PANG!!!!
Bergema bunyi tamparan yang diterima oleh syed afzan sebaik sahaja sampai di hospital. Sungguh datin suzi hilang sabar dengan anaknya itu.
Syed afzan menunduk sambil memegang pipinya yang terasa pijar. Takut dia ingin memandang wajah datin suzi yang mencerlung memandangnya dengan airmata yang laju mengalir.
"Apa yang abang chik dah buat??! Abang chik sedar tak macam mana keadaan isteri abang chik??!! Abang chik tau tak yang safia sedang membawa zuriat abang chik sekarang???!! Ha!!! Tahu tak??!!!!" Marah datin suzi. Bagai mahu gugur jantungnya mendengar penjelasan doktor mengenai keadaan safia.
"Abang chik minta maaf ma... bang chik tahu bang chik salah..." balas syed afzan perlahan. Dadanya merasa sebak. Dia sedar dia khilaf dalam menilai isterinya.
"Fia dah banyak berkorban untuk keluarga kamu bang chik.... kalau kamu tak suka dia kenapa kamu kahwin dengan dia dulu.... kalau kamu tak suka dia kenapa kamu sentuh dia... tak boleh ke kamu balas jasa dia pada kamu selama ni... tak boleh ke kamu layan dia dengan baik... dia isteri kamu bang chik...." ucap datin suzi dalam tangisnya.
Sungguh dia kecewa dengan anaknya. Dia boleh rasa kesakitan safia ketika menantunya itu mengalirkan air mata. Teringatkan peristiwa tadi membuat hatinya luluh. Tubuhnya tidak kuat untuk berdiri. Perlahan-lahan tubuh tua itu melorot ke lantai. Disambut oleh syed mukhris.
Syed afzan duduk melutut di hadapan mamanya. Tangan mamanya dicapai dan dikucup lembut. Mengalir airmata lelakinya melihat mamanya menangis begitu kerananya.
"Bang chik tahu dia mengandung kan....? Kenapa bang chik tak jaga dia betul-betul... kenapa bang chik lukakan perasaan dia.... bang chik nak ke apa yang terjadi pada arwah berulang lagi... bang chik nak ke anak-anak bang chik hilang kasih sayang seorang ibu lagi...." tambah datin suzi dalam sendunya. Syed mukhris mengeratkan pelukan pada tubuh mamanya. Lengan datin suzi digosok perlahan bagi menenangkan wanita itu.
Semakin lebat airmata syed afzan apabila terkenangkan arwah isterinya. Sungguh, dia tak sanggup melalui semua itu lagi. Sungguh dia menyesal mengabaikan safia.
"Ma... macam mana keadaan safia...?" Syed afzan bertanya apabila tangisannya sedikit reda.
"Doktor cakap badan dia lemah sangat.. dia dalam keadaan tertekan.. air kurang dalam badan.. baby pun lemah sangat.. kemungkinan untuk gugur sangat tinggi dengan keadaan dia sekarang..." balas syed mukhris bagi pihak mamanya.
"Ya Allah... maafkan abang fia... maafkan abang... Ya Allah... apa yang aku dah buat ni.. aku anaiya isteri aku Ya Allah..." mengalir kembali airmata yang sudah reda.
"Lepas safia keluar dari hospital, mama tak nak dia balik rumah kamu lagi... sepanjang dia mengandung dia akan tinggal dengan mama.. mama yang akan jaga dia..." ucap datin suzi tegas. Dia memang tak akan beri muka lagi pada syed afzan. Syed afzan memandang mamanya tidak percaya.
"Ma... tolong bagi peluang untuk bang chik tebus kesalahan bang chik ma... bang chik sayang safia ma..." rayu syed afzan pada mamanya.
"No means no!!! Cukup-cukuplah apa yang dah fia lalui selama ni... dia dah banyak terluka... jangan lah kamu tambah lagi luka dia tu..." ucap datin suzi dan terus berdiri sambil dibantu syed mukhris.
"Buat masa sekarang, mama tak nak kamu tunjuk muka kamu pada safia... budak-budak nanti mama akan bawa sekali tinggal dengan mama..." tambah datin suzi dan terus berlalu ke bilik wad safia. Tidak diendahkan syed afzan yang memanggil dirinya.
Biarkan... orang begini perlu diajar.
Syed afzan melangkah masuk ke wad safia. Dia curi-curi melawat safia sebaik sahaja dia melihat mamanya pulang bersama syed mukhris. Pintu wad ditutup perlahan. Dia berjalan ke katil safia.
Wajah pucat safia ditenung kasih. Luluh hatinya melihat wajah yang tidak bermaya itu. Tangannya naik mengusap lembut kepala safia. Dahi safia dikucup lama. Setitis air mata yang menitis di dahi isterinya cepat disapu.
Dia mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil safia. Tangan safia di capai dan diusap lembut. Sesekali dia mencium tangan itu.
"Fia... fia mesti terasa hati dengan abang kan... abang banyak lukakan hati fia... abang minta maaf... abang minta maaf sangat-sangat.... abang pentingkan diri sendiri... abang langsung tak jaga hati dan perasaan fia... abang minta maaf...." teresak-esak syed afzan menangisi khilafnya.
"Cuma satu abang nak fia tahu... abang sayang fia... sayang sangat... fia isteri yang sempurna... tak ada kurangnya.. tak ada sikit pun cacat celanya... tapi abang ego... abang tak pernah nak mengaku akan perkara itu... abang tak pernah nak luahkan pada fia.. maafkan abang..."
"Hati abang sakit... hati abang sakit sangat bila tengok fia lemah... abang tahu fia sakit.. abang tahu fia perlukan abang... tapi sekali lagi ego melebihi segalanya... abang abaikan fia... abang biarkan fia lalui semua itu sendirian.. maafkan abang..."
"Abang redha kalau fia tak nak maafkan abang... abang tahu.. abang jahat... abang tak layak dapat kemaafan dari fia..."
"Abang balik dulu... fia jaga diri dan baby baik-baik... abang sayangkan kedua-duanya..." ucap syed afzan sambil mengusap lembut perut safia. Dahi dan bibir safia dikucup sebelum dia berlalu dari bilik itu.
Safia membuka mata sebaik sahaja dia mendengar pintu ditutup. Airmata yang ditahan tadi mula mengalir laju. Dia dengar semua nya. Dia dengar segala-galanya. Luahan suaminya benar-benar buat dirinya terharu.
Namun, hatinya belum terbuka untuk memaafkan suaminya. Hatinya benar-benar terluka dengan kelakuan suaminya itu. Lebih-lebih lagi dengan penerimaan yang ditunjukkan pada kandungannya.
Andai saja abang tahu... bahawa fia mencintai dan menyayangi abang sepenuh hati fia...
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sampai sini jela dulu... sis down wattpad bt hal.. mata pn asyk msk hbuk type chptr nie... klu mta uolls pn msk hbuk, u olls tkn bntng kcil yg cmel tu ye... komen bnyk2.. sis ska bca kmen uolls wpun sis x rply... luv u..😍😍😘😘
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...