Waktu malam menjelma dan kini, hanya Jungkook sahaja yang ada diruang tamu, hinggalah Tae muncul dari dapur.
"T-Tokki.."
Jungkook yang khusyuk menonton tv, menoleh kearah Taehyung yang tiba-tiba down itu.
"Hmm?"
"Uhm... Tae nak duduk kat situ boleh?" Soal Taehyung perlahan sambil menuding jarinya ke arah kaki Jungkook, membuatkan Jungkook pelik melihat perangainya.
Perangainya yang tadinya happy berubah jadi murung sejak dia selesai berlatih untuk pementasan drama tu.
"Oh, boleh. Sini.." Jungkook menarik tangan Taehyung dan duduk diatas ribanya. Dagu Jungkook diletak diatas kepalanya sambil merenung berita di kaca tv.
Pft Jungkook tengok berita. Rasa nak tergolek pun ada HAHA.
"Jimin mana? Dah tidur?"
Taehyung hanya sekadar mengangguk membuatkan Jungkook bertambah pelik dengannya.
"Tae ada masalah tak? Kenapa senyap?"
Taehyung mengeluh dan memeluk lengan Jungkook.
"C-Chi en-enci T-Tae..."
"Huh?"
Taehyung menangis perlahan dilengan Jungkook.
"C-Chim benci T-Tae..."
"Jimin benci Tae? Kenapa?" Soal Jungkook lembut sambil mengusap kepalanya.
"C-Chim benci T-Tae sebab T-Tae c-cium Y-Yoonji... T-Tae cuma c-cium kat d-dahi Yoonji je, bukan yang betul-betul pun.. Tae, T-Tae sayang Chim! Chim benci Tae! Huhuu~" Tangis Taehyung makin kuat dan pelukannya makin erat.
"Oh, pasal tu ke?"
Taehyung mengangguk perlahan. Jungkook hanya mengangguk perlahan, sambil mengusap belakang Tae.
"Tae.."
Senyap.
"Tae?"
Masih, senyap. Jungkook melirik ke muka Taehyung yang dah pun tertidur dilengan Jungkook, air matanya membasahi pipinya. Jungkook hanya senyum, dan perlahan-lahan mengangkat tubuh Taehyung membuatkan Taehyung bergerak.
"A-Appa... J-Jangan, Tae nak peluk appa.." Kata Taehyung mamai, memegang erat lengan Jungkook. Mata masih lagi terpejam dan membuatkan Jungkook mengeluh.
Dia sebut appa, kenapa hati aku rasa berat duhh...
Tangannya mengusap kepala Taehyung membuatkan Taehyung makin lena dibuatnya. Dia hanya merenung kosong dikaca tv yang masih rancak bermain, hinggalah kedengaran bunyi pintu dikuak. Jungkook menoleh kebelakang dan melihat Hana yang baru pulang dari kerja.
"Shh~"
Hana turut terdiam bila Jungkook buat isyarat kearahnya. Hana memaling kearah pangkuan Jungkook membuatkan dia senyum.
"Biar aku yang bawa dia naik." Bisik Hana. Jungkook hanya mengangguk dan membiarkan Hana berbuat demikian.
🍃
Hana turun dari atas, selepas dia menghantar Taehyung kebiliknya. Dia melihat Jungkook masih duduk diruang tamu.
"Jungkook.."
Jungkook menoleh dan segera bangun dari tempat duduknya.
"Kau, dah nak balik?"
"Uhm, ya. Saya nak balik..." Kata Jungkook perlahan, membuatkan Hana memandangnya pelik.
YOU ARE READING
[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺
FanfictionJeon Jungkook.. Ingin mengejar cita-cita menjadi seorang guru tadika.. Akhirnya menjadi pengasuh kepada dua kembar tak seiras dan seorang kanak-kanak bisu. Start: 2 Nov 2017 Pub: 19 Jan 2018 End: 15 April 2018