"Hai ma... angah miss u so much!" Sapa wana dan terus mencium kedua belah pipi datin suzi. Kemudian dia mengambil tempat disebelah mamanya itu.
"Mama pun rindu angah juga... dah lama sangat tak balik sini.. ni, ada apa-apa ke tiba-tiba tunjuk muka..,?" Tanya datin suzi. Atau lebih kepada memerli. Membuat wana menarik muncungnya.
"Ala mama ni.. takkan balik rumah sendiri pun nak kena ada sebab..." balas wana dengan muncungnya.
"Mana la mama tahu.. kamu kan macam dah anti sangat nak jejak kaki ke sini..." ucap datin suzi dengan sinis.
Bukan dia tidak tahu wana memang tidak akan balik jika safia ada di rumah itu. Dendam sangat dia dengan safia. Padahal safia tidak punya apa-apa salah pun terhadapnya. Sekarang tiba-tiba tunjuk muka. Mesti ada sesuatu. Syak datin suzi sendiri.
"Ala.. mama ni.. dah-dah la perli angah.... anyway ma, u know what? Farok dah boleh keluar penjara next week... i'm so exited ma..." ucap wana dengan wajah teruja. Berkerut kening datin suzi dengan kenyataan itu.
"Kamu berhubung lagi ke dengan dia angah? Kan mama dah cakap, jangan jumpa lagi dengan dia... banyak lagi lelaki baik dekat luar sana tu yang boleh bahagiakan angah..kenapalah dia juga yang angah tunggu..." pening kepala datin suzi dengan wana yang keras kepala dan tidak mendengar nasihat.
"No ma.. angah tak nak lelaki kat luar sana, angah cuma nak farok... sampai bila-bila pun angah akan tunggu dia.." ucap wana yakin.
"Suka hati kamu la... tapi, jangan kamu menyesal pula nanti dikemudian hari.." datin suzi cuba memberi amaran.
"Don't worry ma... i won't be like that.. i will be happy.. trust me.." sekali lagi wana yakin menuturkan pendiriannya. Membuat datin suzi melepaskan keluhan berat.
"Fia... buat apa tu?" Tanya datin suzi saat melihat safia sibuk di dapur menyediakan bahan untuk memasak. Safia mengangkat kepala dan mengukirkan senyuman saat melihat datin suzi yang sedang menghampirinya.
"Fia nak masak makan malam ma.." balas safia ringkas. Tangannya masih ligat menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk memasak.
"Achik balik pukul berapa harini?" Tanya datin suzi lagi. Anak lelakinya itu nampak sangat sibuk kebelakangan ini.
"Fia pun tak pasti ma... biasa kalau tak banyak kerja abang balik awal... abang ada pesan tadi nak makan malam dekat rumah..." balas safia.
"Kalau macam tu biar mama tolong fia masak ya.. harini kita masak lebih sikit.. angah kata ada kawannya nak datang makan malam sekali..." safia hanya mengangguk mengiayakan. Mereka sama-sama menyiapkan hidangan makan malam.
"Assalamualaikum sayang.... as promise abang sampai awal harini..." ucap syed afzan sambil memeluk erat pinggang isterinya yang sedang mengambil angin di beranda bilik mereka.
"Waalaikumussalam abang... terima kasih sebab balik awal harini.." ucap safia ikhlas. Tangan syed afzan yang berada di pinggangnya diangkat dan dikucup lembut.
Syed afzan meleraikan pelukan dan tubuh safia dipusing ke arahnya. Dahi safia dikucup lembut. Kedua tangannya memegang wajah safia. Dia merenung ke dalam mata safia. Menghantar isyarat cinta yang tidak berbelah bagi untuk isterinya.
Dia tahu safia masih terasa hati dengannya. Walaupun keperluaannya dijaga tetapi kemesraan itu bagaikan pudar.
"I love u sayang.. and i miss u so much... abang tak nak sayang marah dengan abang lagi.. abang dah plan vacation untuk kita satu family.. and i'm all yours for this whole week... abang akan ada dengan sayang dan anak-anak.. dan abang nak kita semua happy dekat sana nanti... i promise.." ucap syed afzan dengan penuh romantis.
"Betul ke?" Tanya safia bagaikan tidak percaya. Senyum bahagia dan keterujaan mula menghiasi wajahnya. Syed afzan mengangguk tanda mengiayakan. Terus safia memeluk erat tubuh itu.
"Terima kasih abang... terima kasih sangat-sangat..." tidak tergambar perasaannya saat itu sehingga mengalir airmata gembiranya.
"Hey sayang... ini bukan masa untuk sayang menangis tau.. sayang kena kemas-kemas baju harini juga sebab esok kita akan bertolak..." ucap syed afzan saat dia merasa kemejanya mula basah dengan airmata isterinya. Pelukan dileraikan dan airmatanya safia dilap dengan ibu jarinya.
"Ha!! Esok??!" Tanya safia terkejut. Sangkanya lagi dua tiga hari baru mereka bertolak.
"Iya sayang... esok kita semua akan bertolak ke jepun..." balas syed afzan sambil ketawa kecil melihat wajah cuak isterinya. Comel sangat safia dengan perutnya yang sudah menonjol di sebalik blouse itu.
"Eh, eh.. x boleh jadi... kena beritahu anak-anak dulu.. ZAL!! MIMI!! NIA!!!" Jerit safia memanggil anak-anaknya sambil berjalan keluar dari bilik itu. Syed afzan ketawa melihat telatah isterinya.
"Jemputlah masuk... ni la rumah parent i.. simple2 je.." ucap wana saat menjemput sasha untuk masuk ke dalam rumahnya.
"Simple u cakap... cantik sangat la rumah ni.." balas sasha yang terpegun melihat keindahan kediaman itu.
"U'r friend dah sampai ngah?" Tanya datin suzi yang berjalan ke arah mereka.
"Dah ma... kenalkan ni sasha..." wana memperkenalkan sasha pada mamanya.
"Apa khabar aunty.. ?" Tanya sasha sopan sambil menghulurkan salam.
"Khabar baik... eh, jom lah masuk..." pelawa datin suzi dan mereka sama-sama berjalan ke meja makan.
"Sasha...? What are you doing here?" Tanya syed afzan saat terlihat kelibat sasha berjalan bersama mamanya.
"Eh, you... kebetulannya.. u buat apa dekat sini...?" Tanya sasha sebaik dia ditegur syed afzan. Syed afzan menarik tangan safia untuk berjalan bersamanya ke arah sasha.
"Ini rumah parent i... and this is my wife.." balas syed afzan sambil memperkenalkan safia. Safia hanya menarik senyum nipis dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Salam safia disambut dengan hujung jari sahaja oleh sasha.
"Wow.. what small world... maknanya u dengan wana adik beradik la ya...?" Tanya sasha pura-pura.
"Yup... she's my sister..." balas syed afzan.
"Achik kenal dengan sasha...?" Tanya datin suzi menyampuk.
"Kami business partner ma.. ada projek besar yang kami handle sma2.." balas syed afzan lagi.
"Owh yeke... eh dah la.. jom kita sambung dekat meja makan.. nanti sejuk pulak lauk tu..." ajak datin suzi dan mereka sama-masa berjalan ke meja makan.
Makan malam mereka hanya ditemani dengan celoteh sasha yang bertanya itu dan ini kepada syed afzan. Langsung tidak dihiraukan safia yang sedang duduk menjamu selera di sebelah syed afzan.
Begitu juga dengan pandangan yang penuh bermakna dari datin suzi. Haizal pula memandang dengan penuh rasa meluat. Masakan dia lupa wajah yang telah membuat ibunya sedih.
Selesai makan malam safia membawa pencuci mulut ke ruang tamu. Dulang dibawa dengan penuh hati-hati.
Sasha yang baru keluar dari bilik air sudah tersenyum sinis melihat safia. Sengaja dia berjalan melepasi safia dan badannya disenggolkan ke lengan safia yang sedang menatang dulang yang penuh.
PRANGG!!!!!
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...