🌄💟 - 30

5.3K 202 10
                                    

"Eh babe... sini, sini cepat.." wana menarik tangan sasha untuk bersembunyi disebalik tiang besar yang ada di pusat membeli belah itu.

"U ni dah kenapa? Tiba-tiba macam orang nampak hantu je menggelabahnya.." tanya sasha pelik.

"Hish, tu ha..." mulut wana dimuncungkan ke arah pasangan bahagia yang sedang bergurau senda di mall itu.  Sasha memerhatikan pasangan tersebut. Matanya dikecilkan.  Macam kenal... bisik hati sasha sendiri.

"Kenapa dengan diaorg?" Tanya sasha lagi.  Kepala nya ligat ingin mengingati gerangan jejaka itu. 

"Tu adik i dengan wife baru dia... i tak nak terserempak dengan diaorg.. i tak boleh tengok muka wife dia tu.. i menyampah..." ucap wana dengan tangan disilangkan ke badan.

"Tapi kan... i macam kenal la dengan adik u tu.." ucap sasha pula.  Kali ini wana pula yang memandang sasha.  Cuba meminta penjelasan.

"Dulu dia pernah study dekat aussie ke?" Tanya sasha. 

"Pernah.. lepas wife dia meninggal.. konon cinta mati dengan arwah sampai sanggup tinggalkan ank2 dekat sini... sekali balik boleh kahwin pulak dengan betina tak guna tu.. huh!" Jawab wana dengan penuh kebencian.

Sah! Memang dia tidak salah orang lagi.  Itu lah lelaki yang menyebabkan dia dibuang dari kolej dulu. Hanya kerana usahanya untuk dekat dengan lelaki itu. Tak pasal-pasal dia kena marah teruk dengan papanya.  Nasib saja dia anak orang berada. Jadi papanya memberi jawatan penting untuk dia pegang sebaik saja balik ke malaysia.

"Tapi kan.... kenapa u benci sangat dengan wife baru dia tu?" Tanya sasha ingin tahu.  Dia dapat menghidu aura yang tidak baik antara dua beradik itu.

"Sebab perempuan tu la punca farok masih lagi dalam lokap sampai sekarang.. konon tunjuk baik, padahal jijik kalah pelacur.. dia tuduh farok cuba nak rogol dia.. padahal dia yang menggatal..." sasha sudah tersenyum di dalam hati.

Inilah masanya dia membàlas semula semua yang pernah syed afzan lakukan pada dia dulu.  Dan untuk itu, dia akan menggunakan wana.

"U ni biar betul... muka baik innocent macam tu takkan la sanggup buat semua benda tu... i tak percaya la.." sengaja sasha ingin menambah api di hati wana.

"Huh, sebab muka innocent dia tu la semua orang tertipu dengan tipu helah dia.. tapi bukan i ok.." balas wana dengan nada yakin.

"U know what... apa kata i bantu u kenakan perempuan tu..? Lagipun i kenal dengan abang u..mesti lagi senang kan..." usul sasha dengan penuh dengan agenda tersirat. Wana sudah menarik senyum senget.  Hhmm.. kalau bukan sekarang bila lagi kan... fikir wana lagi.

"Apa yang u nak buat?" Tanya wana dalam senyumnya. Kening diangkat menunggu jawapan dari sasha.    Sasha sudah melebarkan senyum yang penuh bermakna.  Pelbagai rancangan mula dirangka di kepalanya. 

"You'll see babe..."

-----------------------------------------------------------

Seperti biasa safia akan menghantar syed afzan sehingga ke pintu.  Tangan syed afzan ditarik dan dicium lembut.  Tubuh syed afzan dipeluk erat.  Tubuh suaminya dicium penuh asyik.

"Hhmm.. abang kena pergi kerja ke?" Tanya safia sambil menggesel perlahan hidungnya pada dada syed afzan.  Manja. Dan semestinya syed afzan menggemari sikap safia yang semakin hari semakin manja dengannya. 

"Kena la sayang... abang ada kerja yang abang kena selesaikan..." balas syed afzan.  Terus timbul muncung safia.  Haih.. sayang ni.. buat abang geram dengan muncung tu.. fikir syed afzan sendiri.  Untung saja dia banyak kerja yang perlu diselesaikan.  Kalau tidak pasti akan ditarik safia ke bilik.

"Promise me abang..." ucap safia sambil merenung wajah syed afzan.  Tangan masih di pinggang suaminya. 

"Janji apa sayang...?" Tanya syed afzan pula.  Tangannya naik mengusap rambut safia yang jatuh ke dahi.

"Jangan balik lambat... nanti fia rindu..." balas safia penuh romantis. Hati syed afzan semakin mencair melihat safia begitu.  Sebelum dia batalkan niatnya ke pejabat, baik dia lepaskan safia cepat. 

"Promise sayang... sayang jaga diri baik-baik.. i love u.. so much.." ucap syed afzan lalu mengucup dahi dan bibir safia.  Kemudian dia melutut separas perut safia.

"Baby jaga ibu baik2 ya.. jangan nakal-nakal sayang..." ucap syed afzan sambil mengusap perut safia yang sedikit menimbul.  Perut itu kemudian dikucup sebelum dia bangun dan berjalan ke arah kereta.

Seperti tahu  papanya yang menyentuhnya, safia terasa gerakan kecil pada perutnya.  Membuat dia tersenyum senang.

"Sudah-sudahla tu... achik tu dah lama keluar dari pagar tu.. duk tengok apa lagi..?" Usik datin suzi sambil tersenyum.  Serta merta wajah safia bertukar merah. 

"Ma.. tak baik tau.. usik safia macam tu.." ucap safia sambil menunduk.  Malu.  Datin suzi ketawa kecil melihat gelagat safia.

"Dah la.. jom teman mama sarapan.." safia hanya menurut dan berjalan mengikut langkah datin suzi. 

"Mama siap cantik-cantik ni nak pergi mana..?" Tanya safia sambil mengunyah perlahan roti bakarnya. 

"Mama ada mesyuarat persatuan... tapi sekejap je.. tengahari mama balik.." safia hanya mengangguk faham.

"Mama suka tengok fia ngan bang chik sekarang.. nampak bahagia sangat.." ucap datin suzi sambil tersenyum memandang safia yang tersipu malu.

"Alhamdulillah ma.. berkat doa mama.." balas safia.

"Lepas ni kalau ada masalah bawa berbincang sama-sama.. jangan pendam sorang -sorang... tu cucu ma tu.. kesian dia.. mesti dia sedih kalau ibunya sedih.." nasihat datin suzi.

"In shaa Allah ma.. fia akan ingat pesan mama.." balas safia. 

"Ok la.. mama pun dah lewat ni.. mama pergi dulu ya.." ucap datin suzi lalu bangun menghampiri safia.  Dahi safia dikucup sebelum dia beredar. 

-----------------------------------------------------------

"Yes, mell?" Tanya syed afzan sebaik interkom nya berbunyi.

"Tuan, wakil dari syarikat phoenix corp dah sampai." Ucap mell sebaik talian bersambung.

"Ok, panggil dia masuk." Arah syed afzan dan terus mematikan talian. 

Syed afzan masih meneliti kerjanya ketika tetamunya masuk.  Langsung tidak diangkat kepalanya.

"Well, well, well.... long time no see syed afzan..."

"Sasha??"







🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Here u go... bunch of love to those yang masih setia dengan cerita.  Pelbagai konflik menarik akan menyusul lepas ni..😊😊

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now