"Morning sunshine..." ucap syed mukhris kepada safia yang sedang sarapan bersama haizal dan mimi. Safia hanya tersenyum mendengar panggilan yang digunakan syed mukhris.
"Siapa sunshine pak long?" Tanya mimi dengan wajah polosnya. Membuatkan syed mukhris tertawa kecil sambil menggosok belakang kepalanya. Memikir apa yang boleh digoreng sebagai jawapan. Kerana ucapan itu sebenarnya ditujukan khas kepada safia.
"Korang semua yang ada dekat sini la sunshine pak long... sunshine yang menyinari hidup pak long dan menyerikan lagi hari-hari pak long..." balas syed mukhris yang acah-acah sweet sambil matanya menjeling nakal ke arah safia.
Safia hanya menunduk malu dengan jawapan syed mukhris. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu takut hatinya terpaut pada wajah kacak yang bermulut manis itu.
"Iya la tu pak long ni... pak long sebenarnya nak cakap ayat tu kat ibu kan..? Kan? Kan? Kan? Ngaku je la.." Perli haizal pula.
Hish..budak ni... tau-tau je.. bisik syed mukhris dalam hati. Muka safia sudah merah menahan malu. Semakin comel di pandangan syed mukhris.
"Eermm fia.. fia ada pergi mana-mana tak harini? Jom kita keluar jalan-jalan..." ajak syed mukhris. Safia mengangkat kepala memandang syed mukhris.
"Tak apa la encik.. rasanya tak boleh kot.. sebab saya kena jaga anak-anak saya ni..." tolak safia lembut. Kepala mimi yang duduk disebelahnya dikucup sayang.
"Ala... kita bawa la diaorang sekali... diaorang mesti suka.. mimi, pak long nak bawa mimi jalan-jalan mimi nak tak?" Tanya syed mukhris pada mimi pula.
"Nak, nak, nak!! Yeay!!" Ucap mimi teruja sambil menepuk tangannya.
"So, macam mana?" Tanya syed mukhris lagi sambil tersenyum dan mengangkat-angkat keningnya. Safia memandang wajah haizal dan mimi. Kedua-keduanya mengangguk dengan harapan safia bersetuju.
"Nanti saya tanya aunty dulu boleh?" Tanya safia pula. Dia tidak mahu sewenang-wenangnya membawa anak-anak itu keluar. Dia perlu meminta izin datin suzy terlebih dahulu.
Syed mukhris melepaskan keluhan berat. Nak tak nak dia terpaksa bersetuju memandangkan safia berkerja dengan mamanya. Akhirnya dua mengangguk sambil tersenyum.
Sebuah kompleks membeli belah yang mempunyai taman tema di dalamnya menjadi pilihan. Mereka berjalan seiringan sambil memerhati barisan kedai yang terdapat di pusat membeli belah itu.
Rania ditinggalkan di rumah atas permintaan datin suzi. Tidak mahu anak kecil itu terlalu terdedah pada orang ramai dan dia juga tidak mahu safia penat jika terpaksa melayan ketiga-tiga cucunya itu.
Syed mukhris dan safia duduk di bangku sambil memerhatikan haizal dan mimi bermain di taman permainan kanak-kanak. Haizal dan mimi kelihatan sangat seronok bermain.
"Fia.. u tak nak cerita dekat i pasal diri u..?" Tanya syed mukhris tiba-tiba.
"Tak ada yang menarik pun dengan diri saya encik..." balas safia pula.
"U jangan la panggil i encik... rasa janggal pula.." ucap syed mukhris.
"Habis tu nak panggil apa...?" Tanya safia sambil memandang syed mukhris.
"Panggil la abang syed ke... abang mukhris ke... nak panggil baby atau sayang pun boleh juga.. lagi i suka..." usik syed mukhris. Safia melepaskan tawanya mendengar usikan itu.
"Tak apalah encik.. saya selesa panggil encik macam ni... lagipun encik anak majikan saya..." balas safia. Terdengar keluhan keluar dari mulut syed mukhris.
Haihh... susahnya la nak ayat budak ni.. fikir syed mukhris sendiri. Akhirnya kedua-duanya diam melayan perasaan.
Setelah puas berjalan dan bermain, lewat petang baru mereka pulang ke rumah. Haizal dan mimi sudah tertidur di tempat duduk belakang. Syed mukhris melihat haizal dan mimi yang lena di belakang sebelum tangannya naik memegang tangan safia.
Safia yang terkejut cuba melepaskan tangannya tetapi semakin erat pegangan itu. Tangan safia kemudian di bawa ke mulutnya dan tangan itu dikucup lembut. Berdegup kencang jantung safia dengan kelakuan syed mukhris itu. Dia tidak pernah berada dalam situasi ini dengan mana-mana lelaki.
"I like u safia... very much... u sukakan i tak...?" Tanya syed mukhris tiba-tiba. Matanya memandang wajah safia sebaik sahaja kereta berhenti di lampu isyarat. Safia memandang ke luar tingkap. Takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"Safia... look at me..?" Arah syed mukhris. Perlahan-lahan safia berpaling memandang syed mukhris itu pun hanya sebentar sebelum pandangannya ditundukkan.
"I need your answer safia... do u like me?" Tanya syed mukhris lagi. Pemanduan diteruskan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau. Sebelah tangan lagi masih setia memegang tangan safia. Lama safia diam sebelum menjawab.
"Saya hormat encik sebagai anak majikan saya... tak lebih dari tu..."
"Betul ke ni? Awak pasti awak tak tipu perasaan awak...?" Tanya syed mukhris ingin menduga.
"Betul encik... sekarang ni saya tak nak fikir tentang hati dan perasaan... saya cuma nak fokus untuk jaga mak dan anak-anak saya..." balas safia lagi. Syed mukhris ketawa sinis mendengar jawapan safia.
"Huh.. anak-anak..? Awak tak rasa awak terlalu muda ke untuk mengaku budak-budak tu anak awak...?" Tanya syed mukhris sinis.
"Apa salahnya kalau itu boleh membuat mereka lepaskan rindu mereka pada mama mereka... lagipun sayang memang sayangkan mereka.. jadi tak salah kan..?" Balas safia lembut.
Syed mukhris terus terdiam. Tangan safia dilepaskan dan kedua tangannya menggenggam steering kereta. Dalam hati mula rasa tercabar. Sebelum ini belum pernah lagi ada mana-mana perempuan yang menolaknya. Ini kali pertama dan membuatkan dirinya semakin nekad untuk memiliki safia.
Safia pula merasa lega selepas tangannya dilepaskan. Debaran yang menggila tadi kini semakin berkurangan. Memang sedikit sebanyak hatinya terusik dengan kata-kata manis syed mukhris. Mana-mana perempuan pun pasti akan cair bila mendengar ayat-ayat semanis gula syed mukhris. Tambahan lagi dengan rupa parasnya yang kacak.
Tapi dia harus menghormati permintaan datin suzi. Wanita itu sudah banyak berjasa dengannya. Jadi dia tidak mahu datin suzi hilang kepercayaan kepadanya. Lagi pula dia masih muda. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh. Dia tidak mahu salah membuat pilihan dan akhirnya memakin dirinya di kemudian hari.
Safia memandang syed mukhris dengan hujung matanya. Muka lelaki itu kelihatan merah dan tegang. Pasti marah akan dirinya. Safia menarik nafas dalam dan dilepaskan dengan perlahan. Ingin membuang rasa bersalah yang mula bertandang.
Saya minta maaf encik... tapi saya bukan untuk encik... sampai bila-bila pun saya tak akan layak untuk encik.. kerana saya cuma pipit, encik pula enggang yang terbang tinggi nun jauh disana... terlalu besar jurang taraf antara kita.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
So macam mana setakat ni? Ok ke KO? Hehe
Cerita ni macam kurang dapat smbutan... adakah kerana tiada matured content? Nak sis masukkan ke? U choose...
Anyway thanks a lot pada yg sudi baca... sis x smpat proofread.. notify me any typo k... luv u all..😘😘😍😍
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomansaKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...