Chapter 11: Kimbap

501 71 33
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Jungkook menghempaskan badannya diatas sofa sambil mengeluarkan phonenya dipoket. Baru sahaja dia ingin membuka phonennya, dia terdengar bunyi loceng dari luar.

Jungkook bangun dan melihat melalui corong lubang yang ada dipintu. Dia senyum bila dia melihat Hoseok di luar. Dibuka pintu itu dan dia terkejut bila melihat Hoseok dengan barang yang penuh ditangannya.

"Oh, hai Jungkook!"

Jungkook senyum dan mempersilakan Hoseok masuk, memandangkan Hoseok adalah abang Hana. Jadi dia tak kisah.

"Macam mana hari pertama kerja? Okay?" Soal Hoseok sambil duduk disalah satu sofa. Dia meletakkan barang-barangnya diatas meja.

"Okay... Yeah bolehlah." Jawab Jungkook selamba.

"Mana budak semua? Sunyi je?"

"Dorang... Tidur kat atas. Lepas habis makan tengah hari terus nak tidur. Kenyang sangat agaknya.."

Hoseok hanya senyum sambil membetulkan kaca matanya.

"Hyung nak minum? Aku boleh buatkan.."

"Macam orang gaji pulak kau kat sini. Takpe, aku tak lama pun. Aku datang cuma bawa ni je, dan oh! Pasal gaji kau..." Kata Hoseok sambil memandang Jungkook. Jungkook juga berfikir benda tu dari awal lagi.

"Jadi, kau nak gaji berapa?"

Jungkook memandang Hoseok dengan pandangan konfius.

"B-Berapa gaji??"

Hoseok menangguk sambil senyum. Jungkook merasa dia mula sayang kerja ni dan berfikir tentang gaji mungkin membebankan.

"A-Aku tak tahu la hyung... Hyung bagi jelah berapa asalkan,aku tetap dengan kerja ni. Aku dah mula sayang kerja ni, hyung. Kalau boleh, aku nak jaga dorang hingga lah dorang besar..."

Hoseok mendngar penuh perhatian dengan luahan Jungkook. Senyuman sinis terukir diwajahnya.

"Jungkook."

"Ye, hyung?"

Hoseok bngun dan duduk disebelah Jungkook lalu tangan kirinya memeluk leher Jungkook.

"Kau dok crush ngan adik aku en?"

Jungkook hanya mampu menelan liur dan tersengih, difikirannya macam-macam terlintas, hinggalah dia berfikir samada dia dah kunci pintu rumahnya atau belum sebelum dia sampai di rumah Hana.

🍃

"Okay, sampaikan salam sayang sayang kat anak-anak buah aku tau! Yang barang tu, Hana yang pesan kat aku suruh beli barang dapur, kot-kot kau nak masakkan untuk bakal anak-anak kau nanti kan.. heheh~"

Jungkook menoleh merenung barang-barang diatas meja itu. Mukanya sedikit merah bila Hoseok menyebut 'bakal anak-anaknya' tadi.

"O-Okay, hyung. Terima kasih."

Hoseok hanya senyum dan memakai kasut pejabatnya.

"Aku pergi dulu tau. Nanti, kau mesej kat aku nombor akaun kau dan nanti aku transfer sendiri duit kat situ. Okay? Okay dah byeeeee~" Jerit Hoseok terus berlari mendapatkan keretanya diluar pagar, meninggalkan Jungkook yang tak terkata-kata itu. Jungkook hanya menggeleng perlahan melihat perangai Hoseok yang tak pernah ubah dari dulu.

Dia menutup pintu rumah dan merenung kembali beg-beg berisi barang-barang dapur. Dia mengangkat semua beg itu masuk kedalam dapur.

Dia keluar semula dari dapur dan matanya tertancap di kaki tangga melihat Gyuha dengan frame gambar ditangannya. Jungkook cuba berlagak tenang, walaupun pada hakikatnya dia nak menjerit sebab terkejut.

"G-Gyuha..."

Gyuha hanya tunduk dan memeluk frame gambar itu. Jungkook perlahan-lahan menerpa Gyuha dan melutut dihadapannya.

"Gyuha... tak boleh tidur?"

Gyuha menggeleng perlahan. Jungkook nak sangat mendengar dia bercakap, dan ingin menyentuhnya... tapi dia agak ragu.

"Gyuha nak... minum?"

Gyuha menggeleng lagi. Gyuha berjalan perlahan kearahnya, masih dengan keadaan tunduk. Jungkook hanya diam membatu disitu dan memerhatikan gerak geri Gyuha.

Gyuha memberhetikan langkahnya dihadapan Jungkook, dan tangan kanannya meraih tangan Jungkook. Dia memegang tangan berotot itu dan diletakkan diatas kepalanya.

D-Dia nak buat camtu...

Gyuha menggerakkan tangannya, mengusap kepalanya. Jungkook yang melihat adegan itu terus mengusap kepalanya dan senyum. Dia menjauhkan tangannya, dan beralih kebawah dagu Gyuha.

"Gyuha, pandang ahjusii.."

Gyuha mendongak, dan kelihatan air mata bertakung dimatanya. Dia menepis air mata itu menggunakan ibu jarinya.

"Oppa Gyuha kat atas dah bangun?"

Gyuha menggeleng laju. Senyuman kecil terukir diwajahnya membuatkan Jungkook turut senyum lebar.

"Dah tak takut dengan ahjussi?"

Lama Jungkook mendapat jawapan iti, dan akhirnya Gyuha menggeleng perlahan. Jungkook sempat melirik frame gambar yang masih dipeluknya dan nak tahu apa isi gambar itu, tapi mungkin gambar peribadinya. Jungkook mula berfikir benda apa yang perlu dia buat untuk dia dan Gyuha.

"Gyuha nak kita buat apa sekarang? Cuba fikir..."

Gyuha pun berfikir, dan akhirnya dia mendapat satu idea. Dia menarik tangan Jungkook menyuruhnya bangun.

"K-Kau nak aku bangun?"

Gyuha mengangguk laju dan menarik lagi. Jungkook akhirnya bangun, dan Gyuha masih lagi menarik tangannya.

Dia nak suruh aku jalan kot...

Dia pun menurut apa yang Gyuha nakkan, hinggalah Gyuha menarik tanggannya hingga ke dapur.

Dia nak makan ke?

Gyuha berlari kearah meja dapur dan memanjat kerusi itu. Frame yang dia pegang diletak diatas meja dan Jungkook dapat melihat gambar itu. Jungkook berjalan menghampirinya dan merenung gambar seperti gambar satu keluarga.

Ini ke gambar keluarga dia? Aku boleh lihat kebahagiaan dalam keluarga dia.

Lamunannya terhenti bila Gyuha memukul-mukul lengannya.

"Gyuha nak apa?"

Gyuha mula buat gaya, dengan memimikkan cara menggulung, dan potong, kemudian membuat gaya makan. Jungkook mengambil masa yang lama untuk faham, akhirnya dia tahu apa yang dimaksudkannya.

"Gyuha nak makan.... kimbap??"

Gyuha mengangguk laju sambil senyum. Jungkook dapat melihat kegembiraan diwajahnya, membuatkan dia meraba kepalanya sekali lagi. Gyuha suka diperlakukan begitu menandakan dirinya disayangi.

Wajah dia persis dengan Somi. Rindu aku terubat disebabkan dia..

"Okay, ahjussi buatkan banyak-banyak untuk Gyuha. Tapi, kenalah tolong ahjussi. Okay?"

Gyuha memberi signal 'Okay' dan kemudian turun dari kerusi itu. Jungkook pun turut berjalan kearah peti sejuk, dan mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat kimbap. Tak lama kemudian, Jimin dan Taehyung turun dan mula menjerit.

"KAMI PUN NAAAAKKKK!!!!"

🌑🌑🌑

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now