Jimin berjalan keseorangan di satu hallway di sekolah. Dia baru sahaja berjumpa dengan saem di bilik guru dan sekarang dia berjalan menuju ke kelas.
"Haii~ Jiminnn~"
Langkah Jimin terhenti dan memegang bukunya erat bila mendengar suara itu. Suara yang amat dia kenali, kalau nak dengar suara tu menyanyi sah pokok kelapa kat tepi padang dah botak esok pagi. Suara yang tak lain tak bukan...
Anak tambi Soskop.
Seungcheol berjalan girang macam Dora yang entah pape ditengok buat sakit hati je menerpa Jimin dengan girangnya.
"Kau dari jumpa cekgu eh?" soal Seungcheol inesen sambil menepuk bahu Jimin. Jimin hanya mengangguk perlahan sambil mengetap bibir.
"Oh? Kau... takut ngan akuw kew?" soal Seungcheol lagi, kali ni dengan nada yang manja. Macam nak kena cepuk pun ada.
Jimin hanya diam membatu, tidak menyahut soalan Seungcheol itu. Seungcheol hanya senyum sinis dan membisik ditelinga Jimin.
"Kalau kau kalah dalam pertandingan tu, jangan lari dari aku tau! Kau sayang aku kan?"
Jimin masih lagi diam membatu membuatkan Seungcheol geram. Dia memegang pipi chubby Jimin itu dan menganggukkan kepalanya kasar. Air mata Jimin mula kelihatan bertakung.
"Haa, camtu kalau nak jawab soalan aku, gemok! Dah, blah ah!" Bentak Seungcheol lalu menolak tubuh Jimin kedinding. Dia meninggalkan Jimin disitu sambil menyanyi keriangan.
Tanpa mereka sedar, Yoonji memerhati mereka membuatkan dia menggenggam buku limanya, geram. Dia segera menerpa Jimin yang dah pun menangis teresak-esak didinding.
"Weyh. Gwaenchana?"
Jimin perlahan-lahan mendongak dan merenung Yoonji. Matanya membulat dan dia segera bangun, dan terus berlari meninggalkan Yoonji disitu.
Yoonji hanya kaku diam disitu, merenung Jimin yang meninggalkannya.
"Tch, gila."
🍃
"Weyh, weyh weyh Chim! Kau okay tak? Kenapa tarik aku sampai kat depan tandas ni?" soal Taehyung sambil meraba pergelangan tangannya.
Nafas Jimin turun naik laju dan matanya meliar kesana kemari.
"T-Tae.."
"Hmm?"
Jimin menarik nafas dalam dan mengusap pipinya.
"T-T-Tadi, C-Chim jumpa S-Seungcheol..."
Taehyung terus memegang lengan Jimin erat. "Apa dia buat kat Chim?" bisik Taehyung dingin sambil merenung anak mata Jimin. Jimin mengalihkan pandangannya melihat sisi gelap Taehyung itu.
"Jimin.."
Jimin memejam erat matanya sambil mengetap bibir. Taehyung dah fed up menunggu dan terus melepaskan genggamannya.
"Memang nak kena anak tambi tu—" Baru sahaja Taehyung ingin menyerang Seungcheol, Jimin dah pun menghalangnya.
"J-Jangan, Tae. C-Chim taknak Tae kena rotan oleh s-saem.." bisik Jimin lembut. Taehyung perlahan-lahan menoleh kearah Jimin sambil memegang pipinya.
"Tapi Tae taknak anak tambi tu buli Chim lagi! Tae taknak... dia buli hyung!"
Mata Jimin membulat bila mendengar Taehyung memanggilnya hyung... sejak sekian lamanya.
"H-Hyung?"
Taehyung beri box-smile yang menjadi kegemaran Jimin sambil ibu jarinya mengelap air mata Jimin yang mengalir.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018