorry lambat update..😭😭
Next is their honeymoon... nk bt scene utk 1st night x? Klu xnk sis skip je.. hehe😆😆
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...