lama aku tak update ")
"C-Chim tak tahu..."
Jungkook mengeluh ringan mendengar pengakuan Jimin itu.
"Takkan... Takde satu pun?"
Jimin menggeleng perlahan.
"Takpe, Jimin. Nanti kita cari bakat apa yang ada dalam diri Jimin. Jangan putus asa tau! Ahjussi yakin mesti ada sekurang-kurangnya satu dalam diri kau." Kata Jungkook cuba untuk menaikkan semangat Jimin.
"Dah. Ada kerja rumah tak?"
Jimin mengangguk perlahan.
"Okay, Jimin ambil kerja rumah tu, bawa turun. Taehyung dan Gyuha dah lama tunggu kat bawah. Kita buat homework sama-sama."
"B-Baik, ahjussi..."
Jungkook senyum tidak lupa mencium kepala Jimin membuatkan muka Jimin terasa panas. Jungkook kemudian berlalu pergi, meninggalkan Jimin seorang diri dibiliknya.
"A-Appa dah lama tak buat macam ni kat Chim..." Bisik Jimin sambil meraba kepalanya. Dia tersengih, dan kemudian mencari homework matematiknya yang merupakan musuh yang utama baginya.
***
"Tae nak berlakon!" Jerit Taehyung tiba-tiba.
"Berlakon? Untuk apa?" Soal Jungkook terpinga-pinga.
"Untuk pertandingan bakat tu lah... Tae nak jadi pelakon! Macam Kim V!"
"Huh? Kambing? Sape?"
"Ish, Kim V lah! Tokki tak kenal ke sape Kim V tu?"
Jungkook menggeleng gigih.
"Kesian tokki. Tak pernah tengok tv ke?"
Ayat Taehyung itu membuatkan Jungkook naik angin.
"Tch, buat pe aku nak tahu Kim V—"
"Perlu lah tokki! Dia kan... Dah le pandai nyanyi. Pandai berlakon, hensem lagi argh! Mesti tokki jatuh hati kat dia huhuu~"
Jungkook hanya mengia-iakan sahaja luahan Taehyung sambil merenung buku kerja Gyuha.
"Aish tokki dengar tak?!"
"Duh dengar la. Aku tak minat natang gay ni semua." Jawab Jungkook dingin membuatkan Jimin dan Taehyung memandang sesama sendiri. Jungkook yang perasan kesunyian itu segera memandang mereka.
"pehal?"
"Ahjussi, natang gay tu ape?"
Maka Jungkook pun berfacepalm diri sendiri.
🍃
"Ahjussi! Biar Chim yang buat!" Jerit Jimin disebelah Jungkook sambil menarik-narik bajunya.
"Boleh ke?"
"Mestilah! Chim selalu bantu eomma basuh pinggan lepas makan. Boleh ye?" Jimin mula buat puppy-eyes yang memang tak boleh blah.
"Hmm, yelah—"
"Tokki!! TOLONG TAEEE!!!" Jerit Taehyung pula kat atas membuatkan Jungkook mengeluh.
"Okay, hati-hati dengan piring gelas kaca tau. Jangan banjir pulak."
"Ye, ahjussi. Dah, Tae panggil dari tadi duh bingit lah!"
Dan Jungkook pun lari naik keatas, memeriksa apa yang berlaku.
Jimin menarik kerusi di meja makan lalu ditolaknya, hingga dihadapan sinki. Dia memanjat gigih walaupun berapa kali jatuh sebab kerusi yang agak tinggi baginya.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018