WARNING!! bab ni panjang. HAHAHA
"Eomma!!" jerit Jimin dan Taehyung membuatkan Jungkook yang tidak duduk tenang dikerusi segera menoleh. Dia lantas menerpa kearah Hana yang baru keluar dari wad kecemasan.
"H-Hana! M-Macam mana Y-Yoongi—"
"Bertenang, Jungkook. Yoongi masih belum sedar dari pengsan dan aku risau dia mungkin... alami koma."
"K-Koma??!" jerit Jungkook tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Hana hanya mengangguk, sambil tangannya mengusap kepala Jimin yang sibuk melekat dikaki ibunya.
"Kecederaan dikepala amat serius berbanding dengan anggota lain. Dan dia, alami banyak kehilangan darah. Jadi, aku sarankan untuk cari penderma darah jenis O negatif memandangkan... bekalan jenis darah itu tiada stok."
Jungkook hanya diam mendengar segala apa yang dijelaskan oleh Hana.
Darah aku jenis A. Yoongi nak darah jenis O. Negatif pulak tu argh~ mana aku nak cari?
Yoonji yang duduk diam ditepi Jungkook tadi menerpa Jungkook perlahan setelah dia mendengar apa yang dikata oleh Hana tadi.
"D-Doktor..."
Hana menoleh kearah Yoonji dan melutut dihadapannya.
"Ye, sayang?"
"S-Saya nak tengok o-oppa."
Hana hanya senyum sambil mengusap kepala Yoonji perlahan.
"Mari, saya temankan awak.." kata Hana perlahan sambil memegang tangan Yoonji.
"Eomma! C-Chim nak ikot—"
"Eit, tak payah! Orang perempuan je boleh pegi." tegur Taehyung sambil menarik baju Jimin. Hana dan Yoonji dah pun masuk kedalam, meninggalkan mereka semua.
"Ish! Tae ni no fun lah! Aku nak—"
"Dah, dah. Jom, kita balik. Korang belum makan lagi kan? Jom.." Jungkook berjalan meninggalkan ruangan kecemasan itu, sambil otaknya ligat berfikir.
Aku rasa aku tahu siapa boleh tolong..
🍃
Jungkook menolak tubuh Seokjin masuk kedalam dapur untuk elak bertembung dengan bakal anak-anaknya yang sibuk menyedok ais krim, ditemani Minghao dan Soonyoung diluar.
"Apa kau ni? Aku nak pergi kat kaunter kau pehal tolak aku sampai sini??" soal Seokjin sambil baju kemejanya diperbetulkan.
"Yoongi accident."
"Hah?"
"Dan aku nak darah O negatif kau untuk selamatkan dia."
"Hah?? Aku??"
Jungkook mengangguk laju sambil menggenggam tangan Seokjin. Nafas Jungkook turun naik pantas menggambarkan tahap gemuruh dia.
"Tapi, kenapa aku??"
"Kan darah hyung jenis O."
"Tapi Yoongi nak O negatif. Kalau aku punya O bahagi punca kuasa lima macam mana?"
Namjoon yang entah datang dari mana menerpa mereka berdua sambil menepuk dahi Seokjin bila mendengar kebodohan itu.
"Aish sakitlah!"
"Padan muka. Pehal kau bongok sangat ni?"
Seokjin hanya meraba dahinya sambil merenung tajam Namjoon.
"Apa yang bongoknya?"
"Darah O mana ada bahagi punca kuasa lima. Darah O cuma ada positif dan negatif jelah.."
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018