🌄💟 - 28

9.6K 386 58
                                    

Syed afzan pulang ke rumahnya sendirian. Ada rancangan yang perlu di laksanakan pada malam ini. Dengan kesungguhannya, mamanya turut bersetuju untuk berpakat sekali bagi menjayakan rancangannya.

Barang-barang untuk memasak diletak di table top dapur. Apron dipakai dan tangannya mula lincah berkerja. Hidangan istimewa buat isteri tercinta akan di masak dengan penuh kasih sayang.

Malam ini dia akan pastikan safia akan memaafkan segala khilafnya. Dia akan luahkan perasaan cintanya pada safia. Dia akan jaga safia dengan baik. Dia tidak mahu kehilangan safia lagi.







"Fia... siang tadi suami kamu cakap nak balik rumah sendiri.. tapi mama call dari tadi tak ada orang jawab.. mama risau la... suami kamu tu bukannya sihat sangat lagi..." luah datin suzi dengan wajah risaunya.

"Iya ke ma... abang tak ada beritahu fia pun dia nak balik..." ucap safia bingung. Sangkanya syed afzan sudah kembali bekerja.

"Nanti fia pegi jenguk dekat rumah sana ya... mama risau la..." ucap datin suzi lagi.

"Baiklah ma.. nanti fia balik jenguk abang... mama jangan risau ya.." balas safia. Berharap dapat mengurangkan kerisauan ibu mertuanya. Terus terukir senyum dibibir datin suzi. Senyuman yang penuh bermakna.








Safia tiba di perkarangan rumah dalam pukul 7. Dahinya berkerut melihat perkarangan rumah yang sudah hampir gelap. Pelik melihat lampu depan tidak dibuka.

Dalam hati berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku pada suaminya memandangkan kereta syed afzan ada kelihatan didalam garaj. Safia menarik nafas dalam sebelum mematikan enjin kereta.

Dia melangkah perlahan ke arah pintu utama. Pintu dibuka dan sekali lagi dia merasa tidak sedap hati. Pintu utama tidak berkunci. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah yang gelap gelita membataskan penglihatannya.

"Assalamualaikum... abang...."

"Abang...."

"Abang...."

Masih tiada sahutan dari suaminya. Safia melangkah ke arah suis lampu. Beberapa kali ditekan namun tetap tidak menyala. Degupan jantung mula bergerak pantas. Dia cuba melangkah perlahan di dalam keadaan gelap. Hanya cahaya dari telefon bimbitnya memenuhi ruang itu.

Langkahnya terhenti saat dia terlihat ada cahaya yang datang dari ruang makan. Langkahnya terus diatur menuju ke ruang itu.

Terlihat hidangan tersusun indah diatas meja dengan diterangi cahaya lilin dan dihiasi bunga ros segar. Dahi safia sudah mula berkerut. Berbagai-bagai andaian bermain difikirannya. Adakah suaminya punyai makan malam istimewa dengan wanita lain?

Sedang dia berperang dengan perasaan sendiri terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Terangkat bahunya dan terus terpejam matanya akibat terkejut. Nafasnya kedengaran begitu laju. Lebih-lebih lagi dia merasa belakang lehernya dikucup lembut. Naik meremang bulu romanya.

"Waalaikumussalam sayang... i miss u.." akhirnya manusia yang memeluknya bersuara.

Barulah dia boleh bernafas lega. Sangkanya siapa lah tadi yang berani-berani memeluknya. Sejujurnya dia masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa emaknya dulu.

"Abang...." panggil safia. Bahunya disenggol sedikit agar syed afzan melepaskan pelukannya. Namun hanya sia-sia.

"Ya sayang..." balas syed afzan dengan bisikan yang penuh romantis.

"Kenapa duduk dalam gelap....? Abang ok...?" Tanya safia. Syed afzan masih lagi menggeselkan hidungnya di leher safia. Sesekali dia mengigit lembut. Membuat safia merasa agak teransang memandangkan mereka sudah lama tidak bersama.

"Saja.... abang nak buat suprise untuk sayang..." ucap syed afzan. Masih lagi dalam bisikan romantisnya. Membuat safia semakin tidak keruan.

"Abang kenapa ni..? Kenapa abang pelik sangat malam ni.. abang buat fia takut...." soal safia lagi. Memang dia takut melihat syed afzan versi ini. Takut dia akan mengharap lagi... dan terus terluka lagi...

"Ssshhh.... jangan takut sayang... abang buat semua ni untuk sayang... come.. kita dinner dulu.. nanti lepas dinner kita solat sama-sama.." ucap syed afzan menarik tangan safia yang sedang kebingungan. 

Kedua-duanya menikmati makan malam yang romantis itu dengan senyap.  Entah mengapa safia merasakan makanan itu sangat kena dengan tekaknya yang sangat susah menerima makanan semenjak dia mengandung. 

Sesekali syed afzan mencuri pandang wajah safia yang begitu leka menikmati masakan yang dimasaknya.  Dia jadi tersenyum sendiri melihat safia begitu berselera sekali.









Sebaik mengaminkan doa syed afzan berpaling ke arah safia.  Dari waktu makan sehingga sekarang safia tidak banyak berbicara.  Hanya mengikut apa yang diminta suaminya. 

Safia menyambut dan mencium tangan yang dihulur syed afzan.  Tanpa lengah syed afzan mencium dahi safia lama.  Safia menahan sebak yang bertandang di dada dengan kelakuan suaminya.  Ini lah salah satu saat yang paling dirinduinya.  Hampir saja air matanya gugur. Namun ditahan dengan sebaik mungkin. 

"Sayang.... sayang masih marahkan abang..?" Tanya syed afzan sambil memegang tangan safia.  Wajah lembut safia dipandang kasih.

"Kenapa fia nak marahkan abang...?" Soalan berbalas soalan.  Sengaja ingin menguji suaminya.

"Abang minta maaf..." safia mengangkat muka memandang syed afzan.  Bagaikan tidak percaya ayat itu keluar dari mulut suaminya.

"Abang minta maaf... abang abaikan sayang...." ucap syed afzan lagi.  Kali ini kedengaran getar pada suaranya.  Tangannya semakin kuat menggenggam tangan safia. 

"Tak apa... fia sedar siapa diri fia... dan fia tak pernah lupa akan alasan kenapa kita disatukan dulu..." balas safia perlahan. 

"Cuma.. tu la... buat seketika fia hanyut dengan kebahagian yang fia rasa dalam perkahwinan ni... yela... fia tak pernah rasa kasih sayang dari seorang lelaki... jadi fia dah tersalah tafsir kebaikan abang pada fia... fia minta maaf ya abang.." ucap safia.

"Tapi fia syukur sangat... sebab anak ini dah menyedarkan fia akan kedudukan fia yang sebenarnya...." sambung safia lagi.  Syed afzan yang merasa bersalah terus menarik safia ke dalam pelukannya.

"Abang minta maaf sayang.... abang keliru dengan perasaan abang.. sampai abang sakitkan hati sayang... abang minta maaf..." ucap syed afzan dalam tangisnya.  Safia yang turut mengalirkan air mata mendengar pengakuan suaminya. 

"Abang... fia nak minta tolong..." ucap safia dalam sendunya.

"Tolong jangan beri fia harapan..." semakin kuat tangisan syed afzan mendengar permintaan safia. 

"Tak sayang... tak... abang sayangkan sayang.. abang betul-betul sayangkan fia abang..." luah syed afzan.  Pelukan dilepaskan.  Kedua tangannya memegang wajah safia yang sudah lencun dengam air mata.

"Pandang mata abang sayang..." minta syed afzan.  Safia hanya menurut.  Tidak diendahkan airmata yang masih laju mengalir. 

"Abang cintakan safia... sepenuh hati abang... bila sayang pergi, abang rasa hidup abang kosong... abang rindukan safia abang... abang rindukan isteri abang... abang tak boleh hidup tanpa sayang... tolong jangan tinggalkan abang.... please..." rayu syed afzan dalam tangisnya. 

"Abang.... fia tak mimpi kan... ini memang suami fia kan..." tanya safia sambil tangannya naik mengusap pipi syed afzan.  Syed afzan menggelengkan kepalanya laju.  Tangan safia diwajahnya digenggam dan dikucup.

"Tak sayang... sayang tak bermimpi... ni memang abang..." tanpa berlengah safia terus merangkul erat tubuh syed afzan.  Tangisan kegembiraan dihamburkan ke dada lelaki itu. 

Syed afzan membalas pelukan safia.  Dalam hati dia bersyukur.  Allah makbulkan doanya untuk bersama safia kembali. 


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Sorry tak best...😔😔😔



Sinar CintamuWhere stories live. Discover now