🌄💟 - 21

9.4K 305 13
                                    

Sudah tiga bulan usia perkahwinan mereka dan semuanya dalam keadaan baik dan sempurna.  Itu yang dirasakan safia sekarang.  Mereka bagaikan sebuah keluarga yang sangat bahagia. 

Hari ini mereka berpindah masuk ke rumah baru.  Rumah baru yang syed afzan beli untuk mereka sekeluarga.  Tidak terlalu jauh dari kediaman datin suzi memandangkan sekolah anak-anaknya berada di sekitar itu juga. 

Mereka tidak mempunyai pembantu rumah.  Semua tugasan di rumah itu safia yang akan uruskan.  Sebenarnya syed afzan mahu mengupah seorang pembantu rumah untuk membantu safia, tetapi safia menolak mentah-mentah.  Katanya dia mampu menguruskan rumah mereka sendiri. 

"Macam mana...? Fia suka dengan rumah ni...?" Tanya datin suzi setelah mereka selesai  mengemas sedikit barang-barang tambahan untuk dekorasi rumah itu.

"Suka ma... cantik sangat..  pandai abang ubahsuai susun atur rumah ni..." balas safia sambil matanya memerhati susun atur di dalam rumah itu. 

"Achik memang kreatif... dia lebih berseni dari adik beradik dia yang lain..." ucap datin suzi lagi.  Anaknya yang sorang itu memang sangat teliti.  Kalau boleh semua benda dia mahu kelihatan sempurna.  dan safia hanya mengangguk tanda mengiayakan.

"Ni, budak-budak mana? Dari tadi mama tak nampak.." tanya datin suzi lagi.

"Ada dekat belakang dengan papa diaorang ma..." balas safia ringkas.  Sebentar tadi syed afzan mengajak anak-anaknya ke belakang untuk meminta pendapat anak-anaknya mengenai ubaisuai taman yang sesuai untuk dijadikan tempat riadah mereka sekeluarga. 

"Iya...? Mama tengok budak-budak tu dah rapat semula dengan papa mereka... mama happy sangat... ini semua berkat pengorbanan fia untuk keluarga mama.. mama hargai sangat apa yang fia buat selama ni..." ucap datin suzi sambil memegang tangan safia. 

"Mana ada ma... ini semua sebab pertalian darah yang ada antara mereka... air dicincang tak akan putus kan..." balas safia pula sambil tersenyum. 

"Fia baik sangat... bertuah mama dapat anak perempuan macam fia ni.." suara datin suzi sudah bertukar sebak.

"Ma... fia yang bertuah sebab di ketemukan dengan malaikat macam mama ni... kalau mama tak tolong fia dulu, fia tak tahu apa yang akan jadi pada diri fia sekarang..." datin suzi yang terharu pantas menarik safia ke dalam pelukannya. 










Safia terkejut apabila dia merasa ada tangan yang merayap di pinggangnya saat dia sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur.  Nasib baik tak tercampak sudip yang dipegangnya.

"Morning bidadari abang...." ucap syed afzan sambil mencium pipi safia.  Safia tersenyum mendengar ucapan selamat pagi dari suaminya.

"Morning abang... abang... apa kata abang pergi duduk dekat meja makan dulu..  fia nak siapkan sarapan ni..." ucap safia lembut.  Syed afzan makin mengeratkan pelukan ditubuh safia.

"Sekejap la... abang nak ambik semangat abang untuk harini... nanti abang mesti rindu fia..." ucap syed afzan sambil mencium leher safia.  Membuat safia mengeliat kecil sambil ketawa akibat geli. 

Hari ini syed afzan akan memulakan tugasnya di syarikat papanya.  Semenjak berkahwin dia tidak pernah berenggang dengan safia.  Membuat dia berasa berat hati untuk berpisah walaupun hanya ke pejabat. 

"Hhmm... takut rindu ya....?" Ucap safia sambil membuat muka seperti sedang berfikir sambil jari telunjuknya mengetuk perlahan dagunya.  Syed afzan mengangguk sambil mencebikkan bibirnya. 

"Apa kata...... lepas fia jemput budak-budak.... fia pergi office abang... nanti fia buatkan bekal sekali.. boleh kita lunch sama-sama..." ucap safia memberi cadangan.  Syed afzan melepaskan pelukan memandang safia dengan penuh teruja. 

"Betul ni...??!" Tanya syed afzan.  Safia mengangguk sambil tersenyum.  Terus bibir safia disambar syed afzan.  Safia tidak menolak malah membalas ciuman suaminya itu. 

"Thank u fia..." ucap syed afzan. 

"Sama-sama kasih abang.... dah jomla kita sarapan... nanti lambat pula abang sampai pejabat..." ucap safia sambil menarik tangan suaminya ke meja makan.











"Kita nak pergi mana ni ibu...?" Tanya mimi saat dia melihat laluan yang dilalui safia bertentangan dari laluan ke rumah mereka.

"Kita nak pergi office papa sayang..." balas safia sambil tersenyum dan memandang sekilas kepada mimi sebelum meneruskan pemanduannya.

Safia hanya pergi bersama mimi dan rania memandangkan haizal mempunyai kelas tambahan sebagai persediaan untuk PT3 nanti.  Kedua-duanya kelihatan begitu teruja sekali apabila safia memberitahu mereka akan ke pejabat papa mereka.

Sebaik sampai di lobi pejabat syed afzan, safia berjumpa dengan penyambut tetamu sebelum dibenarkan naik ke aras 10.  Aras yang menempatkan pejabat syed afzan. 

"Assalamualaikum.. saya nak berjumpa dengan en. Syed afzan..." ucap safia ramah saat melihat seorang wanita yang berada di bahagian depan pejabat suaminya sebaik dia keluar dari lift tadi.

"Ada buat appointment? Nama siapa ya?" Tanya mell yang merupakan setiausaha syed afzan dengan acuh tak acuh tanpa membalas salam dari safia. Safia hanya berlagak selamba walaupun dalam hati dia menyampah dengan perempuan yang berada di hadapannya ini.

"Tak ada appointment... tapi boleh tolong beritahu en syed yang safia datang untuk berjumpa dia...?" Balas safia sopan.

"Kalau tak ada appointment tak boleh jumpa... takkan tu pun u tak tahu.. nak jumpa pengurus besar mesti la nak kena buat appointment dulu.." balas mell dengan nada yang menjengkelkan.  Mimi dan rania sudah berkerut melihat mell.  Tidak tahu sama ada mereka faham atau tidak situasi yang sedang berlaku itu. 

"Tak apa cik... cik beritahu je en. Syed yang safia nak jumpa.. dia kenal siapa saya..." ucap safia lagi.

"Eh, u ni tak faham bahasa ke hah?!! Kan i dah cakap...."

"Apa bising-bising ni mell?? Dari dalam saya dengar suara awak...." belum sempat mell menghabiskan ayatnya mereka semua berpaling ke arah suara itu.

"Ni ha, perempuan mana entah nak jumpa encik... tapi tak ada bu..." terus terhenti ayat mell saat melihat syed afzan merenungnya tajam.  Renungan marah. 

"Untuk pengetahuan awak, ini safia isteri saya dan dua orang budak ni anak-anak saya!!! Mereka tak perlu buat appointment untuk berjumpa dengan saya!! Faham!!!" Marah syed afzan.  Mell mengangguk sambil menunduk.  Naik merah mukanya kerana malu akibat ditengking syed afzan. 

"Jom fia... masuk bilik abang.. jom princess papa..." ajak syed afzan dengan nada lembut.  Mereka hanya menurut tanpa bersuara.

Sywd afzan tahu isteri dan anak-anaknya terkejut melihat dia memarahi setiausahanya.  Padan muka dia.  Siapa suruh tinggikan suara dekat isterinya yang tercinta.  Eh, cinta ke..? Adoii.. confuse..

Memang dari pagi tadi dia tidak suka melihat perangai mell yang tergedik-gedik itu.  Ada saja lagaknya yang seolah-olah ingin menarik perhatiannya.  Bukan setakat menjolok mata, biji mata pun boleh terjolok sekali jika melihat pakaiannya. 

Kalau lelaki lain mungkin akan seronok dapat cuci mata setiap hari bila dapat setiausaha begitu.  Tetapi tidak dia.  Dia melihat wanita dari dalamannya. Bukan berlandaskan luaran semata-mata. 

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bab seterusnya akan bermula konflik antara mereka.😈😈  Make sure prepare your mental & fizikal k.. luv ya😘😘









Sinar CintamuWhere stories live. Discover now