"Senang je. Yang kalah boleh move on. Yang menang, boleh teruskan.." kata Yoonji sambil bercekak pinggang. Mingyu dan Jungkook saling berpandangan.
"Jap, apa maksud kau?" soal Jungkook.
"Ni pertandingan merebut wanita gojes berkerjaya janda anak tiga iaitu Jung Hana menjadi isteri kepada suami mithali hekhek.." luah Yoonji.
"Pulak..."
***
"Okay, dah sedia?"
Mingyu tidak henti merenung Jungkook, begitu juga dia. Masing-masing berada ditengah gelanggang, Yoonji ditengah mereka memegang bola keranjang..
"Sedia untuk kalah, arnab sesat." bisik Mingyu sambil senyum sinis.
"Heh, kau yang sedia untuk cium kaki aku, unta."
Dia tepi gelanggang, Jimin dan Taehyung bercekak pinggang dihadapan Jihoon yang tetiba muncul disitu.
"Pehal kau kat sini hah?!" soal Jimin marah.
"Eh, suka hati aku lah nak pergi sini ke, pergi sana ke... kau sibuk pehal?" marah balik Jihoon sambil tangan disilang didada.
"Ei aku tak caye kau mesti ada agenda en? En? KANN??!"
"Kau diam lah! Kau fikir, apa agenda aku kat sini?" soal Jihoon sambil menjeling kearah Taehyung.
"Kau nak ngorat adik aku kan? Dah kau blah."
"WEI! Bapak aku YB tau kat sini. Tempat ni, BAPAK aku yang buat. Jadi suka hati aku lah dah blah ah! Aku nak tengok perlawanan atok korang bhaii~" kata Jihoon lalu berjalan meninggalkan mereka. Taehyung dah mula naik berang lantas memegang lengan Jimin kuat.
"Ack Tae—"
"Tahan aku Chim!! Aku nak pegi sepak muka dia tu ergh!"
🍃
Perlawanan bola keranjang antara bapak mithali itu berlangsung 2 jam setengah tanpa henti. Sebab satu pun tak masuk gol.
"Heh, ini bekas kapten bola keranjang dulu? Tak caye aku weyh~" perli Jungkook dengan nafas dia tercungap-cungap. Mingyu yang mendengar terus melempar bola itu di kepala Jungkook.
"Ack—"
"Padan muka! Buduh."
Permainan masih lagi diteruskan, dan ini membuatkan budak-budak ditepi gelanggang dah naik bosan.
"Bosan weyh. Asyik tak gol je." rungut Jimin sambil merebahkan badan dia diatas bangku itu. Taehyung juga buat benda yang sama sambil korek telinga dia.
"Ha'ah lah. Kita balik jom?" ajak Yoonji yang turut bosan dengan permainan itu. Hari hampir nak gelap dan mereka semua setuju dengan cadangan itu.
"Uhm, Gyuha suka kumbang tak?" soal Jihoon manja sambil tersengih.
"Weit cacing! Kau balek ah! Dah malam dah ni.." kata Jimin lalu menarik tangan adiknya yang dah naik bosan ngan Jihoon.
"Habis dorang tu—"
"Dorang tu takpe. Biar lah. Jom.. aku lanje makan." kata Yoonji membuatkan tiga beradik itu teruja. Jihoon disitu hanya mampu mencebik dan buat muka kesian.
"Kau pehal?"
"Uhm, aku nak join boleh? Boleh lah~" rayu Jihoon manja sambil tersengih.
"Kau nak apa?"
"Nak cendol."
Lol.
🍃
Malam menjelma. Satu pun tak masuk gol sebab masing-masing dah tua.
"Weyh— weyh dah dah—" Jungkook yang dah lemah longlai terus rebah ditengah padang. Mingyu yang longlai berjalan terhuyung-hayang kearah Jungkook sambil tersengih.
"Kau... HAHAH kau... dah kalah HAHAHA—"
Jungkook menarik kaki Mingyu dan turut rebah ditepi Jungkook. Masing-masing menangkap nafas yang dah lari sambil merenung langit hitam dengan bulan terang benderang dipagari bintang—
Pergh ayat masuk jamban.
"Ki...Kita seri... k-kau kalah... aku kalah HAHAHA~!" gelak Jungkook sambil menarik nafas dalam. Mingyu hanya mengangguk dan tersengih sambil memejam erat matanya sebab penat.
"Weyh unta."
"Hmm."
"....kau okay tak?" soal Jungkook sambil kepalanya menoleh kearah Mingyu.
"Okay je. Kau arnab?"
"Okay... cuma penat. Dah lama aku tak main bola keranjang ni." luah Jungkook sambil tangannya diletak diatas perutnya.
"Kan~ aku pun dah lama tak main. Sibuk memanjang.." kata Mingyu pula sambil mengeluh. Matanya tak terkedip merenung bintang yang berkelip di langit.
"Weyh."
"Pe?"
"Gyuha macam mana?"
Mingyu menggigit bibirnya bila memikirkan nasib anaknya itu. Dia mengeluh ringan, dan Jungkook perasan dengan itu.
"Lusa jadual pembedahan dia. Esok dia dah kena masuk ke wad." bisik Mingyu sambil mengeluh.
Jungkook hanya diam mendengar luahan pahit itu. Hatinya cukup remuk bila memikirkan nasib Gyuha lepas ni.
"Aku takut kalau anak aku tak selamat dari pembedahan tu. Semua salah aku. Kalau bukan sebab hal tu, mungkin Gyuha tak macam ni.." bisiknya sambil memejam matanya. Jungkook bangun duduk dan memandang Mingyu.
"Aku nak tanya boleh?"
"Tanyalah pe dia?"
"Macam mana kau boleh buat benda tu? Kau tak terfikir ke bini kau, anak-anak kau..."
Soalan Jungkook itu membuatkan Mingyu menarik nafas dalam. Kalau boleh dia taknak imbau kembali kisah silam tu.
"Sebenarnya aku kena perangkap." jawabnya sahaja membuatkan Jungkook makin konfius.
"Maksud kau?"
Mingyu bangun dan duduk, kot yang dia pakai dibuka.
"Aku diperangkap oleh Nayeon, bekas bini aku yang kedua. Dia yang buat aku tak sedar malam tu... dan dia tipu aku. Aku tak tahu apa tujuan sebenar dia tapi, aku perasan dia cemburu melihat aku dan Hana bahagia."
Jungkook hanya mengangguk, mula faham apa yang berlaku tentang rumah tangga mereka.
"Disebabkan Nayeon beritahu yang dia mengandungkan anak aku... abang Hana, Hoseok minta aku ceraikan Hana dan hak penjagaan anak jatuh keatas tangan Hana. Tapi, Nayeon tipu aku."
Jungkook memandang Mingyu yang dah broken tu.
"Apa dia tipu kau?"
"Dia kata... anak dalam kandungan itu anak aku, sebenarnya bukan. Aku dapat tahu jenis darah anak aku tidak sama dengan aku. Dan yang menyakitkan, ayah pada budak itu, kawan baik aku sendiri... Joshua."
Mingyu tidak tahan sebak dan tanpa dia sedar, air matanya jatuh menitis.
"Dan... tujuan aku kembali untuk memperbetulkan apa yang salah. Aku cuba nak jelaskan kat Hana tapi, dia macam dah tawar hati kat aku. Aku nak tebus balik kesalahan aku, aku nak kembali dengan orang yang aku sayang selama ini... melihat anak-anak aku gembira buatkan hati aku cukup senang. Aku tak tahu sama ada, nama aku masih terpahat dihatinya..." bisiknya sambil mengelap air mata. Jungkook hanya diam kaku, terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Sebelum terlambat, aku ingin kembali bersama isteri dan anak-anak aku. Meluangkan sisa hidup aku bersama mereka, agar aku boleh pergi dengan tenang..."
Ayat terakhir dari Mingyu itu membuatkan Jungkook memandang balik kearahnya.
"Kenapa kau cakap macam kau nak... mati?"
Mingyu hanya senyum, dalam senyap dia menahan sakit didada akibat degupan kencang yang kuat. Botol ubat di poketnya hanya mampu dia sentuh, dan berharap apa yang dia impikan akan menjadi kenyataan, jikalau dia sempat.
Kalau lah kau tahu...
🌑🌑🌑
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018