"PAPA!!!" Jerit mimi saat melihat kelibat syed afzan di lapangan terbang itu. Laju saja kakinya berlari mendapatkan papanya sambil tangannya didepa luas.
"Anak papa!!!" Syed afzan pantas mengangkat tinggi dan memusingkan tubuh mimi. Mereka berdua sama-sama ketawa. Tubuh mimi di dukung dan tangan mimi memeluk erat leher papanya. Ingin melepaskan rindu setelah beberapa bulan terpisah.
"I miss u my little girl..." ucap syed afzan kemudian mencium pipi mimi.
"I miss u more papa..." balas mimi. Sudah lama tidak bermanja dengan papanya.
Dato' syed syamsul dan datin suzi tersenyum senang melihat dua beranak itu. Haizal pula berjalan mendekati papanya. Tangan papanya dicium dan dia kembali berdiri di sebelah datin suzi. Tiada riak keterujaan yang terpamer di wajah itu.
Syed afzan perasan akan perubahan haizal tetapi dia tidak mahu menegur dahulu. Dia akan mencari masa yang sesuai untuk bercakap dengan anak sulungnya itu.
Mimi diletakkan ke bawah. Rania yang berada di dalam dukungan tuty di ambil. Semakin montel tubuh anak itu. Wajahnya sebiji dengan arwah isterinya. Membuatkan rasa rindu kembali bertandang. Wajah rania dicium bertalu-talu sehingga anak itu ketawa mengekeh kerana kegelian.
Setelah melepaskan rindu pada anak-anaknya syed afzan membawa mereka pulang ke rumahnya. Memang rumah itu disewa sendirian kerana mahukan privasi untuk dia. Dan juga supaya keluarganya dapat tinggal di tempat yang selesa jika melawatnya.
"Bang chik bila habis belajar? Papa ingat lepas bang chik abis, papa nak bang chik ambil alih business papa... papa dah tak larat.. papa nak duduk rumah dan banyakkan ibadat sahaja sekarang...boleh la papa luangkan lebih masa dengan mama kamu ni" ucap dato' syed syamsul.
"Pa... bang chik sem satu pun tak abis lagi pa... lagi empat tahun baru bang chik abis... bang chik tak janji pa... nanti bang chik fikirkan..." balas syed afzan.
"Bang chik... apa salahnya bang chik ambil alih business papa... sama-sama bangunkan company papa dengan along..." ucap datin suzi pula. Sesekali matanya memerhatikan cucunya yang leka bermain di depan tv.
"Ma... mama tahu kan.." ayat syed afzan terhenti di situ. Tiba-tiba dadanya merasa sebak.
"Sampai bila bang chik...? Mama tahu company tu banyak menyimpan kenangan bang chik dengan arwah.. but life must go on dear... terimalah kenyataan.. u have kids that u need to take care of.. please bang chik.. move on..." rayu datin suzi. Tidak mahu anaknya terus tenggelam dengan perasaan pada yang sudah tiada.
"Tengok lah..." balas syed afzan bersahaja dan terus berlalu dari tempat itu. Tidak mahu perasaannya dibahas lagi. Tiada siapa pun yang boleh menghalang dia dari mencintai arwah isterinya. Tiada siapa. Hatta keluarganya sendiri.
Haizal duduk termenung di kerusi yang terdapat di beranda rumah itu. Mimi dan rania sudah lama dibuai mimpi. Tiba-tiba hatinya merasa rindu. Sepatutnya dia merasa gembira berjumpa dengan papanya. Tetapi tidak tahu mengapa hatinya merasa kosong melihat papanya.
Yang dia rindu sekarang adalah ibunya. Ibu yang sekadar menyandang gelaran itu atas dasar kasihan. Kasihan dengan mereka adik beradik yang kehilangan mama.
Tetapi rasa kasihan itu tidak pernah timbul dalam layanan ibunya. Yang ada hanyalah rasa kasih sayang yang tidak putus dalam melayan mereka adik beradik. Yang melayan mereka lebih dari saudara kandung mereka sendiri.
Haizal tersedar dari lamunannya saat melihat huluran mug didepan matanya. Matanya memandang empunya tangan. Rupanya papanya yang berada di kerusi sebelahnya. Mug yang berisi susu tadi disambut dan disisip perlahan.
"Haizal buat apa seorang diri dekat sini? Tak mengantuk lagi...?" Tanya syed afzan lembut. Haizal menarik senyum kelat.
"Zal tak boleh tidur... rindu ibu..." balas haizal bersahaja. Berkerut wajah syed afzan mendengar jawapan haizal.
"Ibu..?" Tanya syed afzan.
"Aah.. ibu.. ibu yang jaga zal dengan mimi dengan rania... ibu baik sangat... suka layan kami... selalu main-main dengan kami.. zal suka bila ibu ada...." jawab haizal. Dalam hati syed afzan sudah nekad untuk mengambil tahu siapa ibu yang disebutkan anaknya.
"Zal tak rindu papa ke? Zal macam tak suka je datang sini..." tanya syed afzan lagi.
"Papa rindu zal dengan adik-adik ke?" Soalan berbalas soalan.
"Mesti la papa rindu... pa..."
"Tipu.." belum sempat syed afzan mengabiskan ayatnya haizal sudah menyampuk.
"Papa tak rindu kami.. papa pun tak sayang kami... kalau papa sayang kami papa takkan tinggalkan kami dengan tokma.." ucap haizal tegas dan terus masuk ke dalam. Membiarkan syed afzan sendiri.
Syed afzan meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Tenyata anaknya sudah cukup matang untuk memahami perkara yang berlaku disekelilingnya. Kerana keputusannya yang terburu-buru, kini anaknya sudah membencinya.
"Ma... siapa ibu budak-budak ni..?" Tanya syed afzan kepada mamanya sebaik sahaja mereka selesai bersarapan. Anak-anaknya masih lagi tidur.
"Ibu?? Ibu mana??" Tanya datin suzi pula.
"I don't know.. u tell me.. semalam haizal cakap dia rindukan ibu... why rindu ibu..? Why bukan rindu mama..?" Balas syed afzan.
"Oohh... ok.. mama dah tahu.. haizal cakap pasal safia kot..." balas datin suzi.
"Safia? Safia mana pulak ni..?" Tanya syed afzan berang. Sewenang-wenangnya anak-anaknya menggantikan tempat mama mereka di hati mereka.
"Safia ni pengasuh anak-anak bang chik... muda lagi.. baru 16 tahun.. tak sangka pula mama budak-budak tu panggil fia ibu.. dah serasi sangat la tu agaknya..." seloroh datin suzi sambil ketawa kecil. Syed afzan pula semakin cemberut wajahnya.
"Ma... macam mana mama boleh biarkan entah mana-mana perempuan jaga anak bang chik sampai diaorang lupakan mama mereka sendiri?" Marah syed afzan. Berubah air muka datin suzi bila disoal begitu.
"Look bang chik... what do u expect me to do? Mama diaorang pergi dalam usia muda.. ok, fine... papa diaorang ada.. but what do u expect me to do when papa diaorang pun memilih untuk tinggalkan diaorang...?! They miss u a lot!! Did u know that?? Mereka semua kemurungan bila u pergi... i really feel sad to see them like that... mama cuma dapat tengok senyuman mereka bila fia hadir dalam hidup mereka.. so memang patut kan diaorang sayangkan ibu mereka lebih daripada kamu..." terdiam syed afzan saat dibidas datin suzi.
Datin suzi bangun dari duduknya. Tidak betah untuk duduk disitu lagi. Sakit hatinya memikirkan anaknya yang pentingkan diri sendiri. Langkahnya terhenti sebelum menyambung kata.
"Mama dah siasat latar belakang safia... i know her very well.. u tak payah la risau.. mama takkan biarkan sembarangan orang jaga anak-anak u.." ucap datin suzi dan terus berlalu ke dalam biliknya. Malas mahu melayan anaknya. Manja-manja dengan suami sendiri lagi bagus.
Syed afzan tersandar lesu di sofa itu. Dia mula merasa menyesal kerana mengabaikan anak-anaknya. Kini dia merasakan anak-anaknya semakin jauh.
"Tolong aku Ya Allah.. apa yang perlu aku buat untuk perbaiki semua ini.."
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...