"Gumawo sebab kau tolong betulkan kereta aku. Dan gumawo sebab dah selamatkan aku, dan sorry sebab aku pukul kau tanpa belas kasihan, mesti sakit en?"
Hana dok membebel didepan aku. Sejujurnya, yeoja yang aku suka dihadapan aku ni sebenarnya... Tua dari aku. Entah kenapa aku boleh dok jatuh hati ngan dia, mungkin sebab dia pernah tolong aku dari kes buli.
Betapa lemahnya aku dahulu.
Kira dialah hero aku. Lagipun, dia terkenal dikalangan tahun senior aku, dia pernah cipta rekod kasi masuk gol 30 kali time main bola sepak.
Dan sekarang, dia dah jadi wanita yang sebenar, dan bekerjaya. Untung siapa jadi suami dia. Haih~
"Jungkook?? YAHH JUNGKOOK!!!"
"Hah? Oh, a-apa kau cakap tadi?" gila aku mengelamun tadi duh.
"Tak pelah. Lupakan hal itu. Jadi, kau sekarang dah macam mana?" soalnya. Dan aku pelik dengan soalan dia tu.
"Macam mana apa?"
"Yelah, kehidupan kau sekarang ni.."
Dan ini membuatkan aku mengeluh seketika. Kopi dihadapan aku kurenung lama.
"Takde apa yang best. Tengah cari kerja.." kataku perlahan.
"Ouh, kau nak kerja ape?"
Patut ke aku bagitau kat dia yang aku nak jadi cikgu tadika? Bagitau jelah. Manatau dia boleh bantu aku ke apa...
"Erm, aku nak jadi cikgu.."
"Wah~ jadi cikgu? Cikgu ape?"
"Tadika.."
Maka suasana kekok lagikan sunyi menemani kami berdua haih ni yang aku tak lalu ni.
"pffttt HAHAHHAHHAHAHAH~"
Aku dah agak dia akan ketawakan aku. Tch, hina sangat ke kerja jadi cikgu tadika ni?
"Kalau kau nak hina aku, aku nak balik.." kataku lalu mengambil payung dan beg aku. Sial la.
"Weyh, ke-kejap lah. Jangan— HAHAH— nak lari— dul— HAHAHAHAHAH!!"
Aku kembali duduk sambil merenung dia yang gelakkan aku. Sumpah aku kata, ketawa dia tak ubah macam pontianak. Agak dalam 10 minit dia ketawa tanpa henti dan akhirnya reda juga.
"Dah puas ejek?"
"Belum. HAAHHAHHAHAAHA!!!"
Maka dia pun sambung selepas iklan 5 saat tadi. Siot la makcik sorang ni ergh!
🍃
"Okay, maaf. Maaf aku gelakkan kau tadi. Tapi— pfftt— lawak kot. Betul ke kau nak jadi cikgu tadika ni?"
"Kau nampak aku pakai macam badut ke nak buat lawak tak berbayar ni?" kataku dingin.
"Okay, okay sorry. Tapi, kenapa kau nak jadi cikgu tadika? Banyak kot peluang kerja lain yang mungkin sesuai untuk kau.."
Aku menggigit bibir bawah aku bila ku fikir sebab kenapa.
"Aku, aku nak tebus kesalahan aku dengan orang yang paling aku sayang sangat kat dunia ni.."
"Ouh, siapa? Awek kau eh?"
"...tak. A-Adik aku..."
"Adik kau? Maksud kau, Somi?"
Aku mengangguk lemah, tidak mampu untuk berkata. Hujan mula beransur reda diluar dan matahari mula timbul di langit.
"Macam mana dengan Somi sekarang? Mesti dia dah besar kan? Berapa umurnya tahun ni? Rindu pulak aku dengan dia..."
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018