"K-Kenapa tak dengar suara oppa?"
Ayat dari Yoonji itu membuatkan Jungkook kelu untuk respon.
"Erm, kita masuk dulu... okay? Jom.." ajaknya lalu membuka pintu wad itu untuk masuk. Mereka bertiga masuk, meninggalkan Taehyung dan Gyuha di luar.
"Gyu! Kita main kat taman nak?"
Gyuha menggeleng laju tanda tak mahu.
"Alaa.. tak jauh pun. Jom. Jom? JOMMM~!!" katanya lalu menarik tangan Gyuha yang dah tak sempat nak buat apa-apa.
***
Yoonji merenung abangnya yang masih dalam keadaan sama, masih belum sedarkan diri.
"Ahjussi, kenapa Gi oppa tak sedar lagi?"
Jungkook menggaru kepalanya yang tak gatal, tidak tahu nak jawab apa.
"Mungkin, Yoongi tengah tidur. Yoonji kena sabar eh? Tak lama lagi sedar lah tu.." jawabnya sambil mengeluh. Yoonji hanya mengangguk perlahan, sambil memegang tangan Yoongi.
Jimin dibelakang, segera menerpa Yoonji dan memegang bahunya.
"Ji sabar tau! Jimin yakin, Yoongi ahjussi pasti sedar!"
Jungkook yang duduk disebelah katil Yoongi, berhadapan dengan Yoonji mengangkat keningnya. Jimin perasan kelakuan itu membuatkan dia turut memandang pelik.
"Ape?"
"Heh, pehal... 'Jimin'?"
"....Pehal 'Jimin' ape?"
Jungkook hanya menggeleng sambil tersengih. "Takde pape lah."
"Ahjussi pehal?"
"Aku kata takde pape—"
Beep beep beep beep beep beep
Ayat Jungkook terhenti bila alat dari ECG tiba-tiba berbunyi laju. Jungkook memandang alat itu ditepinya membuatkan dia kaku.
"A-Apa jad—"
"Jungkook ahjussi!! G-Gi oppa—"
Jungkook menoleh kearah Yoongi yang tiba-tiba susah untuk menarik nafas. Jungkook mencari butang kecemasan di dinding itu lalu menekannya beberapa kali.
"Duhh pehal tak ada langsung muncul!!"
Jungkook masih lagi menekan butang itu dan dia dah pasrah.
"J-Jimin, tengokkan Yoongi ahjussi, aku nak keluar cari doktor."
"O-Okay.." jawab Jimin cemas dan melihat Yoonji disebelah turut cemas.
"G-Gi oppa..."
Jungkook keluar dari wad dan menjerit memanggil doktor dan jururawat yang ada disitu.
"Nurse! Nurse! Doktor!!"
Jungkook menoleh diruang menunggu, tempat dimana Taehyung dan Gyuha duduk tadi. Matanya membulat bila melihat mereka dah tiada disitu.
Duh dorang pergi mana pulak ni..
Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus berlari keluar, mencari kelibat mereka berdua.
Hana yang dari jauh berlari dari hujung hallway itu sempat melihat Jungkook lari dan membelok ke kanan.
Pehal Jungkook lari tu?
Lamunannya terhenti bila salah satu jururawat memanggilnya.
"Doktor! Pesakit alami denyutan nadi yang lemah!"
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanficJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018