"Terima kasih.."
Jimin memberi tunduk hormat terakhir, dan berlari kebelakang pentas disapa oleh Yoonji... dan Taehyung yang dah bengkok—
"Lol kau pehal?"
"Tak payah layan dia tu. Amacam? Lega dah? Suara kau best ah!" kata Yoonji dan Jimin menarik nafas lega.
"Dah! Fuhh~ lega sangat! Gumawo, Yoonji-ah.."
Yoonji hanya senyum sambil menepuk bahu Jimin. Jimin mula mempamerkan wajah sedihnya dan Yoonji perasan akan hal itu.
"Kalau okay, kenapa sedih? Betul ke okay?"
"Ahjussi Kook tak sempat tengok persembahan aku... eomma, appa, Gyu... aku sedih ah.."
Yoonji hanya mengeluh ringan, lantas dia memeluk Jimin membuatkan Jimin terkejut.
"Aku faham, Jimin. Begitu juga aku tadi.. tapi aku tetap juga tabahkan hati aku, untuk hadapi benda tu. Kau kena kuat.. nae?" bisik Yoonji sambil menepuk belakang Jimin. Jimin hanya mengangguk, dan Yoonji melepaskan pelukannya.
"Gumawo, Yoonji-ah. Kau sentiasa buat semangat aku naik. Tapi..."
"Hmm? Tapi ape?"
"Kau peluk tadi sekejap sangat ah. Nak lagiii~"
Dan Jimin menjadi mangsa kedua tumbukan perut dari Yoonji.
🍃
Jimin dan Taehyung duduk berdekatan dengan Hoseok, walaupun dalam hati dorang, mereka nak lari tadi.
"Harap lah anak buah aku menang! Kalau Chim menang, Ahjussi belanja Chim beli aiskrim!!"
Jimin memandang kearah Hoseok dengan muka menyampahnya.
"Alaa taknak aiskrim!! ahjussi kan kaya.. takkan nak belanja aiskrim je??"
"Habis, Chim nak ape?"
"Ermm.. ahjussi belikan Chim rumah ke.."
"Banyak cantik kau! Ingat aku cop duit ke?"
"Yelah! Ahjussi kan Shi O kat Biggit tu. Ahjussi belikan lah kitorang rumah.. rumah banglo tau! Ada swimming pool. Kereta 5 biji. Kan Chim kan??" sampuk Taehyung sambil jongket kening. Hoseok hanya mengetap bibir, mendengar luahan karut dari anak buahnya itu.
"Yelah, yelah. Nanti ahjussi belikan. Reban ayam."
"Ahhh~ ahjussii KEDEKOT— hmpph!!"
"SHSHSHSHSHHHH~!! bising ah! Malu nanti orang dengar!" bisik Hoseok sambil menekup mulut mereka berdua dari menjerit. Hoseok hanya tersengih bila orang lain mula memandangnya.
"Kita menjemput Jung Hoseok, selaku CEO BigHit Entertainment dan juga ketua PIBG bagi Tadika Sunshine, untuk memberi hadiah kepada para pemenang."
Hoseok bangun apabila namanya dipanggil. Dia berjalan menuju ke tengah pentas, dan ini membuatkan Jimin dan Taehyung menarik nafas lega.
"Tempat ketiga dalam pertandingan bakat dimenangi oleh...."
Jimin mula tak keruan, bila pengacara majlis mula mengumumkan pemenang.
"Choi Seungcheol!!"
Kedengaran bunyi tepukan gemuruh membuatkan Jimin mengetap bibir. Taehyung menoleh kearah Jimin, dan memegang erat tangannya. Jimin yang perasan memandang Taehyung yang senyum kearahnya.
"Gwaenchana. Masih ada tempat kedua dan pertama. Nae?"
Jimin hanya mengangguk dan mengalih pandangannya kearah Seungcheol diatas pentas. Seungcheol kemudian turun selepas mengambil hadiah, dan sengaja melimpasi Jimin dan senyum sinis kearahnya.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018