Chapter 13: Yoongi??

518 68 52
                                    

Hari isnin.

Hari dimana Jungkook menjalani tugas baharunya iaitu...

Menghantar Jimin Taehyung dan Gyuha ke sekolah tadika, setelah habis cuti mingguan mereka hari Sabtu dan Ahad.

Dan ini cukup membebankan baginya sebab anak kembar itu amat liat untuk bangun pagi. Gyuha dah sedia duduk terpacak kat meja dapur sambil makan roti jem strawberry. Jungkook hanya menjeling kearah Gyuha yang hanya senyap memakan rotinya.

Hana awal subuh dah berangkat kerja disebabkan ada hal kecemasan yang berlaku dihospital. Jadi, tepat pukul 5 pagi Hana dah call Jungkook untuk datang kerumahnya, mengurus segala keperluan anaknya. Jungkook dengan belum mandi, gosok gigi pun belum, masih dengan baju tidur dia lagi dah datang kat rumah Hana.

"JIMIN!!! TAEHYUNGGG!!! DAH SIAP KE BELOOMMM~!!!" Jerit Jungkook dari bawah setelah selesai menyiapkan sarapan pagi. Segala bekal yang bakal dibawa oleh bakal anak-anaknya turut tersedia. Nasi dan Bulgogi, Kimchi dan Kimbap menjadi makanan bekal mereka.

Jungkook naik keatas dengan apron pink dan polkadot hitam masih melekat dibadannya.

"Ni dah kali kelapan aku kejutkan. Kalau kali ni dorang tak bangun, siap la aku kerjakan nanti.." Bebel Jungkook sorang diri sambil menguap, sambil dia menghitung anak tangga disitu. Baru sahaja kakinya sampai ditingkat dua, dia mendengar bunyi tapak kaki berlari dan itu dimana Jimin dan Taehyung mula berkejaran turun tangga, tidak mempedulikan kewujudan Jungkook di tepi tangga.

"YAY CHIM LAMBATTT!!!"

"Tak guna."

Jungkook kembali turun semula menuju kedapur dan melihat mereka sedang duduk dimeja makan.

"Okay, makan dulu pastu kita gerak. Kau nak apa?"

"Aku nak—"

"Bukan kau la gendut. Aku cakap kat Taehyung."

Jimin hanya memuncungkan bibir bawahnya, disaksikan oleh Taehyung di sebelah yang dok mengejek dia.

"Uhm, aku nak roti kacang!!"

Jungkook mengangguk dan menyapukan jem kacang ke roti, lalu diberikannya kepada Taehyung.

"Hah, barulah kau. Kau nak apa?" Soal Jungkook. Jimin hanya dok bersilang tangan didada sambil menoleh kearah lain.

"Okay. Aku tau kau nak roti ngan sayur bayam kan? Okay—"

"Eh, tak TAK NUU AHJUSSI TAMAUUU~" Jerit Jimin sambil merengek dikerusinya. Jungkook hanya senyum sinis dan memberikan roti berisi jem coklat kepadanya. Jimin memandangnya pelik.

"Jem coklat. Nah."

Jimin mengambil roti itu dan menggigitnya perlahan. Jungkook hanya tersengih melihat dia makan dengan tangannya yang chubby memegang roti dengan kedua tangannya...

Heheh comel~

Jungkook menyumbat roti berisi sayur salad dan mayonis ke dalam mulut sambil merenung bakal anak-anaknya yang duduk makan dengan rotinya. Kemudian, matanya melirik kearah jam yang dah pun menunjukkan pukul 7:55 pagi.

"Biasa eomma kamu hantar kesekolah, pukul berapa?" Soal Jungkook masih lagi matanya kearah jam itu.

"Tujuh setengah..." Jawab kembar itu serentak, membuatkan Jungkook mula tak keruan.

"....s-sekolah masuk pukul berapa?"

"Lapan..."

Jungkook membulatkan matanya bila mendengar pengakuan si kembar itu. Lantas dia bangun dan mendukung Jimin dan Taehyung, sekali lagi macam angkut guni beras dan menarik tangan Gyuha sekali.

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now