Chapter 18: Karya agung

430 56 18
                                    

"Ahjussiii~"

Jimin mengusik Jungkook yang sedang tidur diatas sofa. Air liur basi laju mengalir bak longkang belakang rumah-

Eww.

Taehyung, dan Jimin merenung Jungkook yang masih tak buka matanya.

"Agaknya dia tengah mimpi kot~" Bisik Jimin sambil menyucuk-nyucuk pipinya.

"Chim, cuba tengok gigi dia. Heheh comel~" Bisik Taehyung yang cuba mengusik gigi Jungkook yang terdedah itu. Jimin menarik telinga Taehyung tiba-tiba dan membisik sesuatu.

"Popekpopekpopek~ pastu popekpopekpopopekpopekk haaa~ amacam?"

"Okay, aku setuju. Tunggu kejap." Taehyung berlari naik keatas menuju kebilik eommanya, dan kemudian turun semula dengan benda ditangannya.

"Nah! Aku cuma ada ni je. Boleh ke?"

Jimin menoleh dan melihat satu marker di tangannya. Jimin memandang pelik.

"Apa tu?"

"Entah." Taehyung membelek marker itu. "Agaknya, pen tebal kot."

"Haa.. Boleh lah." Jimin mengambil marker permanent itu dan memandang Taehyung lagi. "Eh, habis... Kau guna ape?"

Taehyung mengukir senyuman sinis dan tangan kiri yang dia sorok kat belakangnya dikeluarkan.

"Aku ada cat. Dan berus."

"....ah~ boleh la tu."

Taehyung senyum girang dan duduk ditepi Jimin.

"Okay, mula-mula kat sini dulu..."

🍃

Gyuha turun dari atas mencari abang-abangnya yang tiba-tiba senyap di petang hari. Matanya tertancap pada abang-abangnya yang duduk tertunduk-tunduk sambil gelak kecil. Kepalanya dilentok ke kiri, pelik dengan apa yang dia lihat.

Dia melangkah tanpa bersuara kearah abang-abangnya, dan menepuk bahu Jimin. Jimin menoleh dan senyum melihat Gyuha.

"Hai, Gyuha! Jom, join kitorang!" Kata Jimin. Taehyung menarik tangan Gyuha untuk berdiri disisinya. Mata Gyuha membulat bila melihat muka Jungkook penuh dengan kesan marker dan warna-

Dan Jungkook masih lagi tenang tidur mati diatas sofa.

"Nah, Gyu! Coret muka tokki~ heheh~" Bisik Taehyung lalu menghulurkan cat merah kearahnya. Gyuha menggeleng laju tanda tidak mahu.

"Tak mau? Okay." Kata Taehyung lalu menyambung kerjanya.

Gyuha mula cemas melihat keadaan sekarang. Dia menarik tangan Taehyung membuatkan Taehyung menolehnya.

"Apa?"

Gyuha menggeleng laju, memberi isyarat 'jangan' kearahnya.

"Alaa... Bukan dia tahu punn~" Bisik Taehyung lagi lalu menyambung kerjanya. Gyuha mengeluh ringan dan bangun, kemudian menarik tangan Jimin lagi.

"Ah~ Gyu jangan lah ganggu Chim!" Rungut Jimin dan menarik lengannya balik dan sambung kerjanya lagi.

Gyuha bangun dan berjalan kearah belakang mereka berdua dan menarik baju mereka. Jimin dan Taehyung masing-masing menoleh kearah Gyuha yang mengganggunya.

Gyuha menggeleng laju kearah mereka berdua sambil mulutnya memimik 'a-ni-yo' ke arah abang-abangnya.

"Jap, sikit je lagi." Bisik Taehyung dan sambung kerjanya. Gyuha mengeluh berat dan dia dah tak larat untuk menghalang mereka. Tiba-tiba, satu suara dari arah luar membuatkan si kembar itu berhenti dari kerja terkutuk itu.

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now