🌄💟 - 31

4.6K 222 15
                                    

Syed afzan menghantar pemergian sasha dengan pandangannya. Jarinya naik menggaru dahi yang tidak gatal. Sesekali keluhan dilepaskan.

Perwatakan sasha yang sekarang sangat jauh berbeza dari dulu. Wanita itu nampak lebih elegen, berkeyakinan dan bergaya korporat. Cara pertuturan juga nampak lebih matang. Dia tidak menyangka sasha boleh berubah sedrastik itu.

Tidak mahu memikirkan lebih tentang sasha, syed afzan mula menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.

Sasha berjalan keluar dengan penuh yakin sekali dari pejabat syed afzan. Didalam hatinya sudah bersorak kegirangan kerana lelaki itu kelihatan terkejut dengan penampilan barunya. Sengaja dia menukar gayanya kerana dia tahu syed afzan bukanlah seorang yang gemarkan wanita seksi dan gedik.

Sengaja dia menawarkan diri kepada papanya sebaik dia mendapat tahu syarikat mereka mempunyai kerjasama dengan syarikat syed afzan untuk projek baru yang boleh dikatakan bernilai tinggi.

Ini merupakan salah satu peluang yang dia ada untuk dekat dengan syed afzan. Dia akan gunakan persona barunya untuk perlahan-lahan memikat syed afzan.

-----------------------------------------------------------

"Abang... minggu depan cuti sekolah... kita pun dah lama tak pergi bercuti... apa kata kita bawa anak-anak pergi holiday...?" Usul safia kepada syed afzan. Syed afzan yang sedang membaca sambil bersandar di kepala katil pantas berpaling ke arah safia yang berada di meja solek.

Safia nampak seksi dengan baju tidur satin paras peha. Walaupun perut safia sudah mula menonjol, dia tetap tergoda melihat kekasih halalnya itu.

"Bagus juga cadangan sayang tu.. tapi zal boleh balik dari asrama ke?" Tanya syed afzan pula. Biasanya ada sahaja aktiviti anak bujangnya itu.

"Boleh... fia dah minta pelepasan untuk zal... hhmm.. apa kata hari jumaat nanti kita pergi jemput zal sama-sama? Kita bawa mimi dengan nia sekali.. mesti seronok kan..." balas safia sambil berjalan ke arah katil dan mengambil tempat di sebelah syed afzan. safia sudah teruja membayangkan wajah haizal bila melihat mereka semua ke sana.

"Boleh sayang... anything for you... nanti abang cuba adjust jadual abang ya.." balas syed afzan. Safia sudah tersenyum senang dengan janji suaminya.

"Thank you abang..." ucap safia dan terus mengucup pipi syed afzan. Syed afzan yang tidak tahan melihat safia mula meletak bukunya dia meja sisi.

Lampu bilik dimalapkan dan tubuh safia terus dirangkul erat sambil tangannya merayau di seluruh tubuh safia. Bibir safia dikucup dalam. Safia hanya merelakan.

"I want u now sayang..." ucap syed afzan dengan penuh bernafsu sebaik ciuman dilepaskan.

"Mee too abang..." balas safia yang juga tidak tahan dengan godaan suaminya.

Syed afzan akui sejak kebelakangan ini masa untuk diluangkan bersama anak-anaknya agak terhad. Mujur saja ada safia melayan kerenah anak-anak itu. Sedikit sebanyak hatinya merasa lega kerana anak-anaknya mendapat kasih sayang yang cukup dari safia.

-----------------------------------------------------------

"Mell, u clearkan semua jadual saya hari jumaat ni, postpone to another date.." arah syed afzan melalui interkom biliknya. Mell hanya menurut sebelum interkomnya berbunyi semula.

"Erm boss.. saya dah tukarkan semua appointment except for one which is dengan miss sasha.. she said she cannot postpone the meeting coz dia akan fly ke beijing for a month.. so, macam mana boss...?" Tanya mell berhati-hati. Risau dimaki lagi oleh syed afzan.

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now