"Assalamuaikum... mak.. fia dah balik..." jerit safia dari luar rumahnya sebaik pulang dari sekolah. Kasut yang lusuh dan koyak itu dibuka dan diletakkan di satu sudut. Safia masuk ke rumah dan terus berlalu ke bilik emaknya.
"Ya Allah Mak!!!" Jerit safia saat melihat emaknya terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri. Dengan airmata yang sudah jatuh berguguran safia berlari mendapatkan jirannya.
"Pak!!! pak tam!! Tolong fia!!!" Pak cik rostam yang sedang makan tengahari dengan pantas menjenguk kedepan sebaik mendengar ada orang memanggil namanya.
"Kenapa ni fia? Ada apa-apa yang jadi ke?" Tanya pak cik rostam sebaik melihat wajah cemas safia yang dipenuhi airmata.
"Mak.... mak pengsan... tolong fia pak tam... tolong bawa mak ke hospital..." rayu safia.
"Ha?! Mak kamu pengsan??! Baiklah, pakcik masuk ambil kunci kereta sekejap.. kamu pergi tunggu dekat rumah..." dengan pantas safia berlalu semula ke rumahnya.
Sudah seminggu safia berkampung di hospital menjaga emaknya. Dia langsung tidak pulang ke rumah atau pergi ke sekolah. Dia sudah tidak peduli. Kesihatan emaknya yang paling diutamakan sekarang.
Teringatkan kata-kata doktor sebentar tadi membuatkan dirinya sebak. Tidak betah berada didalam wad itu dia keluar dan duduk di bangku berhampiran.
"Keadaan puan aisyah semakin kritikal.. dia perlu menjalankan pembedahan dengan secepat mungkin.."
"Berapa kosnya doktor?"
"RM30000.."
"Mana saya nak cari duit sebanyak tu doktor... ayah saya dah lama meninggal.. hidup kami dua beranak sebatang kara... kami tak punya saudara mara..."
"Adik cuba la dapatkan bantuan dari mana-mana badan kebajikan... kita sama-sama doa semoga segala urusan adik dipermudahkan... adik tak perlu bayar sekaligus.. untuk permulaan kami cuma perlukan pendahuluan sebanyak RM 10000 untuk kami teruskan dengan pembedahan itu..."
"Berapa lama masa yang saya ada doktor..?"
"Paling lama pun dua minggu..."
Tidak dapat ditahan airmatanya dari menitis bila mengingatkan masa yang dia punya untuk mencari wang untuk kos pembedahan emaknya. Dimana harus dia mencari wang sebanyak itu. Perlu ke dia menjual dirinya. Sungguh dia buntu.
Dengan langkah berat safia melangkah ke bangunan itu. Kertas yang menawarkan pinjaman wang dengan kadar segera digenggam erat. Dia melihat ramai lelaki bertatu dan bertindik ada di bangunan itu. Semuanya berbadan tegap. Membuat tubuhnya semakin menggeletar ketakutan.
"Ya amoii.. mau cari siapa?" Tanya salah seorang lelaki itu.
"Ssa..ya.. mmau ppin..jam ddu..it.." jawab safia tergagap-gagap. Lelaki itu memandang safia atas bawah.
"Ok.. ikut sini" ucap lelaki itu. Safia mengikuti langkah lelaki itu ke sebuah bilik. Terdapat seorang lelaki pertengahan umur dan berwajah bengis sedang mengira duit.
"Bos, ini amoii mau pinjam duit.." lelaki berwajah bengis itu mengangkat muka memandang safia.
"Hhhmm... duduk..." safia menurut dan lelaki tadi keluar dari bilik itu. Tinggal mereka berdua.
"Ini agreement.. kalau setuju boleh sign.." ucap lelaki yang dikenali boss itu bersahaja.
Safia mencapai surat perjanjian itu dan membacanya satu persatu. Terbeliak biji matanya apabila melihat jumlah bayaran balik yang perlu di bayar adalah tiga kali ganda dari jumlah asal. Itu belum masuk lagi denda kalau lambat bayar. Surat tawaran itu ditolak semula kepada lelaki itu.
"Tak apa lah encik... saya tak mampu nak bayar balik kalau saya ambik pinjaman ni.. maaf ambil masa encik.. saya pergi dulu..." ucap safia lalu berdiri untuk beredar.
Lelaki itu melihat safia yang berjalan ke pintu. Budak muda yang cantik dan menarik. Mungkin juga masih dara. Dia tersenyum sinis.
"Nanti dulu.." safia berhenti melangkah dan berpaling memandang lelaki itu. Lelaki itu bangun dan mendekati safia. Tubuh safia ditilik sambil berjalan. Cantik.
"Kalau tak nak bayar pun tak apa..." ucap lelaki itu. Mata safia sudah bersinar mendengar ayat itu.
"Betul ke?" Tanya safia teruja.
"Tapi mesti ada syarat ma..." ucap lelaki itu dengan sengih gatalnya.
"Apa syaratnya?" Tanya safia lagi.
"Lu mesti layan sama wa.." bisik lelaki itu di telinga safia. Tangan lelaki itu naik meraba tubuh safia. Payudara safia diramas lembut. Jantung safia berdegup kencang dengan kelakuan lelaki itu. Dia meronta dan menolak lelaki itu kuat sebaik terlepas.
Lelaki itu cuba mendapatkan safia semula tetapi entah macam mana kaki safia menendang aset lelaki itu dengan kuat sekali. Lelaki itu meringkuk kesakitan. Tanpa membuang masa safia keluar dari bilik itu.
Riak cemas cuba dikawal sebaik mungkin dan dia berjalan seperti tiada apa berlaku. Dia menghiraukan pandangan lelaki-lelaki yang terdapat di ruangan itu. Belum sempat safia membuka pintu keluar dia terdengar suara lelaki tadi menjerit kepada anak buahnya untuk menangkap safia.
Safia yang panik melihat dirinya dikejar pantas membuka pintu dan melarikan diri. Melihat lelaki itu semakin hampir dia nekad untuk berlari ke arah jalan raya.
Langkah Safia terhenti dan dia tergamam melihat kereta yang semakin hampir dengannya. Dia memejam mata rapat sebelum terasa dirinya melayang.
"Kenapa ni rizal? Kenapa awak brek mengejut?" Tanya datin suzi yang terkejut dengan kereta yang tiba-tiba berhenti.
"Saya minta maaf datin.. tadi ada perempuan tiba-tiba melintas... saya dah brek tapi terlanggar juga perempuan tu.." balas rizal. Mukanya sudah pucat kerana baru lepas melanggar orang.
"Hah??!! Awak langgar orang???!! Cepat-cepat... jom kita turun tengok keadaan dia..." tanpa lengah datin suzi turun untuk melihat keadaan sufia.
Melihat keadaan sufia yang tidak sedarkan diri, pantas datin suzi meminta rizal mengangkat dan membawa safia ke hospital.
Semoga tiada apa-apa kecederaan serius menimpa gadis ini. Fikir datin suzi sendiri.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...