"Aku nak tanya ni pehal sekolah kau cuti harini? Kan harini hari Khamis? Esok hari Jumaat sekolah. Pastu Sabtu, Ahad cuti... pastu Isnin sekolah lagi.." Jungkook mula mengira-ngira jarinya, sambil merenung kalendar di dinding.
"Haish ahjussi ni. Bising ah. Biarlah cuti. Dah tetiba bumbung sekolah tu tercabut sebab ribut semalam. Rilek aa~" kata Jimin selamba sambil menutup matanya kerana masih nak tidur. Dia membuka mata kirinya sedikit melihat Yoonji disebelahnya membuatkan dia senyum dan meletakkan kepalanya di bahu Yoonji.
"Jijie.. pinjam bahu kejap tau! Nak tidur ah~" bisik Jimin sambil sengih. Yoonji menolak kepala Jimin lalu menamparnya berkali-kali.
"Bangun. Kalau tak aku taknak kawan."
"Eit dah dah. Kau dah mandi belom?" soal Jungkook.
"Belom. Tae masih ada kat dalam. Tengah tidur la tu kot." jawab Jimin selamba sambil menguap.
Jungkook bangun dan menerpa pintu tandas yang masih terbuka sedikit. Dia menolak pintu itu dan melihat Taehyung berdiri kaku dan kepalanya tunduk dihadapan tab mandi.
"Taehyung? Kenapa tak mandi? Tae?"
Taehyung tidak menjawab membuatkan Jungkook merasa pelik. Dia menolak tubuh Taehyung menggunakan jarinya dan Taehyung rebah di lantai tandas.
"Tak guna. Tidur rupanya cehh."
🍃
"Kenapa dengan telinga Tae?"
Taehyung menepuk-nepuk telinga kanannya berkali-kali sebab tersumbat dengan air.
"Entah tokki tu. Dia simbah air kat Tae di tandas tadi. Dah le air sejuk!"
"Tu ah. Dah Tae pegi tido kat dalam buat pe?"
"Tae ngantuk sangat. Semalam appa ajak Tae tengok kartun. Best wuu~"
"Ye ke? Pehal kau tak panggil aku??!"
"Hyung dah tidur. Tae tak nak kacau hyung tidur.. kesian hyung. Nanti kita tengok sama-sama. Nae?" kata Taehyung sambil senyum. Jimin yang mendengar turut senyum mendengar luahan Taehyung itu.
Jungkook di dapur yang sibuk menyediakan makanan sambil mendengar perbualan mereka membuatkan dia menggengam erat pisau itu. Dia mengetap gigi sambil memotong sayur itu ganas.
"Huish ahjussi pehal ni? Okay tak?" soal Yoonji risau melihat Jungkook yang tidak keruan itu.
"Aku geram." katanya sambil mengetap gigi.
"Geram? Siapa?"
"Unta."
"Unta?"
Jungkook mengambil lobak putih dan memotongnya menggunakan pisau daging.
"Kau. Unta. Tak. Guna." marahnya sambil memotong lobak itu hingga besar saiz potongan itu dibuatnya.
"Wowow ahjussi!! Besar lobak tu!"
"Argh aku tak peduli! Biar lah!" marah Jungkook sambil tangannya mengambil terung lalu dipotong kasar. Jeles sangat abe Kook kita neh agaga.
🍃
"Hah? Ahjussi marah?"
"Hmm. Aku rasa la en, ahjussi Kook suka kat mak korang." bisik Yoonji sambil menjeling kearah Jungkook yang masih memotong sayur yang entah berapa tan dia potong.
Jimin dan Taehyung hanya kaku diam, saling memandang sesama sendiri bila mendengar luahan Yoonji tu.
"Aku dah agak!! Aku dah agak Tae!!" jerit Jimin sambil menggoncang bahu Taehyung.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018