Dari beranda biliknya syed afzan dapat melihat safia sedang bergelak tawa dengan alongnya. Entah kenapa hatinya dihimpit rasa cemburu. Sudah lama dia tidak melihat keceriaan sebegitu di wajah safia.
Tidak tahan melihat adegan itu dia masuk ke dalam bilik dan berbaring diatas katil. Matanya dipejam dan sebelah lengannya diletak ke dahi. Memikirkan masa depannya dengan safia.
Tidak lama terdengar pintu bilik dibuka dan haruman safia memenuhi bilik itu. Matanya dibuka sedikit untuk mengintai isterinya. Dahinya berkerut. Dia melihat isterinya sedang bersiap-siap seperti mahu keluar. Dengan pantas dia bangun dan duduk di katil.
"Fia nak pergi mana?" Tanya syed afzan ketika safia leka menyikat rambutnya. Blaus yang pakai menampakkan sedikit perut safia. Comel.
"Fia nak pergi check up.." balas safia bersahaja. Syed afzan yang mendengar pantas turun dari katil.
"Eh, abang nak pergi mana pula tu?" Tanya safia pelik. Setahunya suaminya masih belum pulih sepenuhnya.
"Abang nak siap la.. nak hantar fia.." balas syed afzan.
"Eh, tak payah..." dengan cepat safia membantah. Terhenti kelakuan syed afzan.
"Kenapa..?" Tanya syed afzan.
"Fia pergi dengan along... along dah sampai sini untuk jemput fia... semalam dah janji dengan dia... lagipun abang tak sihat lagi.. tak payah la banyak bergerak..." balas safia. Beg tangan dicapai dan dia mula berjalan ke pintu. Langkahnya terhenti saat terdengar syed afzan bersuara.
"Lain kali biar abang je yang hantar fia.. fia isteri abang.. tanggungjawab abang.." safia ketawa kecil saat terdengar ayat syed afzan. Tiba-tiba je nak ambil berat. Selama ni abang tak pernah ambil tahu pun pasal kandungan fia.. bisik hati safia.
"Tak apa abang... fia boleh jaga diri dan anak yang fia kandung ni.. lagipun fia tak nak jadi beban pada abang..." ucap safia sambil tersenyum dan terus melangkah keluar.
Syed afzan merasa terhenyak dengan ayat safia. Nampaknya safia masih terasa hati dengan dirinya. Keluhan berat dilepaskan.
"Macam mana keadaan achik?" Tanya syed mukhris kepada safia. Dia dapat melihat muka adiknya yang tegang saat safia melangkah masuk ke dalam kereta.
"Alhamdulillah... semakin baik.. sehari dua lagi elok la tu..." balas safia sambil matanya melilau melihat ke luar tingkap kereta. Melihat deretan kedai dan kereta yang lalu lalang.
"Fia ok...?" Tanya syed mukhris lagi. Walaupun dia melihat safia semakin ceria namun jauh di dalam mata safia dapat dilihat kesedihan yang sukar untuk ditafsirkan. Safia berpaling ke arah syed mukhris.
"Fia ok... kenapa..?" Tanya safia pula. Syed mukhris hanya menggeleng sambil tersenyum. safia yang memandang mengangkat bahu dan membuang pandang semula ke luar.
Alhamdulillah.. selepas pemeriksaan dibuat kandungan safia didapati semakin kuat dan safia juga semakin stabil. Dia bersyukur sangat kerana ibu mertuanya banyak membantunya untuk terus kuat dan tabah. Syed mukhris juga tumpang gembira dengan berita itu.
Sebaik sampai di rumah safia diserbu mimi dan rania. Syed mukhris pula terus keluar selepas menghantar safia pulang. Ada urusan katanya. Tubuh safia ditarik ke sofa dihadapan televisyen. Kedua-duanya memeluk dan mencium pipi safia. Itulah rutin yang paling digemari safia sepanjang menjaga anak-anak itu. Telatah mereka membuat safia lupa akan masalah yang menimpanya.
"Ibu... ibu pergi mana tadi..? Lama nia tunggu ibu balik..." tanya rania dengan muncungnya.
"Ibu pergi check up baby sayang.... sorry.. ibu buat nia tunggu ibu..." balas safia sambil mencium dahi anak itu.
"Ibu.. doktor cakap apa...? Bila baby boleh keluar bu..? Mimi tak sabar nak main dengan baby..." tanya mimi pula.
"Lambat lagi sayang... mimi doakan la untuk ibu.. supaya ibu selamat melahirkan baby yang comel dan sihat..." balas safia lagi. Telatah anak-anak itu benar-benar mencuit hatinya.
Syed afzan yang melihat safia dan anak-anaknya pantas menghampiri mereka di sofa. Tubuh rania diangkat dan diletak di atas ribanya. Sengaja untuk mengambil tempat di sebelah safia. Safia pula sudah kaku dengan situasi itu.
"Papa, papa... cuba papa rasa perut ibu... ada baby kat dalam tu..." ucap rania sambil menarik tangan syed afzan dan diletakkan ke atas perut safia. Safia mengetap bibir cuba menahan perasaan. Syed afzan pula menelan liurnya yang terasa kelat. Sebak datang bertandang ke dadanya.
"Papa rasa tak...?" Tanya mimi pula. Syed afzan mengangguk. Perut safia diusap perlahan. Memang sudah ketara perubahan bentuk diperut itu. Safia masih mendiamkan diri.
"Nia dengan mimi nak adik lelaki ke perempuan...?" Tanya syed afzan.
"Nia nak perempuan!"
"Mimi nak lelaki!!"
Ucap mereka serentak.
"Ala nia... lelaki la.. boleh teman abang zal... kesian abang takde geng..." ucap mimi.
"Aah la.. ala.. tapi.. nanti nia tak ada kawan nak main masak-masak.." balas rania dengan mimik muka sedihnya.
"Takpe.. biar kak mimi teman nia main masak-masak... nak tak?" Rania sudah kelihatan teruja.
"Nak!! Nak!! Sekarang la.. jom.." pujuk rania.
"Ok jom!!" Balas mimi dan mereka sama-sama berlari menuju ke bilik mainan. Terus lupa topik yang mereka bincang tadi. Safia tersenyum melihat keduanya. Syed afzan hanya memerhatikan safia.
"Along mana..?" Tanya syed afzan ketika hanya tinggal mereka berdua diruangan itu. Mata safia beralih ke rancangan karun di televisyen.
"Dah balik.. ada hal katanya..." balas safia.
"Bagus la.." berkerut dahi safia mendengar ayat yang keluar dari mulut syed afzan. Dah kenapa... arghh.. lantak la.. malas nak fikir...
"Abang rasa dah sihat... esok kita balik rumah kita ya...." safia hanya diam mendengar usul syed afzan. Sejujurnya dia masih fobia untuk balik ke rumah itu. Takut andai dirinya disisihkan semula dan dia menjadi tertekan sehingga menjejaskan kandungannya.
"Fia dengar tak apa yang abang cakap ni..." tanya syed afzan lembut.
"Dengar..." balas safia ringkas.
"So, macam mana?" Tanya syed afzan lagi.
"Bagi fia masa..." balas safia dan terus berlalu dari ruangan itu.
"Ma, fia dengan budak-budak mana? Sunyi je..." tanya syed afzan sebaik mengambil tempat di meja makan. Semalam pun safia tidak tidur di bilik mereka. Dari tadi dia mencari namun masih tidak kelihatan.
"Biasa la.. hari-hari macam ni bawak budak-budak keluar la tu..." balas datin suzi.
"Keluar... pergi mana..? Bang chik tak tahu pun..?" Tanya syed afzan lagi.
"Kamu bukan tak tahu... tapi tak pernah nak ambil tahu..." perli datin suzi.
"Ma...bang chik tanya betul-betul la..." geram pula syed afzan dengan mamanya.
"Ish.. yela2.. dua minggu sekali...pada hari jumaat.. safia mesti bawa anak-anak kamu tu melawat kubur mama mereka... dari dulu lagi rutin tu... kamu tu je tak pernah nak ambil tahu..." balas datin suzi. Sengaja dia ingin membuat syed afzan lebih merasa bersalah pada safia.
"Betul ke ma..?" Tanya syed afzan seakan tidak percaya.
"Bang chik.... walaupun safia ambil alih kedudukan mama mereka... tapi safia tak pernah ajar anak-anak kamu tu untuk lupakan mama mereka tau... kamu tu beruntung sangat dapat orang macam fia untuk jaga anak kamu..." balas datin suzi lagi.
Terus mati selera syed afzan. Nampaknya memang dia yang jahat. Dia fikir yang bukan-bukan tentang safia dan seksa hati safia.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...