🌄💟 - 9

7.2K 341 15
                                    

Safia leka menyiram pokok bunga di taman mini kediaman datin suzi.  Sepanjang mereka berada di sana safia yang menjaga dan mengemas rumah datin suzi.  Dia cuba menjaga amanah datin suzi sebaik mungkin. 

Syed mukhris berjalan perlahan mendekati safia.  Sekuntum bunga ros merah dipetik dan di sorokkan di belakang badannya.  Langkahnya masih diteruskan sehingga dia betul-betul berdiri di belakang safia.  Entah apa yang difikirkan gadis itu sehingga tidak menyedari akan kehadirannya. 

"Bahhh!!!" Sergah syed mukhris.

Safia yang terkejut pantas berpaling dan tanpa sengaja tangannya yang memegang  paip dihalakan ke tubuh syed mukhris.  Habis basah lencun tubuh lelaki itu. 

"Seriously... fia...?" Ucap syed mukhris dengan muka redhanya.  Safia yang seperti baru tersedar pantas melempar paip air itu ke tepi. Dia sudah merasa serba salah melihat badan syed mukhris yang basah kuyup. 

"Sssaa..ya.. minnta.. maaf.." ucap safia sambil menunduk.  Tepi kain yang dipakainya dipegang erat.  Bibirnya diketap kuat.  Mukanya sudah merah menyala kerana malu.  Matanya pula sudah mula bertakung.  Takut jika dia akan dimarahi. 

Syed mukhris seakan terpegun melihat reaksi safia dihadapannya.  Melihat pipi safia yang memerah membuat dia menjadi bertambah geram dengan gadis itu.  Tidak lama dia melepaskan tawanya dengan kuat.  Safia mengangkat mukanya melihat syed mukhris yang sedang ketawa. 

"U're so cute fia... did u know that..? U buat i rasa nak cubit-cubit je pipi u tu..." ucap syed mukhris dalam sisa tawanya. 

"Encik tak marah...?" Tanya safia dengan wajah polosnya.  Senyum di wajah syed mukhris terus terpadam.  Dia merenung dalam anak mata safia.  Perlahan-lahan kakinya mendekati safia.

"Macam mana saya nak marah bila saya melihat wajah awak yang umpama ais yang sentiasa menyejukkan hati saya..." ucap syed mukhris dengan penuh sensual.  Tangannya naik mengusap wajah safia.  Bunga yang dipegang tadi diselitkan di telinga safia. 

Perbuatan syed mukhris membuat dada safia seperti mahu pecah kerana menahan debaran yang menggila.  Renungan lelaki itu membuat dia hilang arah.  Aku dah jatuh cinta ke..? Ya Allah... semakin aku ingin mengelak semakin aku terpaut pada lelaki ini... fikir safia sendiri. 

"Hhhaiii...chum!!!" Tersentak safia dari lamunannya saat mendengar syed mukhris terbersin.  Bukan sekali dua malah berkali-kali. Safia pantas masuk ke rumah dan mengambil tuala untuk syed mukhris. 

"Encik... apa kata encik masuk tukar baju dulu... saya takut encik demam nanti..." ucap safia selepas mengulurkan tuala kepada syed mukhris.

"Dah terlambat fia.. saya memang rasa nak demam sekarang ni..." ucap syed mukhris dan dia kembali terbersin tanpa henti.  Safia pantas menarik syed mukhris ke bilik lelaki itu.  Baju lelaki itu dikeluarkan dari walk in closet dan dihulurkan kepada syed mukhris. 

"Nah... encik pergi tukar baju dulu... saya nak turun bawah masakkan sup.. nanti lepas makan boleh makan ubat..." ucap safia dan terus berlalu ke bawah.  Syed mukhris menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.  Seronok bila ada orang mengambil berat akan dirinya. 









Empat hari sudah berlalu dan syed mukhris masih lagi demam.  Cuma suhu badannya sudah berkurangan.  Seperti biasa safia yang akan memasak dan memaksa syed mukhris makan ubat.  Nampak macam macho, tapi boleh tahan juga manjanya bila sakit... fikir safia sendiri. 

"U tengah kutuk i dalam hati ke tu..?" Tanya syed mukhris apabila suapan safia terhenti.  Safia sudah mula menggelabah bila ditegur begitu.  Entah macam mana boleh tertangkap mengelamun.  

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now