Chapter 8: Berkenalan

523 84 44
                                    

Jimin berlari keluar diikuti oleh Taehyung dibelakang. Mereka sedang bermain kapal terbang. Mereka mendepakan tangan mereka dan berlari mengelilingi ruang tamu. Jungkook yang terkejut melihat dua orang budak lelaki hanya diam menggigit bibirnya.

Oh tidak ni ke anaknya? Cepatnya dah ada dua...

Jimin mula mengeluarkan bunyi 'wheee~ whooo~ whiiuuu~' diikuti oleh Taehyung yang menambah bunyi 'vrroommm~ beekkk~ kiyaaakkk~' sambil berlari. Pandangannya tertancap pada Jungkook yang duduk kaku diatas sofa, lantas dia memberhentikan permainannya.

"A-Annyeongg~" Tegur Jungkook sambil melambai kearah Taehyung bila dia perasan Taehyung memerhatinya tanpa ada perasaan yang tertera diwajahnya. Jimin yang sibuk berlari tidak melihat Taehyung didepannya lantas dilanggarnya.

"Duh kau ni! Tak tengok jalan ke??" Bentak Jimin.

"Eleh. Dia yang tak nampak titew kat sini bwekk~"

Jimin memukul lengan Taehyung dan Taehyung pun membalas. Jimin menolak tubuh Taehyung hingga jatuh dan berada diatasnya. Dia meragut kolar baju Taehyung dan menjerit dengan high-pitchnya

"DALAM CITE NI AKU HYUNG KAU ALIEN DURJANA!!"

Taehyung tidak mahu mengalah malah dia menggulingkan tubuh Jimin hingga Jimin berada di bawah Taehyung.

"BIRTHDAY KITA SAMA DAN AKU BENCI DENGAN KENYATAAN ITU!!! KAU... BUKAN...HYUUNGGG AKUUU!!!"

Jungkook yang melihat kekalutan itu segera dia menerpa mereka dan meleraikan pergelutan itu.

"Dah.. Dah—"

"KAU ALIEN TAIK!!"

"KAU GUNDUT JELEK!!"

Walaupun tubuh mereka menjauh, tapi masih juga bertikam lidah dan masing-masing cuba acah-acah tumbuk ke udara. Jungkook hanya mengeluh ringan, masih lagi mnghalang mereka dari terus bertelingkah.

"Okay, okay dah.. Tak baik gaduh-gaduh tau.." Kata Jungkook lembut. Mereka mula diam, dan masing-masing taknak berpandangan sesama sendiri.

Tidak lama kemudian, Hana datang bersama dulang berisi air di jag dan beberapa gelas serta satu piring sandwich tuna. Hana mula cemas melihat Jungkook berada di tengah anak-anaknya.

"Jungkook?? Kenapa ni? Chim? Tae? Kenapa?"

Mereka tak menyahut, masih dengan keadaan yang sama. Apabila Hana meletakkan hidangan itu diatas meja, Jimin dan Taehyung segera berlari mendapatkannya.

"Woah eomma nak satuu!!"

"Nak semuaa!!"

Hana hanya senyum sambil mengusap kedua kepala anak-anaknya.

"Ini untuk ahjussi tu, sayang... Hormat tetamu, okay?"

Mereka dua mengangguk sambil memuncungkan bibir mereka. Jimin yang melihat Taehyung buat begitu segera dipukulnya.

"Aargh! Apa ni maen pukul-pukul!!" Jerit Taehyung sambil mengusap lengannya.

"Aku buat begitu dulu! Jangan nak ikut-ikut lah!!"

"Eh, manade!! Aku yang buat dulu!!"

"Tak!!! Aku yang keluar dulu dari perut eomma dan aku yang buat dulu!!"

Dan mereka sekali lagi mula bergaduh dan mencekik antara satu sama lain.

"Hey, hey sudah!! Apa ni?? Kita ada tetamu. Kamu dua, pergi naik atas." Arah Hana dan masing-masing menggeleng.

"Kalau taknak, duduk disitu diam-diam. Kalau taknak juga, kamu dua tak dapat makan sandwich ni."

Jimin dan Taehyung segera berlari dan memanjat kerusi sofa dan duduk diam macam budak baik. Hana memusing badannya dan menghadap Jungkook.

"Jungkook? Buat pe berdiri kat situ? Jom, kita makan sandwich ni sama-sama. Aku tau kau belum sarapan lagi kan.."

Jungkook hanya mengangguk dan duduk diatas sofa. Hana menuangkan air di gelas sambil dia menghulurkan sandwich kearah Jungkook. Jungkook mengambil satu dan menerima satu keluhan lega dari Jimin dan Taehyung.

"Nasib baik dia tak ambil semua." Bisik Jimin.

"Kannn~ aku nak makan sandwich tuu~" Bisik Taehyung lagi. Hana hanya menggeleng sambil senyum dan menghulurkan sandwich kearah mereka.

"Nah, ambil lah.." Kata Hana dan Jimin mengambil satu potong.

"Tae? Kenapa tak ambil?"

"Uhm, Tae nak dua?" Kata Taehyung sambil jarinya menghala tiga.

"Itu tiga lah, Tae. Ambil lah."

"Aa~ eomma!! Chim nak dua juga!!"

Hana hanya mengangguk dan Jimin pun mengambil lagi sandwich lalu memakannya dengan penuh nikmat.

Gyuha di pintu dapur hanya mampu diam merenung. Dalam diam, dia mengalirkan air matanya dan teresak-esak dalam senyap. Dia menepis air matanya sambil melihat Jungkook sedang berborak gembira bersama eomma dan abang-abangnya.

Appa... Gyu rindu a-appa...

🍃

"Chim, mana adik kamu?" Soal Hana sebaik sahaja dia perasan Gyuha tiada disampingnya macam selalu.

Jimin mendongak sambil memakan sandwich.

"Nwi odo kat shebelah Him!!" Katanya dengan makanan penuh dimulut sambil menuding jari kearah Taehyung.

"Eh, aku bukan adik kau lah!" Kata Taehyung sambil menjilat jarinya.

"Bukan, maksud eomma... Gyuha. Mana Gyuha? Ada nampak tak?"

Hana menerima gelengan laju dari anak kembarnya. Hana mengeluh ringan sambil memandang Jungkook.

"Jungkook. Jagakan mereka ya? Aku nak naik atas cari anak aku lagi satu.."

Jungkook hanya mengangguk dan kemudian memandang si kembar yang duduk termenung.

"Chim? Tae?" Kata Jungkook bisik dan menerima jelingan maut dari mereka.

"Ahjussi ni sapa nak panggil kami camtu?" Kata Jimin dingin.

"Hmp! Eomma dan appa je yang boleh panggil kami camtu. Ahjussi tak dikenali, tak boleh!!" Sahut Taehyung sambil menghalakan tapak tangannya ke arah Jungkook.

"Okay, sorry. Jadi, nama kamu siapa?" Soal Jungkook lembut. Jimin memandang Taehyung dan begitu juga dengannya. Masing-masing memberi isyarat pelik yang membingungkan.

"Okay, okay dah. Ahjussi kenalkan diri dulu tau. Namaku, Jeon Jungkook."

Jimin dan Taehyung memandang pelik kearah Jungkook.

"John? Eh, nama dia John lah! Macam Johny Deep!! Dan dia ARGHH TOKKI!!!" Jerit Taehyung sambil menggigit jarinya. Dia tak boleh tahan bila dia tengok arnab. Tak kisah arnab tu, orang ke, patung ke, even arnab yang betul pun, kalau dia jumpa, dia mesti akan peluk hingga arnab-arnab itu penyek dibuatnya.

Jimin membisikkan sesuatu ketelinga Taehyung dan Taehyung mengangguk laju.

"Okay! Nama aku, Taylor Kimmy dan nama dia Jimmy Parkingston!! Selamat berkenalan, John Jongkong!!" Kata Taehyung sambil mempamerkan box-smilenya. Jimin hanya senyum sinis ditempat duduknya.

Jungkook hanya memerhati mereka dengan beribu perasaan yang terpampang diwajahnya. Dia hanya menggeleng perlahan melihat perangai anak-anak Hana.

Duhh camne aku nak jaga dorang kalau sebut nama aku pun tak pass...

🌑🌑🌑

So, saya akan update satu chapter SETIAP HARI jam 7 malam keatas 😂 macam biasa heheh so~

THANK YOU~ 💞

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now