Chapter 6: Pengasuh

624 87 44
                                    

Author POV
"Namjoon dah cerita segalanya tentang masalah kau. Mungkin aku boleh tolong kau tapi mungkin bukan apa yang kau nakkan tu.." Kata Hoseok tenang sambil membetulkan tali lehernya. Jungkook memandang pelik kearahnya.

"Apa maksud hyung?"

Hoseok tenang senyum sambil menepuk bahu Jungkook.

"Ingat lagi tak adik aku, Hana?"

Jungkook mengangguk laju.

"Baru tadi aku terserempak dengan dia, hyung. Kebetulan je aku jumpa dia kat BigHit.."

Hoseok membulatkan matanya terkejut mendengar luahan Jungkook.

"O-Oh, b-baguslah. Kira aku tak perlu la kenalkan balik kan?"

Jungkook memberi pandangan konfius kearahnya dan mengangguk.

"Okay, begini..."

🍃

Jungkook menghempaskan badannya diatas katil sambil mengeluh. Dia menggapai bantal gulingnya dan ditekup mukanya lalu menjerit.

"AAAAARRRGGGHHHHHH~!!!"

Dipeluk bantal gulingnya dan mengguling dirinya hingga dia jatuh dari katil. Rambutnya yang kusut serta bajunya terlondeh dari bahu dan kemudian berlari kearah tingkap lalu dibukanya. Dia menghirup udara malam itu dan sekali lagi dia menjerit.

"HAAAAAKU DAH DAPAT KERJA WEYHHH!!! AKUUUUUU DAH DAPAT KERJA-"

"HOI SETONN KAU PEHAL MENJERIT HAH??!" Jerit salah sorang jiran yang kebetulan sedang baring diatas rumput. Jungkook hanya tersengih dan kemudian menutup tingkap nya balik.

Dia terdengar satu bunyi 'ding' ditelefonnya dan segera dicapainya. Satu mesej dari Hoseok membuatkan dia lagi tersenyum.

Hoseok hyung
Esok pukul 8 pg kau bole
datang kat alamat ni:

XXXX, XXXX, Seoul.

Dia dah setuju. Aku harap
kau bole bantu dia 😊
Gaji nnt kita runding.
Okay?

You
Okay hyung! Gumawo!

Dan entah keberapa kalinya, dia kembali menjerit hingga dia ditegur oleh jiran sebelah, sekali lagi.

(Sebelum itu~ 🐤🐤🐤)

"Aaa~ oppa!! Dia nak jadi cikgu tadika la... Takkan nak ambil dia jadi pengasuh?? Dia nak ke?" Rungut Hana sambil mengetuk-ngetuk meja Hoseok dipejabatnya, di BigHit Enterataiment.

"Eiitt meja aku tuh mahal weyh tak yah ketok!" Jerit Hoseok sambil menepuk tangan Hana. Hana hanya mencebik melihat perangai Hoseok itu.

Lupa nak bagitau. Hoseok merupakan CEO baru di BigHit setelah dia menang saham, mengalahkan pemilik dahulu, Bang ShiHyuk, iaitu seorang bekas ahli sukan lompat kijang kebangsaan. Hoseok dikerusinya hanya mengurut dahi sambil menggeleng.

"Oppa dah bincang kat dia dan oppa tengok dia betul-betul nakkan kerja tu. Tak kisah lah dia nak kerja apa, asalkan dia dengan budak-budak. Bolehlah jaga anak-anak kau tu.."

Hana hanya mengeluh ringan sambil mengkembungkan pipinya. Dia pun akhirnya mengangguk, setuju dengan cadangannya.

"Okay lah. Asalkan dia boleh jaga dan tahan perangai dorang kat rumah."

"Betul ni??" Soal Hoseok sungguh.

"Ye... Oppa mesej la dia.."

Hoseok mengeluarkan phonenya sambil tersengih.

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now