🌄💟 - 7

6.8K 250 5
                                    

Safia bersiap-siap untuk pergi ke hospital.  Hari ini emaknya sudah boleh keluar dari hospital.  Alhamdulillah, keadaan emaknya semakin stabil. 

Safia bercadang untuk membawa emaknya tinggal di rumah yang disediakan oleh datin suzi.  Rumah itu terletak di bahagian belakang kediaman datin suzi.  Walaupun rumah itu agak kecil, tetapi ianya cukup selesa buat mereka berdua.   Senang untuk safia memantau anak-anak asuhannya sekaligus memantau emaknya juga.

Safia berjalan ke perhentian bas.  walaupun jaraknya agak jauh tetapi digagahkan juga kakinya melangkah. iya lah... safia mana ada kereta. Lagipula dia Memang sudah bercadang untuk pergi ke hospital dengan menaiki bas dan balik dari hospital nanti barulah dia akan mengambil teksi.  boleh berjimat cermat.



Syed mukhris memandu keluar dari perkarangan rumah orang tuanya.  Sudah lebih dua minggu dia disana.  Gara-gara ingin menatap wajah safia.  Namun selepas dia ditolak safia hatinya agak terkesan. 

Dia terasa hati dengan gadis itu.  Dia mahu pulang ke rumahnya dan keluar berseronok seperti biasa untuk lupakan kekecewaannya. 

Sedang keretanya menyelusuri jalan keluar, dia ternampak kelibat safia dia perhentian bas.  Akalnya tertanya-tanya gadis itu mahu kemana dengan sendirian begitu.  Akalnya juga menyuruh dia berhenti namun kerana egonya dia meneruskan perjalanan.  

Tidak jauh syed mukhris memandu melepasi perhentian bas itu, dia menekan brek keretanya dengan kuat sehingga bergesel tayar dengan jalan. Steering kereta dihentak kuat dengan kedua tangannya sambil merengus kasar. 

Sakit di tangan hanya dibiarkan.  Ternyata tarikan safia terlalu kuat. dia tidak boleh mengendahkan gadis itu.  Sebaik sahaja dia memastikan tiada kereta di belakang, dia mengundurkan keretanya menghampiri hentian bas tadi.

Safia hanya memandang kosong kereta yang berhenti di hadapannya kini.  Dia masih duduk di tempatnya.  Tiada niat mahu menghampiri kereta itu.  Walaupun dia tahu ianya kepunyaan syed mukhris.

Cermin tingkap dibuka dan kelihatan wajah syed mukhris menghiasi permandangannya.  Tak pernah tak kacak.  Fikir safia sendiri.  sedar diri safia...  sedar diri...

"Fia, masuk..." arah syed mukhris tegas.  Safia sudah merasa serba salah. 

"Tak apa encik... saya tengah tunggu bas... sekejap lagi sampai la tu..." tolak safia lembut sambil tersenyum. 

"U nak masuk sekarang atau u nak i turun and heret u masuk dalam kereta ni?" Ugut syed mukhris.  Safia menghela nafas berat.  Dia mula berjalan perlahan ke arah kereta itu. 

Syed mukhris merenung wajah safia sebaik sahaja safia masuk ke dalam kereta.  Safia menundukkan pandangannya.  Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.  Takut nanti dari mata terus turun ke hati. 

"Nak ke mana seorang diri ni?" Tanya syed mukhris.  Kali ini nadanya lebih lembut.

"Mak dah boleh keluar hospital... nak pergi jemput mak dari hospital..." jawab safia.

"Naik bas?" Tanya syed mukhris lagi kepada safia.  Biar betul budak ni... fikir syed mukhris sendiri.

"Pergi je naik bas.. balik nanti ingat nak naik teksi..." balas safia lagi. Syed mukhris meneruskan perjalanan.  Mereka banyak berdiam diri di dalam kereta. 





Sebaik sampai safia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu ke wad emaknya.  Syed mukhris hanya memandang safia yang berjalan masuk ke dalam hospital. 

Selesai mendapatkan laporan perubatan dan menguruskan pembayaran, safia menolak kerusi roda yang dinaiki emaknya ke lobi.  matanya melilau mencari teksi yang kosong.  Namun matanya terhenti pada susuk tubuh seseorang.

Dia terkejut seketika saat melihat syed mukhris berada di lobi hospital itu.  Dia sangkakan lelaki itu sudah beredar sebaik sahaja dia keluar dari kereta lelaki itu. 

"Semua dah selesai ke?" Tanya syed mukhris sebaik sahaja safia mendekatinya.

"Dah... tapi.. encik buat apa dekat sini...?" Tanya safia pula.

"I tunggu u la..  takkan la i nak biarkan u bawa mak u yang sakit ni naik teksi..." balas syed mukhris bersahaja.

"Siapa ni fia?" Tanya pn. Aisyah pula. 

"Ni anak sulung aunty, syed mukhris..  tadi dia yang hantar fia datang sini..." balas safia.  Pn.aisyah memandang syed mukhris sambil tersenyum. 

"Apa khabar mak cik.. fia beritahu saya mak cik boleh keluar hari ini.. sebab tu saya tunggu dekat sini.. makcik tak kisah kan balik dengan saya?" Tanya syed mukhris hormat.

"Terima kasih nak... Makcik tak kisah kalau tak menyusahkan kamu..." balas pn.aisyah lembut.  Safia hanya mendiamkan diri. 

"Eh, tak ada la.. mana ada menyusahkan... mak cik dengan fia tunggu sini sekejap ya.  Saya nak pergi ambil kereta..." pamit syed mukhris dan berlalu ke arah keretanya.

Sepanjang perjalanan syed mukhris banyak berbual dengan pn. Aisyah.  Safia pula lebih suka mendiamkan diri.  Kadang kala safia merasa terharu melihat layanan syed mukhris kepada emaknya.  Tak sangka, lelaki ini juga mempunyai budi pekerti yang tinggi terhadap orang yang lebih tua. 








"Fia... duduk sini sekejap sayang.." panggil datin suzi.  Safia hanya menurut dan mengambil tempat di sebelah datin suzi.

"Mak kamu macam mana? Selesa tak tinggal dekat rumah belakang tu?" Tanya datin suzi.

"Alhamdulillah aunty... Kami selesa dekat sana..  semuanya cukup..." balas safia.

"Baguslah kalau macam tu... kalau perlukan apa-apa jangan segan beritahu tau..." ucap datin suzi.   safia hanya mengangguk. 

"Eh, sebelum aunty lupa.. aunty nak beritahu minggu depan aunty akan ke australia... bawa budak-budak jumpa papa diaorang... diaorang dah rindu sangat... asyik sebut-sebut je.. aunty tak sampai hati nak tengok...  fia nak ikut sekali tak..?" Tanya datin suzi.

"Eermm.. saya kalau boleh memang nak ikut aunty.... tapi mak saya tak ada yang jaga nanti... kalau saya tak ikut, tak apa kan aunty...?" Balas safia perlahan dengan rasa serba salah.

"Eh tak apa.. fia jangan risau.. fia jaga je mak fia... aunty faham... nanti aunty bawa tuty untuk uruskan budak-budak tu... tapi fia tak kisah kan duduk berdua dengan mak saja...?" Tanya datin suzi lagi.

"Tak apa aunty... fia tak kisah..." balas safia sambil tersenyum.  Dia menarik nafas lega.  memang dia tidak sanggup untuk meninggalkan emaknya sendirian.  takut ada apa-apa terjadi pada emaknya.

"Tapi tu la... kalau along balik sini, fia tolong tengok-tengokkan ya.. mana tahu dia nak makan ke apa... fia tolong masakkan.. boleh?"

"Boleh aunty tak ada masalah.... aunty jangan risau ya..." balas safia lagi. Datin suzi tersenyum sambil memeluk safia.  Ucapan terima kasih diberikan kepada safia. Kalau saja anaknya buka jenis yang suka berfoya-foya, sudah lama dia jodohkan safia dengan anaknya. 






Di sebalik tiang pula syed mukhris sudah tersenyum senang.  Dia sudah merencanakan pelbagai agenda untuk mendekati safia sepanjang ketiadaan keluarganya di rumah. 

"Just wait n see fia...hahaha.."

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now