"Mingyu... Kim Mingyu?"
Mingyu hanya senyum dan mengangguk.
"Ya, Jungkook."
Jungkook menelan liur bila melihat Mingyu atas bawah. Dia mengangguk lemah sambil merenung Mingyu.
Mingyu merupakan senior disekolahnya dan satu senior dengan Hana. Dia merupakan Kaptain bagi kelab Bola Keranjang waktu sekolah dahulu. Dia merupakan anak CEO bagi sekolah itu dan dia juga antara pelajar yang terbaik disekolah itu.
Jungkook waktu tu hanya setakat ikan bilis je kat sekolah.
"Jungkook? Jungkook??!"
"Hah? Uh... Ya.. M-Maaf..."
Mingyu menggeleng perlahan melihat Jungkook yang mengelamun. Dia melirik jam ditangan dan mengeluh ringan.
"Okay, Jungkook. Aku kena balik." Kata Mingyu lalu menoleh kearah anak-anaknya.
"Chim, Tae, Gyu... Meh sini.."
Mereka bangun dan berjalan menghampiri appanya. Mingyu melutut dihadapan mereka sambil senyum.
"Appa kena balik. Ada ker—"
"ALAAA DADDY JANGAN LAA BALEEEKKK~!!"
Mingyu hanya senyum melihat gelagat anak-anaknya. Gyuha yang hanya diam segera dia memeluk leher appanya.
"Tak boleh, sayang. Appa ada banyak kerja kat pejabat.."
Gyuha menggeleng laju kepalanya sambil mengeratkan lagi pelukannya. Jungkook yang masih berdiri kaku di dekat pintu hanya mampu mengetap bibir.
Sakit pulak mata aku tengok adegan ni...
"Alaa appa tinggal lah lama sikit kat sini~ appa jarang jumpa eomma tau!" Kata Jimin sambil memeluk bahu Mingyu. Taehyung juga taknak ketinggalan dan memeluk tubuh Mingyu.
"Appa nak sangat tapi appa banyak kerja.. Kan dah ada Jungkook ahjussi yang boleh jaga kamu.. Boleh lah main dengan dia.."
Gyuha yang mendengar luahan appanya itu menggeleng perlahan. Dia mula merasa airmatanya bertakung.
Gyu taknak... Appa.
"Appa janji, minggu depan kita keluar jenjalan lagi. Nak?"
"Alaa appa kenapa tak esok?" Rayu Taehyung pula.
"Esok appa kena pergi Jeju. Appa tak boleh nak tolak. Chim dan Tae dah besar, boleh faham kan?"
Jimin dan Taehyung masing-masing mengangguk perlahan. Mingyu hanya senyum melihat sisi positif anak lelakinya. Dia merasa pelukan kembarnya dileraikan.
"Janji tau.."
"Appa janji, Chim."
Jimin hanya senyum apabila appanya mengusap kepalanya. Pelukan Gyuha belum lagi dileraikan membuatkan Mingyu mengeluh.
"Gyu..."
Gyuha menggeleng laju.
"Dengar dulu appa nak cakap."
Gyuha perlahan-lahan melepaskan pelukannya dan memandang wajah appanya dengan air mata yang masih bertakung.
"Maafkan appa sebab tak dapat nak luang masa bersama. Appa janji, segalanya akan baik sepertu dulu. Tapi, sebelum appa balik, appa nak tengok hadiah kegemaran appa.."
Gyuha melemparkan senyuman manis, walaupun dalam hatinya amat berat untuk melepaskan appanya. Mingyu membelai pipi Gyuha dan mencium ubunnya.
"Ah~ appa Chim nak jugak!!"
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018