🌄💟 - 10

7.7K 331 38
                                    

5 tahun kemudian

"Fia, aunty minta tolong ya... budak-budak tu tak tahu papa diaorang nak balik hari ini.. aunty nak suprisekan diaorang..." ucap datin suzi sambil menegang tangan safia. Safia tersenyum memandang datin suzi.

"Boleh aunty... tapi macam mana fia nak cam papa diaorang..?" Tanya safia pula.

"Nanti aunty minta tolong orang buatkan paging untuk fia..." balas datin suzi. Safia mengangguk tanda faham.

"Malam ni mungkin along akan balik tidur dekat sini... yela.. dah lama sangat dia tak jumpa achik... rindu katanya..." ucap datin suzi sambil mengelap pinggan mangkuk yang akan digunakan malam nanti. Safia sudah tersenyum kelat apabila mendengar syed mukhris akan bermalam disitu.

Dia masih tidak dapat lupakan apa yang berlaku dulu. Dia sering melarikan diri dari berdua-duaan dengan lelaki itu. Walaupun puas lelaki itu memujuknya. Mungkin benar apa kata aunty sebelum ini... dia tak patut rapat dengan lelaki itu.

"Fia.. fia... ish budak ini.. termenung pulak dia..." safia hanya tersengih apabila ditangkap mengelamun oleh datin suzi. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

"Sorry aunty... aunty cakap apa tadi?" Tanya safia. Datin suzi sudah menggelengkan kepalanya.

"Aunty cakap... nanti kita buat barbeque masa malam achik balik tu.. lagipun dah lama sangat rasanya aunty tak berkumpul dengan semua anak-anak... aunty ada suruh angah ambil cuti... tapi tak tahu la..." suara datin suzi yang sedang rancak bercerita tiba-tiba bertukar sayu.

"Aunty... fia yakin.. dia mesti balik..." ucap fia lembut sambil memegang tangan datin suzi. Datin suzi tersenyum nipis memandang safia.

"Aunty pun harap macam tu..."









"Aunty... mana syed afzan ni... dah tiga jam fia tunggu tak nampak batang hidung pun..." ucap safia sebaik sahaja panggilannya bersambung. 

"I'm sorry fia... flight achik delay.. aunty baru dapat tahu... lagi dua jam baru sampai... fia nak balik dulu ke..?" Tanya datin suzi.  Kasihan pula dia membiarkan safia menunggu lama-lama.

"La... iya ke.. tak apa la aunty... alang-alang fia dah ada dekat sini fia tunggu la..." balas safia dan terus meletakkan panggilan sebaik mendapat persetujuan datin suzi. 

Setelah tiga jam menunggu, masih tiada lagi orang yang ditunggu menghampirinya.  Safia mengambil keputusan untuk berjalan di sekeliling kawasan ketibaan itu. 

Ketika melalui kawasan-kawasan kedai, dia melihat patung yang sangat comel.  Serta merta fikirannya terfikirkan rania.  Safia menghampiri kedai itu dengan mata yang bersinar dan senyum yang tidak lekang dibibirnya. 

Sebaik sampai kad paging disandarkan di kakinya dan tangannya pantas mencapai patung yang comel itu.  Tetapi tangannya terasa tersekat.  Dia cuba menarik kembali patung itu.  Masih juga tidak boleh.  

Kepalanya diangkat dan matanya disepetkan memandang gerangan dihadapannya.  Rasa geram bertandang dihati.  Patut la tak boleh angkat, rupa-rupanya ada tangan lain yang merebut patung itu darinya. 

"Hey mister, saya dapat dulu patung ni tahu..." ucap safia dengan nada geramnya.

"Who cares... besides, i got it first..." ucap syed afzan sinis dan terus merentap kuat patung itu.  Perbuatan syed afzan menyebabkan pegangan safia terlepas dan tubuhnya terdorong  ke tubuh lelaki itu. 

Secara spontan tangan syed afzan naik memeluk pinggang safia.  Mata mereka saling bertentang.  Lama.  Entah mengapa jantung safia berdegup kencang apabila memandang mata itu. 

"Eerrhhmm..." tersentak kedua-duanya apabila mendengar deheman dari jurujual kedai itu.  Tersengih-sengih gadis itu melihat mereka. 

Wajah safia serta merta menjadi merah kerana malu.  Ditambah pula rasa berang terhadap syed afzan, menjadikan merahnya semakin ketara. 

Damn... this girl so cute... fikir syed afzan sendiri. 

"Encik nak beli patung yang ini ke?" Tanya jurujual itu kepada syed afzan.  Syed afzan melarikan pandangan memandang jurujual.  Patung tadi diserahkan kepada jurujual sambil mengangguk. 

"Tapi, saya yang dapat dulu patung tu..."  ucap safia dengan suara bergetar.  Matanya sudah berkaca memandang syed afzan.  Entah mengapa dirinya merasa sebak kerana tidak dapat membelikan patung itu untuk rania. 

"Well too bad girl..  best man win..." ucap syed afzan tanpa perasaan dan terus berlalu ke kaunter bayaran.  Semakin sakit hati safia mendengar jawapan syed afzan itu. 

Dia mengambil semula kad paging dan berjalan lemah berlalu dari kedai itu.  Dia mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan pintu keluar.  Kad paging diletakkan di atas pehanya.  Kedua lengan dan dagunya disangkut pada kad paging itu.  Sekali sekala jarinya mengusap air mata yang mengalir. 




Syed afzan berjalan sambil bersiul kecil.  Akhirnya pengajiannya tamat juga.  Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan anak-anaknya. 

Dia menghampiri seorang gadis sebaik dia ternampak namanya tertera di kad paging yang dipegang gadis itu.    Dia mengecilkan mata sebaik sahaja langkahnya semakin menghampiri gadis itu. 

Entah mengapa idea nakalnya sampai dan dia mahu mengenakan gadis itu.  Langkahnya dibawa ke arah bertentangan dan dia mengambil airport limo untuk pulang ke rumah.  Senyum sinis terukir di bibirnya. 

Safia yang sudah tidak larat untuk menunggu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja.  Dia penat dan hatinya sakit mengenangkan pergaduhannya dengan lelaki tadi. 





"Assalamualaikum mama..." ucap syed afzan saat melihat mamanya yang menyambut kepulangannya di depan pintu.  Tangan mamanya dicium dan tubuh mamanya dipeluk erat.  Setelah puas melepas rindu barulah pelukan dilepaskan. 

"Fia mana?" Tanya datin suzi sambil melihat disekelilingnya. 

"Fia, fia mana?" Tanya syed afzan pula.

Kelihatan sebuah kereta masuk ke perkarangan kediaman datin suzi.  Mereka sama-sama melihat gerangan yang keluar dari kereta itu.  Syed afzan sudah menarik senyum sumbingnya apabila melihat safia keluar dari kereta itu. 

"Ha.. panjang pun umur.. tu la fia.." ucap datin suzi sambil tersenyum. 

Safia berjalan ke arah datin suzi.  Dia masih tidak menyedari kehadiran syed afzan memandangkan lelaki itu berdiri di belakang datin suzi. 

"Aunty..  fia minta maaf... fia dah tak larat nak tunggu..." ucap fia.  Jelas terlihat kepenatan di wajah itu.

"Ala... kesiannya anak aunty ni... kena tunggu lama-lama... bang chik baru je sampai ni ha..." ucap datin suzi.  Safia melihat wajah syed afzan yang mula keluar dari persembunyiannya di belakang datin suzi.  

Dadanya berombak kencang.  Wajah yang lesu tadi kini bertukar kemerahan kerana marah melihat senyum sumbing di bibir syed afzan. Tanpa berfikir panjang safia menghampiri syed afzan dan kad paging yang dipegang tadi di hempuk kuat ke kepala syed afzan.

"BODOH PUNYA JANTAN!!!" Jerit safia dan terus berlalu ke rumahnya.  Syed afzan meringis kesakitan sambil memegang kepalanya.  Datin suzi sudah memandang tajam ke arah syed afzan.

"What have u done to her??"















Sinar CintamuWhere stories live. Discover now