🌄💟 - 15

8.2K 438 39
                                    

"Ibu..... ibu.... pa.. nak ibu..." sekali lagi rania meracau dalam tidurnya.  Sudah tiga hari anak itu demam panas kerana rindukan ibunya.  Syed afzan yang sepatutnya mula bekerja di syarikat papanya juga terpaksa menangguhkan dulu hasrat itu kerana keadaan anaknya yang tidak mengizinkan. 

Sayu hatinya melihat anaknya begini.  Haizal dan mimi juga banyak termenung.  Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa anak-anak itu.  Beginikah mereka sewaktu mama mereka pergi dulu? Kejamnya aku kerana meninggalkan mereka sewaktu mereka juga merasa kehilangan. 

"Ma.. mama tahu ke kemana safia pergi...? Bang chik nak pergi cari dia ma..  Bang chik tak sanggup tengok anak-anak bang chik macam ni ma..." ucap syed afzan sayu.  Datin suzi juga turut mengalirkan airmata melihat cucu-cucunya yang sudah tidak seceria dulu. 

"Fia sekarang kerja dengan kawan mama sebagai housekeeping dekat resort... tapi apa gunanya bang chik... walaupun dia datang, keadaan akan tetap sama sebab dia tak akan lagi tinggal di sini...dia akan  datang sekejap, kemudian pergi.. anak-anak tetap akan rindukan dia.." balas datin suzi. 

"Melainkan...."

"Melainkan apa ma?" Tanya syed afzan dengan dahi berkerut. 

"Bang chik ikat dia..." kias datin suzi.

"Ikat? Ikat macam mana? Takkan sampai nak kena culik..." datin suzi sudah menepuk dahi dengan kecerdikan anaknya itu. 

"Bang chik kahwin la dengan dia...." syed afzan sudah mengeluh panjang.

"Ma.. mama tahu kan... bang chik masih sayangkan arwah..." balas syed afzan sayu. 

"Bang chik... mama tak pernah larang bang chik untuk ingatkan arwah... sayangkan arwah... but u have to move on... please... bang chik... anak-anak perlukan ibu mereka..." rayu datin suzi.  Syed afzan mengeluh lagi.

Berat hatinya untuk duakan arwah.  Bolehkah dia mengambil risiko ini... bolehkah dia menyayangi safia seperti dia menyayangi arwah.. sungguh dia buntu.

"Ma... beza umur kami lebih 10 tahun ma... nak ke dia dengan orang tua macam bang chik ni..." ucap syed afzan.

"Mama yakin dia nak kalau ini melibatkan anak-anak... percayalah cakap mama..." balas datin suzi yakin.

"Ma.. u know she hates me right?" Tanya syed afzan. 

"Well, i know u know how to handle that..  safia.. hati dia lembut dan penyayang... u just need to be nice to tackle her feeling... " balas datin suzi sambil tersenyum. 

"Nia, nia!!"

"Ibu....!"

Teresak-esak rania menangis saat melihat safia.  Safia terus berlari mendapatkan rania sebaik dia melihat kelibat tubuh kecil itu.  Dia memeluk erat tubuh kecil rania.  Luluh hatinya melihat wajah anak kecil itu yang pucat lesi. 

"Ibu.... ii..iibu..." tidak henti rania menangis  memanggil safia sehingga  membuatkan safia juga turut sama mengalirkan airmata.  Sungguh dia rindu dengan anak kecil itu.

"Ibu ada sayang... sshh.. jangan nangis..." pujuk safia.  Tubuhnya digoyang perlahan seiiring dengan tubuh rania bagi menenangkan anak itu. 

Bagai mahu gugur jantungnya ketika mendapat panggilan dari datin suzi dan mendapat khabar rania demam kerana rindukannya.  Terpaksa dia meminta pulang awal kerana terlalu risaukan rania 

"Ibu!!" Panggil haizal dan mimi teruja saat melihat safia.  Safia memandang keduanya sambil mendepangkan tangannya.  Memanggil mereka untuk masuk ke dalam pelukannya. 

"Mimi rindu ibu..." ucap mimi dengan nada sedih.

"Ibu pun rindu mimi sayang... ibu rindu haizal.. ibu rindu semua anak-anak ibu..." ucap safia dalam sendunya.  Mengalir lagi airmatanya melihat ketiga-tiga anaknya di depan mata.

Datin suzi dan syed afzan yang melihat turut merasa sedih.  Betapa besarnya kasih sayang safia buat anak-anak itu.  Begitu juga kasih sayang anak-anaknya buat safia. 

Nampaknya dia tiada pilihan lain selain mengikut cadangan mamanya.  Dia harus mengikat safia supaya gadis itu tetap bersama mereka.  Dia tidak nampak ada perempuan lain yang layak menggantikan tempat arwah isterinya sebagai ibu kepada anak-anak mereka selain safia. 

"Fia... fia tidur sini ya malam ni... dah lewat sangat ni..." pelawa datin suzi.  Kasihan dia melihat wajah letih safia.  Tentu safia penat.  Balik kerja turus berkejar ke kediamannya. 

"Tak apa la aunty... esok fia kerja..  takut tak sempat pula kalau pergi kerja dari sini.." safi cuba menolak dengan baik.  Bukannya apa, dia takut hatinya semakin sedih bila melihat wajah anak-anaknya esok. 

Datin suzi menarik safia ke ruang tamu.  Datin suzi memberi isyarat mata kepada syed afzan yang berada tidak jauh dari mereka untuk mengambil tempat duduk di sofa berhampiran. Syed afzan hanya menurut. 

"Fia..." seru datin suzi perlahan.  Tangan fia dipegang dan disentuh lembut. Dahi fia sudah berkerut melihat gelagat datin suzi.  Sesekali matanya memandang ke arah syed afzan.

"Kenapa ni aunty...?" Tanya fia pelik.

"Aunty ada hajat..." bertambah lagi kerut di wajah safia.

"Hajat apa aunty...?" Dia sudah  merasa tidak sedap hati. 

"Aunty nak meminang safia untuk bang chik..." Bulat mata safia mendengar hajat datin suzi.  Berdegup kencang jantungnya saat ini.  Kahwin.. di usia ni.. biar betul...

"Aunty... fia tahu la fia ni anak yatim piatu... jangan la main-main macam ni.." safia sudah merasa tidak keruan.

"Aunty tak main-main sayang... bang chik pun dah setuju..." balas datin suzi.

"Huh? Betul ke?" Tanya safia lagi.  Kali ini wajahnya memandang syed afzan.  Dia inginkan kepastian.  Syed afzan tersenyum manis sambil mengangguk.  Safia menelan liurnya kelat. 

"Kalau..  fia minta fikir dulu boleh...?" Tanya safia lambat-lambat.  Dia bukan apa.  Ini soal masa depannya.  Kalau boleh dia mahu fikir masak-masak.  Biarlah dia buat istikarah dulu.  Dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. 

Datin suzi memandang syed afzan.  Syed afzan mengangguk kecil.  Dia faham.  Safia perlukan masa.  Dia perlu bersemuka dengan safia untuk menunjukkan yang dia benar-benar serius.  kalau ini boleh menebus salahnya pada anak-anaknya, dia sanggup.

"Ma... boleh tinggalkan kami sekejap..?" Datin suzi akur dan berlalu dari situ.

"Kenapa encik nak kahwin dengan saya?" Belum sempat syed afzan membuka mulut, safia sudah bertanya dulu.

"Sebab saya nak kahwin dengan awak la..." balas syed afzan bersahaja.  Sengaja mahu main-mainkan safia. Safia sudah menjeling tajam.  Orang tanya betul-betul dia main-main pula.

"Tapi awak tak kenal saya... tak cinta saya.. tak sayang saya... macam mana awak nak kahwin dengan saya...?" Tanya safia lagi.  Kali ini dengan nada geram.

"Semua tu boleh dipupuk sayang..." merah wajah safia saat mendengar syed afzan memanggilnya sayang. Syed afzan sudah sembunyi senyum melihat wajah comel safia.

Syed afzan bangun dan menghampiri safia.  Wajah safia ditatap dalam.  Memang dia akui, safia sangat cantik dan mempunyai aura yang tersendiri.  Sedikit sebanyak berjaya menggugat hatinya yang selama ini dibekukan dengan kasih sayangnya pada arwah.

"Fia... saya mengaku.. saya buat semua ni sebab anak-anak.. anak-anak terlalu sayangkan awak... saya tak sanggup tengok keadaan mereka bila awak tiada... awak seperti nyawa mereka... bila awak pergi mereka semua tak ubah seperti mayat hidup.." terang syed afzan.  Dia tidak mahu berpura-pura.  Biarlah safia tahu kebenarannya.

"Cinta dan kasih sayang boleh dipupuk kemudian... kita boleh sama-sama usaha untuk itu..." sambung syed afzan lagi. 

Entah mengapa pernyataan dari syed afzan membuat dirinya merasa sebak.  Airmatanya mengalir tanpa sedar.  Haruskah aku berkorban sejauh ini untuk mereka.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Sis terharu sgt sbb dpt byk kmen n votes dr uolls..  so, sis usha siapkn jga chpter ni khas utk reader ksyngan sis..  truskn mnyokong krya sis.. bkar semangat sis dengan votes n kmen dr uolls... i luv u..😍😍😘😘

Notify any typo k..😉😉

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now