"Hoi! daripada kau dok termenung kat bawah meja tu, meh sini tolong aku ni ergh!"
Aku nak termenung kejap pun payah takguna atok ni.
"Hmm.. yelah. Nak tolong apa?"
"Tu... tolong kupaskan kulit oren tu. Aku nak blend..." Aku memerhati jari telunjuk Yoongi yang pucat tuㅡ
"Tangan aku kau tak payah la gigih nak tengok. Tengok buah oren yang aku tunjuk la setan!"
Heheh tau-tau je aku tengok jari tu. Bukan apa, aku jelly la tengok jari hyung putih bersinar.
Macam lilin. Alaa bukan selalu pun~
"Hyung... tak baik maki depan makanan... nanti tak sedap. cuba senyum~"
Aku memegang pipi kiri kanan Yoongi sambil menariknya dan terukirlah satu senyuman yang paling hina aku tengok. Yoongi menepis tangan aku dengan menyampahnya.
"Baiklah arnab. Oren tu ada kat situ... cepat kau buat, cepat juga aku blend. Lambat~ cepat juga kau di bawah tanah nanti. CEPATLAH!!!"
"Heheh okay okay~"
Aku bergerak menghampiri buah oren yang besar berisi, huish kalau makan sebiji kenyang satu hari. Dah tak payah makan nasi. Sesuai untuk diet. Perut aku pun dah buncit, six pads dah takda macam dulu-dulu. Hmmm~
Kalau aku lukis muka Yoongi kat sini, agak-agak boleh bayang tak?
Mesti jadi kan? Jangan bagitau dia tau shhh~
Kupas kulit oren, kulitnya jangan dibuang. Boleh guna untuk lap minyak dan kotoran. Mak-mak akak-akak ahjumma ahjussi sekalian guna petua keramat ni. Jimat.... maklumlah ekonomi merosot. Tu pun Namjoon yang bagitau aku. Aku mana ambil kisah ekonomi negara ni jatuh ke tak. Tips tadi tu... Seokjin yang bagitau. Dia kata nenek punya nenek punya nenek dia kata. Entah berapa keturunan dia aku pun tak tahu.
"JUNGKOOOKKKKK!!!!"
Ou shet siapa menjerit tu. Habis buah oren aku jatuh bergolek siot la.
"Kenapa kau buang kulit tu kat situuuuuu????" Seokjin menjerit tepat di belakang aku ya ampun sejak bila dia muncul kat belakang aku ni?
"aku buang? mana ada!"
"tu ape? bukan buang namanya tu?" seokjin mengutip sisa sisa kulit oren...
aku tak perasan kulit oren tu jatuh kat lantai.
"buat kerja tu biar betul... dah, kau pergi lah jaga kaunter kat depan tu. kat sana cuma Minghao je yang jaga.."
Cehh perli aku.
"alaa hyung akuㅡ"
"pergi lah!!"
aku mencebik dan berlalu dari situ. aku berjalan keluar longlai dan melihat Minghao sibuk melayan pelanggan dekat peti sejuk yang tersimpan pelbagai kek........
lupa pulak aku nak cerita. ok, kedudukan aku sekarang berada di sebuah cafe yang diberi nama 'Sweet PinkPunk Cafe' yang terletak di daerah Gangnam, yang di CEOkan oleh Kim Seokjin yang menjerit tadi tu. aku tak tahu kenapa Seokjin hyung letak nama 'PinkPunk' tu. dengar pun macam ada sound ganas sikit kan? Tapi, percaya kat aku, cafe ni memang sesuai untuk semua golongan dari peringkat budak hinggalah orang tua. Yang bakal nak masuk bawah tanah pun boleh.
Yang menyuruh aku kupas kulit oren tadi, Min Yoongi nama diberi. Hyung kedua selepas seokjin hyung. Putih pucat macam mayat, lagi-lagi kalau dia blond rambut dia. Lagi menyerlah wuu putih melepak kepak. dan dia ni... Suka mencarut sikit. sikit jelah ,tak banyak. Jangan risau la. Dulu memang dia kuat mencarut. Bahaya. Even budak tadika pun dia mencarut bagai nak gila. Tapi, sejak dia jadi chef kat sini, carut dia berkurang. sebab dia kata...
"makanan akan jadi tak sedap bila kau dok masak sambil memaki. aku makan kismis.. kau nak?"
Ada kaitan ke kismis ni dengan kes mencarut? Dan disebabkan hyung sorang ni baru je kena buang kerja sebab mencarut kuat sangat, Seokjin hyung pun ambil la dia, walaupun pada hakikatnya Seokjin hyung risau juga. Entah mantera apa Seokjin hyung guna sampai Yoongi hyung berubah 87.456 peratus kebaikan ada dalam diri dia.
Lagipun, waktu tu tukang masak cafe ni belum ada jadi dia jelah. Nak harapkan aku, goreng telur pun tak pass.
"hey, jeon!"
"tak payah nak berjeon kat aku la. banyak kot jeon kat dunia ni guna nama jeon duhh.."
"hahaha kau dah kenapa mood? period eh?"
"jangan nak merapu boleh tak? buat lah kerja kau tu ergh!"
Xu Minghao, budak dari china sesat menyesat kat sini. aku tak tahu kenapa seokjin hyung ambik budak ni jadi waiter kat sini. banyak kot orang kat korea ni, kenapa budak cina ni juga? eii tak pasal-pasal dia jadi salah satu saeng kesayangan kat sini. seumur ngan aku. dah, tu je aku tahu pasal dia ni.
"hey, jungkook! coffee latte blend dua... cepat!" soonyoung hyung menjerit mengejutkan aku dari lamunan tadi. nasib baik aku tak kena kencing manis.....
pape jelah.
"okay.." kataku lalu bergerak menuju mesin kopi yang terletak di belakang aku.
Kwon Soonyoung, salah satu waiter kat sini. hyung ni aku boleh la layan. walaupun aku tak berapa kenal hyung sorang ni, tapi kalau bab kerja dia memang tip top. hyung ni pandai beramah mesra ngan pelanggan. aku banyak belajar dari dia, even yeah minghao lagi terer dari soonyoung, tapi aku rela bersifu ngan soonyoung hyung dari dia tu.
dan aku baru tahu yang Soonyoung hyung ngan Minghell tu ada buat satu group dance. aku dengar nama group dorang performance team, dianggotai oleh empat orang iaitu dua orang tu, Chan dan Junhui. chan dan junhui tu aku tak kenal. dorang ada juga offer aku join tapi disebabkan ada Minghole tu, tak jadi.
aku dengar Bangtan ada cari member baru. nak cuba la nanti manatau sangkut ke...
aku meletakkan dua coffee latte blend di kaunter dan soonyoung meletakkannya di atas dulang lalu berjalan menuju ke meja yang mengorder minuman tu.
cerita aku pula, aku sekarang ni tengah cari kerja yang sesuai. Walaupun result aku cukup makan, tapi okay ape. bukan kata kerja sebagai pelayan ni tak bagus, bagus sangat malah aku bersyukur sebab ada juga kerja aku boleh buat. tapi, jiwa aku terhadap budak-budak ni masih tak lekang dalam diri aku. aku nak jadi cikgu tadika, aku pernah mohon kerja kat sebuah tadika tapi...
"maaf encik jeon. kami tak ada tawaran mengambil guru tadika lelaki setakat ni. harap encik faham.."
kadang ade juga aku terfikir, ada ke memang guru tadika lelaki kat dunia ni?
jam menunjukkan pukul 2 petang. Mana le monyet sorang ni dari tadi aku tunggu—
"hey, waddup jeon! heheh~ nah ramen ayam percik kau.."
ha datang pun.
"boleh tak jangan panggil aku jeon? jungkook jelah eii nama aku pun bukan buat lidah orang berbelit. gumawo~" aku mengambil bungkusan ramen ayam percik wuahhhhh~ dengar nama je dah meleleh air liur.
"sedap apa nama jeon tu. kau tak suka eh?"
"tak.."
"kalau macam tu, aku panggil kau john la. sedap sikit. ngehehe~"
"suka hati kau lah hyung.."
lupa pulak hyung sorang ni. okay, yang bagi aku ramen tadi tu, tu kim namjoon. salah sorang guru bahasa inggeris kat SOPA. School Of Performing Arts, sebuah sekolah yang aku akui memang hebat sekolah tu. sekolah tu, salah satu impian aku tapi tulah, tak kesampaian. kesian... tapi tak pe, aku tak kesah. namjoon hyung memang terer kalau bab bahasa omputih ni. kata hyung, kalau tak jadi guru bahasa inggeris kat SOPA tu, mungkin hyung akan jadi guru dalam kelas music director. tapi peluang nak jadi cikgu music tu dah banyak orang ambil, waktu tu guru dance dan guru bahasa inggeris masih kekosongan. hyung pun ambil la bahasa inggeris tu. hyung tu nak jadi guru dance, menari pun macam rumpai laut pfftt...
setakat ni jelah kot. aku dah penat. nak makan. baiii~ 👋
tapi cerita ni belum habis lagi tau. baii kat chapter ni je...
◆◆◆
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanficJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018