🌄💟 - 4

7.1K 284 3
                                    

"Macam mana mak rasa harini? Bertambah baik tak?" Tanya safia kepada emaknya. Emaknya sudah pun menjalani pembedahan seminggu yang lepas.

"Alhamdulillah... semakin baik nak..." balas pn. Aisyah lemah. Safia tersenyum memandang emaknya.

"Syukur alhamdulillah.. mak kena banyak rehat... mungkin lagi seminggu kalau keadaan mak makin stabil mak dah boleh balik rumah..." ucap safia. Tangan emaknya dicapai dan dikucup lembut. Kemudian tangan itu digenggam dan dibawa ke pipinya. Safia senyum memandang emaknya. Pn. Aisyah hanya memerhati kelakuan anaknya.

"Fia minta maaf mak... lepas ni fia tak selalu boleh luang masa jaga mak, ada dengan mak setiap masa... fia kena kerja... mak tahu kan... fia kena jaga cucu-cucu aunty... aunty baik sangat mak... fia kalau boleh nak buat yang terbaik supaya pertolongan dia pada kita tidak sia-sia... lagipun fia suka jaga budak-budak tu... comel sangat.. baik... dengar kata..." luah safia pada emaknya.

"Tak apa sayang... lagipun fia tak ada apa-apa salah pun dengan mak... mak tahu fia dah banyak berkorban untuk mak... mak banyak susahkan fia... sebab mak, fia terpaksa berhenti sekolah... maafkan mak sayang..." balas pn. Aisyah dengan airmata yang mengalir. Sedih mengenangkan nasib anaknya.

"mak... kalau fia diberi pilihan antara kesenangan dengan mak, fia tetap akan pilih mak.. sebab mak syurga fia.. fia tak pernah kesal dengan jalan yang fia pilih mak... mesti ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku dalam hidup fia.. fia terima takdir fia mak... cuma satu fia minta.. fia nak mak sentiasa doakan kesejahteraan hidup fia ya mak... dunia dan akhirat..." ucap fia. Semakin laju airmata pn. Aisyah mendengar kata-kata safia.

"Ya Allah.. aku bersyukur kepadamu kerana memberiku anak sebaik ini" ucap pn. Aisyah dalam hati.

"Fia.. sayang... mak tak pernah lupakan fia dalam setiap titipan doa mak... fia harta mak dunia akhirat..." ucap pn.aisyah dalam tangisnya. Tubuh safia ditarik ke dalam pelukannya.

"Terima kasih mak..." ucap safia sambil mengeratkan lagi pelukan.








Kedengaran suara rania yang menangis inginkan susu membuat safia tergesa-gesa ke dapur untuk membancuh susu.  Setelah susu dan air suam dimasukkan, safia terus berjalan sambil menggoncang botol susu bagi melarutkan susu tepung di dalam botol itu. 

Sedang safia leka dengan botol itu tiba-tiba dia terlanggar tubuh seseorang sehingga menyebabkan tubuhnya jatuh ke lantai.  Mujur saja botol tadi masih di tangannya. 

"Saya minta maaf encik..." ucap safia dan terus berlalu ke bilik rania.  Lelaki tadi memandang safia dengan wajah terpinga-pinga.  Tidak lama dia mengangkat bahu dan meneruskan langkah ke dapur. 

Sebaik sahaja rania tidur safia keluar pula mencari kelibat haizal dan mimi.  Sudah dicari di bilik mereka, ruang tamu dan bilik mainan didalam rumah itu tetapi masih tidak diketemu.  Safia membawa langkah ke kolam renang.

Benar telahannya saat melihat dua beradik itu sedang duduk di birai kolam renang sambil kaki dibiarkan berada di dalam air.  Safia tersenyum melihat kedua beradik itu.  Niat mahu mengejutkan mereka terbantut apabila terdengar bicara dua beradik itu. 

"Abang.... bila papa nak balik... papa memang dah tak sayang kita ke? Mimi rindu papa... mimi rindu mama..." ucap mimi dengan nada sedihnya.

"Mimi... mungkin papa sibuk... sebab tu dia tak balik jenguk kita... abang pun rindu papa dengan mama... best kan kalau boleh duduk sama-sama macam dulu..." ucap haizal pula.

"Uurmm.. best sangat..." balas mimi sambil mengesat airmata yang mula mengalir.  Mereka berdua memandang kosong kolam itu. 

"Bha!!!" Safia mengejutkan mereka dari lamunan.  Tidak mahu dua beradik itu terus melayan perasaan.  Tersentak kedua beradik itu dengan kemunculan safia.  Safia ketawa melihat muka cemberut mereka.

"Ala... kenapa sedih-sedih ni... cuba cerita dengan kak fia.." tanya safia dengan nada ceria.  Dia mengambil tempat di tengah-tengah dua beradik itu. 

"Mimi  rindu mama... kan best kalau mama ada.. mesti papa takkan pergi tinggalkan mimi dengan abang dengan baby..." ucap mimi sambil tercebik-cebik.  Safia menelan airliur bagi mengawal rasa sebak yang bertandang di dada.  Senyuman diukir selebar mungkin.

"Ala.. tak apa la... kak fia kan ada... kenapa? Mimi rasa tak best ke bila duduk dengan kak fia..?" Tanya safia sambil pura-pura merajuk. 

"Tak sama kak fia... mama dengan kakak lain..." jawab haizal pula.  Mimi mengangguk tanda setuju. 

"Hurrmm..." jari telunjuk diketuk-ketuk dibawah dagu seolah-olah sedang berfikir. 

"Kalau kakak jadi macam mama agak-agak ok tak?" Tanya safia. 

"Huh??" Haizal dan mimi sudah memandang safia dengan wajah tertanya-tanya.

"Yela... tadi kan haizal cakap mama dengan kakak tak sama... jadi apa salahnya kakak jadi mama korang.. tapi jangan la panggil mama..  panggil la ibu ke... ummi ke..  tapi peranannya tetap sama kan..?" Jelas safia panjang lebar.

"Betul ke kakak nak jadi mama mimi?" Tanya mimi teruja.

"Kak fia tahu la kak fia ni muda lagi... tapi apa salahnya kan.." balas safia sambil tersenyum.  Haizal dan Mimi tersenyum suka dan terus memeluk safia erat. 

"Terima kasih kak fia.."

"Eh salah... terima kasih ibu..." ucap mereka serentak dan mereka sama-sama ketawa. 





Tanpa mereka sedar tingkah mereka diperhatikan lelaki tadi dari beranda atas rumah itu.  Lelaki itu tersenyum sendiri melihat safia melayan anak-anak itu.  Walaupun kelihatan masih muda, tetapi cara layanan safia penuh dengan kelembutan dan kasih-sayang.  Sedikit sebanyak mula menjentik tangkai hatinya untuk lebih mengenali gadis itu.

"Who are u pretty girl...??"



Sinar CintamuWhere stories live. Discover now