Yoongi baru sahaja selesai pemindahan darah dan pembedahan bahagian otak untuk mengeluarkan darah beku yang bersarang. Kompilasi tiada berlaku membuatkan Hana, selaku ketua pasukan bagi pembedahan Yoongi menarik nafas lega.
"Uruskan selebihnya.."
"Baik, Dr. Jung.."
Hana keluar dari bilik bedah selesai jururawat menolongnya untuk menanggalkan segala pakaian bedah dan kelengkapan lain. Dia berjalan menuju ke sinki dan menyuci tangannya.
Dia merenung dirinya dicermin sambil menarik nafas lega. Pembedahan yang sekejap dan tanpa gangguan itu membuatkan otaknya ligat berfikir.
Aku tak tahu sama ada Gyuha nanti akan berjaya macam tadi..
Dia mengambil tuala ditepi dan mengelap tangannya dan kemudian keluar dari dewan pembedahan itu.
Sambil dia berjalan, dia mengeluarkan phonenya di poket kot putihnya dan mencari kenalan Jungkook.
You.
Pembedahan Yoongi dah berjaya.Mungkin kau boleh bawa Yoonji jumpa dengan dia lepas ni.
Kau kat rumah?
Jungkook.
Ye aku kat rumah.Gumawo Hana-ssi.
Nanti aku bawa Yoonji ngan dorang sekali lepas balik sekolah.
Dashi gumawo :)
"Sama-sama.." bisik Hana sambil senyum, dan bergegas ke pejabatnya untuk tenangkan fikiran.
🍃
Jungkook duduk mencangkung ditepi longkang sambil menunggu mereka semua balik dari sekolah. Jari jemarinya ligat bermain Superstar BTS yang baru sahaja dia download tadi.
"Sakai betol lah game ni. Cam tahi petuih!" rungut Jungkook yang berapa kali tak pass bermain di Easy Mode untuk lagu DNA.
"Pehal la Namjoon hyung offer aku game ni? Dah le kena kumpul kad yang entah pape. Kalau gambar aku ke, kad kredit ke takpe lah juga duh." rungutnya lagi tapi jarinya masih lagi bermain di atas skrin itu.
Bunyi loceng dari sekolah itu membuatkan phonenya hampir terjatuh ke longkang yang deras dan penuh dengan berudu itu. Siap tikus buat sunway lagoon lagi kat situ.
"Ni lagi loceng satu. Nasib baik phone aku yang fantastic bebeh ni tak jatuh ngok betol lah. Kuss semangat~" rungut Jungkook lagi sambil bangun, menunggu kemunculan anak-anaknya yang amat dia sayangi...
Dan pada masa yang sama buat tekanan jiwa tahap gaban.
"Ah! Jus! SHIIIII~!!" jerit Taehyung sebaik sahaja dia keluar dari pagar sekolah dan terus memeluk kaki Jungkook.
Kira dia lah orang pertama yang keluar kalau loceng balik berbunyi.
Gyuha turut berlari dan terus memeluk kaki Jungkook bahagian kanan.
"Kaki tokki best kan?" kata Taehyung sambil tangan dan kakinya melekat di kaki Jungkook.
Gyuha hanya mengangguk sambil memeluk erat kaki Jungkook.
"Woi. Kaki aku bukan bantal nak dipeluk."
"Alaa tokki kejap lah! Rindu ni!!"
"Banyak la kau! Dah, mana Jimin?" soal Jungkook setelah perasan Jimin tidak ada bersama mereka.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018