"Assalamualaikum..." syed afzan memberi salam sebaik sampai ke kediaman mamanya. Terdengar riuh suara anak-anaknya sebaik mendengar suaranya. Membuat dia dan safia ketawa kecil.
"Ibu!! Papa!!" Panggil mimi dan rania lalu memeluk papa dan ibu mereka. Kelihatan datin suzi dan haizal berada di muka pintu sambil tersenyum memandang adegan itu.
"Papa, papa bawa ibu pergi mana...? Nia tak boleh tidur la ibu tak ada..." ucap rania sambil mencebik. Syed afzan melutut di depan rania bagi menyamai tinggi anak itu.
"Papa ada hal sikit dengan ibu.. tapi ni kan papa dengan ibu dah balik... harini papa dengan ibu akan spend masa dengan nia... kak mimi.. abang haizal... kita pergi jalan-jalan.. suka tak?" Terus bersinar mata rania mendengar janji papanya.
"Betul ke??! Wah!!! Seronoknya!!!" Ucap rania teruja sambil menepuk-nepuk tangannya.
"Ok, sekarang ni papa nak haizal, mimi dengan nia kemas baju.. petang nanti kita bertolak..." terus rania dan mimi berlari ke dalam bilik mereka. haizal pula berjalan menyusuli adik-adiknya.
"Mama booking sehari, kamu tambah sampai 2 hari... seronok betul nampaknya pengantin baru ni ya.. hahaha" usik datin suzi kepada syed afzan dan safia. Wajah safia sudah merah menahan malu. Syed afzan cuma tersengih macam kerang busuk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mereka sepatutnya bermalam selama sehari sahaja dihotel. Tetapi syed afzan seperti tidak puas bersama safia. Gadis itu betul-betul meransang nafsunya yang sudah lama tidur. Tetapi sekali bangun, tak boleh berhenti. Sampai lunyai safia dikerjakan.
Kalau ikutkan dia mahu menyambung bulan madu mereka, tetapi oleh kerana safia sudah merengek rindukan budak-budak, dia terpaksa membawa safia pulang. Pulang dengan rencana yang lain. Dia mahu membawa safia dan anak-anaknya pergi bercuti.
"Ala mama ni.. malu la bang chik..." balas syed afzan perlahan.
"Mama, fia masuk dulu ya..." pamit safia kerana terlalu malu untuk berdepan dengan mertuanya.
"Iya lah sayang.. fia naik la rehat.. mesti fia penat melayan bang chik ni..." balas datin suzi.
"Ma....!" Datin suzi ketawa melihat wajah cemberut syed afzan dan terus masuk ke dalam.
Safia mencapai beg dan terus berlalu ke dalam. Syed afzan mengikuti langkah safia. Pintu dikunci sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik.
"Fia.. abang ingat abang nak kita pindah rumah sendiri.. kita hidup sendiri.. apa pendapat fia..?" Tanya syed afzan sebaik mengambil tempat di sebelah safia di birai katil.
"Fia ikut abang.. asalkan anak-anak ada fia tak kisah.." balas safia lembut. Syed afzan tersenyum memandang safia. Dahi safia dikucup lembut.
Entah mengapa bahagia yang sudah lama tidak di rasai meresap ke dalam jiwanya. Sungguh dia bagai jatuh cinta buat kali kedua dengan kecantikan dan kelembutan safia. Tetapi ditahan perasaan itu kerana rasa bersalah pada arwah isterinya.
"Terima kasih.. nanti bila rumah kita dah siap kita pindah ya..." safia hanya mengangguk mengiayakan.
"Jom.." ajak syed afzan. Safia sudah mengerutkan dahi.
"Jom?? Pergi mana??" Tanya safia pelik. Baru sampai takkan dah nak keluar balik... fikir safia sendiri.
"Jom mandi..." ucap syed afzan sambil tersenyum nakal. Tangan safia ditarik menuju bilik mandi. Safia sudah menggigit bibirnya. Namun langkahnya tetap mengikuti langkah syed afzan.
Safia turun ke bawah sebaik sahaja selesai melayan kehendak suaminya. Suaminya masih lagi lena. Mungkin penat akibat dua kali bertarung di bilik tadi. Sejujurnya safia juga merasa penat kerana suaminya seaakan tidak mahu melepaskannya. Bila sudah mula pasti akan berlarutan sampai berjam-jam.
Namun safia hanya melayan tanpa menolak atau mengeluh. Walaubagaimana payah pun dugaan bergelar seorang isteri, dia tetap berpegang pada pesan arwah emaknya. Patuh pada suami selagi tidak melanggar hukum syarak. Jadi isteri yang baik.
"Eh, fia buat apa dekat dapur ni..? Pergi la rehat dekat atas.. mesti penat tak hilang lagi..." tegur datin suzi sebaik sahaja dia melihat kelibat safia masuk ke dapur.
"Fia nak tolong masak... lagipun abang tengah tidur.. fia bosan.. tu yang fia turun ni..." balas safia sambil tersenyum. Tangannya lincah bergerak mengambil sayur-sayur yang masih belum dipotong.
Datin suzi tersenyum memandang safia. Dirinya merasa bahagia kerana doanya dimakbulkan Allah. Akhirnya safia menjadi sebahagian dari keluarganya.
"Fia... fia bahagia...?" Tanya datin suzi berhati-hati sambil matanya memandang wajah safia.
"Alhamdulillah ma... abang layan fia dengan baik.. walaupun kami masih dalam proses kenal hati budi masing-masing tapi dia tak pernah kasar dengan fia.. fia syukur sangat.." ucap fia sambil tangannya sibuk memotong sayur-sayur tadi.
"Syukurlah kalau fia rasa macam tu.. mama risau juga sebenarnya... mama takut kalau-kalau bang chik ada buat benda yang tak elok dengan fia..." ucap datin suzi.
"Tak adalah ma.. abang baik..." dua kali mendengar perkataan itu dari mulut safia, datin suzi yakin bahawa anaknya boleh memberi kebahagiaan kepada safia.
"Mama harap sangat rumahtangga kamu berdua akan kekal hingga ke akhir hayat... mama sayang fia macam anak mama sendiri... mama harap safia selamanya akan jadi menantu mama..." safia terharu mendengar luahan datin suzi.
Sesungguhnya dia juga menyayangi datin suzi seperti ibu kandungnya sendiri. Wanita itu sudah banyak berjasa pada dirinya.
"Fia pun harap macam tu ma.. tapi jodoh dan ajal semua ditangan tuhan.. fia tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang... tapi fia harap mama sudi doakan kebahagiaan kami sekeluarga..." balas safia.
Datin suzi tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir bila melihat keikhlasan yang terpancar dalam mata safia. Safia sudi menerima anak dan cucunya walaupun terpaksa mengorbankan masa depan sendiri.
Safia yang melihat datin suzi mengalirkan airmata pantas memeluk wanita itu.
"Ma.. janganlah nangis.. dah tak cantik dah..." usik safia. Membuat datin suzi ketawa kecil sambil mengesat airmatanya.
"Nanti mama ajar fia masak masakan kegemaran abang tau... fia pernah dengar orang cakap, kalau nak pikat suami kena pikat perut dia dulu... betul ke ma..?" Tanya fia polos.
"Hhmm.. mama pun tak tahu sejauh mana kebenaran mitos tu... tapi apa salahnya kalau cuba kan...?" Balas datin suzi dan mereka sama-sama ketawa.
Syed afzan yang curi-curi melihat safia dan mamanya mula merasa bersalah. Dia memandang sayu wajah safia yang sedang bergurau dengan mamanya. Dia memegang dadanya yang berdegup laju setiap kali memandang wajah safia.
Boleh ke aku bahagiakan safia seperti aku bahagiakan arwah... apa yang terjadi dengan perasaan aku.. adakah ini dinamakan cinta...? Tetapi kenapa rasanya sangat berbeza berbanding dulu...
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Here u go.. full chapter... 😊😊 sis nk tahu korang suka knflik yg x b'kesudahan ke or nak momen yg sweet2 je antara diaorg nie.. 🤔🤔 ce bg idea ckit.. 🤗🤗
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...