Waktu pagi dimana Hana membawa Gyuha ke medical check-up, meninggalkan kembar itu dirumah bersama Jungkook buat sekian sekejapnya.
"JIMIN KAU BUDAK GENDUT TAK GUNAA!!!"
"AHJUSSI BUNCEETT!!!"
Jungkook mengejar Jimin yang berlari terhenjut-henjut di belakang rumah yang agak luas. Satu badan Jungkook penuh dengan tepung tu dan dia mengejar Jimin sebab dia tahu, hanya dia sahaja yang pernah buat macam ni beberapa hari yang lalu, benda yang sama dan dia akui perbuatannya itu. Habis baju dan jeans hitamnya diselaputi oleh tepung.
Taehyung yang berjalan sambil memakan biskut chipsmore menjenguk kebelakang pintu mencari kelibat Jimin yang tiba-tiba menghilang. Pandangannya tertancap pada mereka berdua yang tengah berlari mengelilingi halaman rumah itu.
"TAE NAK IKOTTTT~!!!"
Taehyung pun turut berlari ditengah belakang halaman rumah itu dan melihat Jungkook sedang mengejar Jimin, dia pun turut mngejarnya.
"YAH TAEHYUNG PEHAL KAU KEJAR AKUUU~!!!"
🍃
Mereka bertiga baring diatas rumput belakang rumah dengan nafas turun naik laju akibat penat.
"Oh? Tokki? Kenapa dah jadi putih?" Soal Taehyung yang baru perasan bajunya masih diselaputi oleh tepung.
"Tanya kembar kau tu. Dia yang buat aku camni.." Jawab Jungkook selamba sambil menutup matanya.
Taehyung menoleh kearah Jimin yang turut memejam erat matanya.
"Weyh, apa kau buat?" Bisik Taehyung.
"Aku buat prank macam minggu lalu..." Jawab Jimin bisik. Taehyung hanya mengangguk sambil memegang dagunya.
"Kejap.." Taehyung bangun dan disedari oleh Jimin.
"Kau nak pi— lantak aa.." Jimin kembali menutup matanya sambil menikmati angin yang bertiup sederhana itu.
(Beberapa minit kemudian~)
"YAAYYY~!!"
"ARGH— petuih!! Pfftt~ a-apa neh??!"
Sekali lagi badan Jungkook penuh dengan tepung. Tapi kali ni, tepung koko diguna.
"KEK COKLAT YAYY!!"
🍃
Jungkook keluar dari tandas sambil mengelap rambutnya yang basah. Tuala putih hanya menutup dibahagian bawahnya dan badannya masih lagi basah dan kelihatan air masih menitis dari rambutnya.
Tak guna toyol kembar tu duhh..
Dia merenung baju dan seluarnya yang dah diselaputi dengan tepung putih dan coklat sambil mengeluh. Dia mengambil baju hitamnya lalu dikibasnya dan berterbangan segala tepung yang masih tersisa.
Apa aku nak pakai~
Jungkook diam merenung sambil bercekak pinggang. Ideanya muncul dengan spontannya lantas mengambil telefonnya lalu mendail seseorang. Dengan dua kali 'beep' panggilan disambut.
"Hello."
Jungkook menjauhkan devicenya dari telinganya bila mendengar suara budak perempuan dibalik telefon itu. Dia mendekatkan telefonnya balik ke telinganya.
"Er.. Ni, Yoonji eh?"
"Hmm."
Duhh perangai abang adik sama je.
"Uhm, Yoongi ada?"
"Ada. Kejap."
"Oh, oka—"
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018