"Kat sekolah, belajar rajin-rajin tau. Saem kau dah banyak komplain pasal kau, Taehyung. Tokki taknak dengar komplain yang kau pegi intai kat tandas perempuan. Faham?"
Taehyung hanya sengih sambil mengangguk.
"Orait tokki! Tae janji taknak buat dah!"
"Jangan percaya janji dia tu. Bukan boleh pakai.." Kata Jimin perli. Taehyung memukul lengan Jimin kasar.
"Ack!"
"Aku memang tak nak buat dah pon! Habis kau ngan Yoonji tu? Amacam? Tak puas dengan stalker kau yang menyeramkan tu? Heheheh~"
Jungkook menoleh kearah Jimin sambil bercekak pinggang.
"Jimin~ bagitau ahjussi betul ke kau stalk budak Yoonji ni?"
"M-Manade! Tae ni, suka sangat buat cite!" Marah Jimin. Jungkook hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka. Dan dia baru perasan sesuatu.
Jap. Jimin dok stalk Yoonji, dia adik Yoongi hyung. Ah masak aku~
"Dah. Dah. Ahjussi taknak dengar semua tu. Ahjussi taknak kau pegi stalk Yoonji atau sesiapa pun. Tak elok!"
Jimin memandang Jungkook, terkejut.
"T-T-Tapi! D-Dia crush Chim! Chim suka Yoonji— hmph!"
Jungkook menekup mulut guna tangannya bila mendengar Jimin menjerit.
"TAK E-LOK! Ahjussi babap kang!"
Jimin menggeleng laju tanda tidak mahu. Jungkook melepaskan tekupannya itu dan memandang mereka berdua.
"Ahjussi nak kamu fokus dalam pelajaran. Buat eomma, appa dan ahjussi bangga dengan pencapaian kamu."
Duhh pehal aku pegi selit bapak dia pulak..
Mereka dua mengangguk laju dan memeluk Jungkook, dan masing-masing mencium pipi Jungkook kiri kanan, membuatkan Jungkook kaku disitu.
"Okay, tokki! Bye~" Jerit Taehyung lalu berlari masuk ke dalam bersma Jimin. Jungkook hanya melambai sambil senyum, sambil memegang pipinya.
Dorang cium aku. Haih~ tak pernah-pernah aku kena cium oleh dorang haih~ indahnya duniaa~
Jungkook tersengih hinggalah terasa lengan bajunya ditarik-tarik. Lamunannya terhenti dan menoleh melihat Gyuha disisinya.
"Aik? Kenapa tak masuk?" Soal Jungkook cemas.
Gyuha menggeleng perlahan sambil senyum. Senyuman Gyuha yang mirip dengan adiknya, Somi, sedikit sebanyak membuatkan hati Jungkook lembut jadinya.
"Gyuha pergilah masuk kelas. Ingat pesan ahjussi, belajar rajin-rajin tau! Jangan takut bila berhadapan dengan orang lain. Okay?"
Gyuha mengangguk, dan memeluk Jungkook perlahan. Jungkook terkejut dengan tindakan Gyuha itu, dan perlahan-lahan juga dia memeluk. Tanpa dia sedar, air matanya jatuh menitis.
Aku dah lama tak jenguk Somi..
Pelukan lama itu membuatkan Jungkook terimbau kenangan lalu bersama Somi. Gyuha hanya senyum disebalik pelukan itu, dan merasa pelukan itu seperti pelukan seorang ayah.
"A-Ap-Appa.."
Jungkook membuka matanya bila mendengar suara halus itu. Dia tidak pasti samada suara itu dari orang lain atau... Gyuha.
Dia, betul ke sebut Appa tadi?
Gyuha meleraikan pelukan itu dan melambai kearah Jungkook, dan berlari masuk kedalam. Jungkook dengan mata merah hanya kaku disitu, tidak peduli dengan keadaan sekeliling.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018